CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Celaka Lah Kalau Tak Tolong Jiran Sendiri' - Altimet

1-7-2021 05:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3479| Komen: 13

Altimet meminta sesiapa yang memerlukan bantuan untuk mengibarkan bendera putih pada Jumaat.

Menurut penyanyi itu, dia dan rakannya akan meronda untuk menghulurkan bantuan bermula pukul 2 petang hingga 6 petang di sekitar Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Lembah Keramat dan Gombak, Selangor.



Kredit foto: IG Altimet

“Kami akan tinggalkan barangan dapur di pagar atau depan pintu rumah untuk yang memerlukan.

“Tidak perlu malu, kami tidak mahu mengambil gambar dengan sesiapa. Kami pun tak mahu orang ambil gambar kami dan muat naik.

“Kamu jiran-jiran kami, celakalah kami kalau tak menolong jiran sendiri,” katanya.




Menurut Altimet, dia dan rakannya akan meronda setiap Jumaat sehingga tiada satu pun bendera putih berkibaran.

Tambahnya, mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan dana ke akaun yang telah disediakan (Maybank: 564874006702). 




Sumber: Suara Merdeka

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harkktuih 1-7-2021 05:52 PM
Bukit antarabangsa tu bkn rumah org2 kaya ke
Quote Skuau 1-7-2021 05:52 PM
kalo lue tinggal luar pagar gue bisa aja gantung itu bendera putih..lu ngak nampak gue..betulkan-PATI indon...
Quote nakkomenjugak 1-7-2021 07:13 PM
bukit antarabangsa? serius?
Quote sparkly 1-7-2021 09:50 PM
ek elehhhh

kalau nak tolong boleh je

X payah la nak sindir2
Quote aammyy 2-7-2021 04:45 PM
sparkly replied at 1-7-2021 09:50 PM
ek elehhhh

kalau nak tolong boleh je

Masalahnya aku pun baca banyak kali. Bukan celaka kat kita tapi celaka kat dia sbb dia tak tolong orang.
Quote doubleharmonic 2-7-2021 05:42 PM
celakalah altimet kalau tak jenguk setiap satu floor?

Quote doubleharmonic 2-7-2021 05:50 PM
celakalah altimet kalau ada lagi bendera putih berkibaran?

Quote She-Ra 2-7-2021 05:55 PM
hmmmm.. lg hampeh manusia yg sibuk tolong jiran/kawan yg tiada ikatan langsung tapi keluarga adik beradik saudara mara sendiri terbiar. adik beradik tu siap mintak tolong kt orang lain lagi
seronok dpt nama mungkin... hmmm
Quote None68 3-7-2021 11:13 AM
She-Ra replied at 2-7-2021 05:55 PM
hmmmm.. lg hampeh manusia yg sibuk tolong jiran/kawan yg tiada ikatan langsung tapi keluarga adik be ...

Haa saper tu?
Quote She-Ra 3-7-2021 05:17 PM
None68 replied at 3-7-2021 11:13 AM
Haa saper tu?

Ada la rakan dikalangan ngo jgk
Dia bg alasan tersendiri cuma yelah, kadangkala ko tolong gelandangan atau asnaf yg sama jgk berkali-kali. Jd ada baiknya tolong la sekali kakak sendiri bila memerlukan. Ini tidak, kakak tu terpaksa meminta pada orang lain dikalangan kami
Quote ImpianSeroja 4-7-2021 01:36 PM
Ok yang baik kita sokong..semoga yang memerlukan terima bantuan seadanya.
Quote kakigojes 4-7-2021 01:48 PM
Bukan berniat buruk, tapi tengok la istiqamah ke tak… pada I nak tolong gini mmg elok.. Tapi entahlah, I still rasa keep it to yourself la, tapi nanti ada org cakap, tak hebah, nanti penerima tak tahu pulak, then tercicir dari mendapat bantuan
Quote slyfynx 5-7-2021 08:56 AM
Dah bersara belum die ni?
Tahun ni ade pengumuman bersara x

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.069851 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top