CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Keluar Kenyataan Jelik Terhadap Pelatih Wanita Disiasat

27-6-2021 04:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5146| Komen: 30

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang jurulatih sebuah pusat latihan polis (Pulapol) kerana mengeluarkan kenyataan jelik terhadap pelatih wanita.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia mencemarkan integriti PDRM serta tahap profesionalisme di institusi Pulapol.




"Siasatan dalaman terhadap jurulatih polis itu telah dimulakan dan sehingga siasatan diperoleh, anggota itu akan dipindahkan untuk membuat tugas am pejabat.

"Pucuk pimpinan PDRM menegaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk kenyataan, perbuatan serta perilaku yang boleh ditafsirkan sebagai sexist dan seumpamanya dalam kalangan warga PDRM," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tegas Zaini, sebarang salah laku akan diambil tindakan tegas dan segera di bawah peruntukan undang-undang serta peraturan tatatertib pegawai awam sedia ada.


Pada Ahad, tular di media sosial satu video berdurasi 23 saat memaparkan seorang anggota polis lelaki yang bertugas sebagai jurulatih di sebuah Pulapol dikatakan mengeluarkan kenyataan jelik terhadap pelatih wanita.



Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 27-6-2021 05:20 PM
"Abang musti mau panggil dia worang adik manis...baru butol."-Abangla
Quote Kurex 27-6-2021 05:46 PM
Dia kata apa sampai dikatakan jelik tu?
Quote primarikey 27-6-2021 05:51 PM
Kurex replied at 27-6-2021 05:46 PM
Dia kata apa sampai dikatakan jelik tu?

Tu la...kita nk tau jgk kn
Quote salmon-suki 27-6-2021 06:09 PM
Video 23saat nya mana?sempat pulak rakam tu..hehehe
Quote theotherfriend 27-6-2021 06:26 PM
Ce buktikan..
Quote MsPercy 27-6-2021 06:55 PM
Terus cek kat fesbuk.
Teruk ye polis tu.
Dia kate nk buat dorang bahagia, dorang suro pelatih wanita lompat bintang 4 penjuru.
Sh*t
Quote lattehazelnut 27-6-2021 07:25 PM
Lompang bintang i tau
Lompat bintang 4 penjuru tu mcm mana pulak?
Quote Ciktiekus 27-6-2021 07:32 PM
MsPercy: Terus cek kat fesbuk. Teruk ye polis tu.Dia kate nk buat dorang bahagia, dorang suro pelatih wanita lompat bintang 4 penjuru. Sh*t

Maksudnya?
Quote Matakilat 27-6-2021 08:20 PM
Dia sebut kat live tiktok, kalau pelatih siri wanita, bagi lompat bintang tu dah cukup buat bahagia.... Ha pikir sendiri la ye
Quote Belibis 27-6-2021 08:30 PM
Matakilat: Dia sebut kat live tiktok, kalau pelatih siri wanita, bagi lompat bintang tu dah cukup buat bahagia.... Ha pikir sendiri la ye

Apakah maksudnya nampak tek bergegar??
Quote Carcosa 27-6-2021 08:34 PM
Ya ampun, itu pun boleh? Cheap trill nak mampos! Setakat lompat bintang boleh buat kau bahagia?? Low life scum gila.
Kalau yg ckp tu jadi Gym Group Class Instructor, entah cemana lah Yelah, acik2 dok berzumba, ber cardio bagai dlm class
Quote rainbowrainz 27-6-2021 08:36 PM
Sick sick sick...
Quote OmJualGas 27-6-2021 08:37 PM
Anak sapa la tu...
Quote zehra2 27-6-2021 08:54 PM
jurulatih tp tak tunjuk contoh yg elok..
kurang ajar
Quote TomyamPuteh 27-6-2021 09:04 PM
Dia kata.. Salah parking ke? Dkt pelatih tu.
Quote mclaren 27-6-2021 09:10 PM
I bet this wasn't his / the first time. Rasa memang dari zaman dulu kot tapi dulu takde media sosial.
Quote Babai 27-6-2021 09:14 PM
MsPercy replied at 27-6-2021 06:55 PM
Terus cek kat fesbuk.
Teruk ye polis tu.
Dia kate nk buat dorang bahagia, dorang suro pelatih wan ...

Mana video dia?
Quote brego 27-6-2021 09:22 PM
Edited by brego at 27-6-2021 09:30 PM

biasa la cara kartel buat kerja.
buat kerja utk jaga air muka dia saja.
nak tunjuk integriti konon kekdahnya

kalau tak viral, dan ada bukti video,
macam biasa sapu bawah karpet sampai beku

geng2 kartel ni memang giler sex.
yang kes janda kena paksa isap konex hari tu apa citer?
dah senyap tak tau apa citer
Quote any42 27-6-2021 09:22 PM
ape yg jurulatih tu ckp

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.075337 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top