KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pilihan utama warga maya sebagai calon perdana menteri kesembilan, lapor Sinar Harian.
Pilihan itu dibuat menerusi satu undian secara dalam talian itu melibatkan 1,207 warga maya di semua platform media Sinar Harian dengan enam calon pilihan dan keputusan diumumkan pada Wacana Sinar Live Edisi 269 bertajuk PM9: Abah atau siapa? pada Selasa. Menerusi kajian itu, Anwar memperoleh peratusan tertinggi iaitu sebanyak 45.76 peratus diikuti Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jumlah 24.54 peratus. Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mendapat 14.55 peratus undian sementara Ahli Parlimen Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan di tangga keempat dengan 6.74 peratus.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar memperoleh sebanyak 4.57 peratus undian manakala Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan 3.89 peratus. Sumber : Astro Awani |
ADVERTISEMENT