Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meluahkan rasa malu apabila Thailand melarang pelawat Malaysia memasuki pulau peranginan tersohor negara itu, Phuket. Kekesalan itu dicoretkan beliau menerusi hantaran di Facebooknya berhubung kebenaran pelancong asing memasuki pulau peranginan itu.
“Tak kisah pun tak dapat pergi Phuket, tapi agak terhina apabila mereka umum hanya rakyat 63 negara boleh masuk tanpa kuarantin dengan syarat vaksin Covid-19 sudah lengkap. “Apabila teliti, Malaysia tidak termasuk senarai. Singapura ada, Brunei ada, Myanmar pun ada. Malaysia tiada. Mereka kata (konon) orang Malaysia tidak selamat,” luah bekas menteri itu. Kerajaan Thailand baru-baru ini mengumumkan pembukaan semula destinasi terkenal itu sebagai projek model percubaan perintis pelancongan yang dikenali sebagai Phuket Sandbox. Pulau tersebut dipilih kerana kedudukan geografinya mudah dikawal selia, selain prasarana awam lengkap dan tahap kebergantungan ekonomi amat tinggi kepada industri pelancongan. Pelawat asing cuma perlu mendapatkan sijil kemasukan dari kedutaan Thailand di negara asal serta menjalani tiga kali ujian Covid-19 dan memuat turun aplikasi jejak keberadaan mereka. Antara negara disenaraikan itu ialah Amerika Syarikat, Australia, China, Kanada, Turki, Rusia dan Israel selain jirannya, Laos dan Vietnam kerana dianggap kurang berisiko Covid-19. Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Kemaman itu dalam nada sinis berkata, warga Thailand sendiri difahamkan menyindir situasi wabak berkenaan di Malaysia sebagai lucu dan aneh. “Di Malaysia, orang yang sudah dicucuk dua kali pun tak boleh merentas negeri. Jangan kata nak ke Langkawi, ke Parlimen pun tak boleh. Macam mana nak datang ke Phuket,” jelasnya. Hantaran beliau itu menerima reaksi luar biasa pengguna media sosial tempatan apabila tular dengan meraih lebih 2,000 tanda suka selain ratusan komen dan dikongsi hampir 300 kali. Sumber: UTUSAN |
dani-rox replied at 1-7-2021 06:26 PM
btw Antigua & BARBADU? ISAREL?
lattehazelnut replied at 1-7-2021 06:48 PM
Jujubee byk quote best kan
I will read ya to filth
ADVERTISEMENT