CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fahmi Reza Akan Dipanggil Polis Isu 'Sardin Dan Ayam'

27-6-2021 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5147| Komen: 22

Polis akan memanggil pereka grafik dan aktivis Fahmi Reza minggu depan berhubung poster Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad yang dimuat naiknya di Facebook dan Twitter, baru-baru ini.



Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya memanggil beberapa individu sebelum ini untuk memberi keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Kita akan memanggil suspek utama dalam kes ini untuk memberi keterangan,” katanya ringkas hari ini.

17 Jun lalu, Ketua Pemuda UMNO Perak Mohd Ariff Abdul Majid membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar berhubung poster berkenaan yang disifatkan sebagai fitnah dan sengaja menimbulkan kebencian terhadap Menteri Besar Perak.


Kredit foto: Twitter


Mohd Ariff dilaporkan berkata, poster yang dimuat naik Fahmi Reza itu menjadi tular bersama kapsyen berbunyi ‘kita dah bagi makan sardin, jangan gatal nak mintak ayam pulak’ mengundang kecaman dan maki hamun pengguna media sosial yang lain.


Sumber: BERNAMA

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Raline

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 27-6-2021 04:59 PM
"dengki ke"
Quote MontanaHannah 27-6-2021 04:59 PM
Boringlah sial

semua ko nak panggil

mentang-mentang ada kuasa

rakyat  biasa  kena herdik dmei nak kerja juga sebab nak beli makanan saja pun boleh calit airmata dan smabung kerja


bughitlah nakharom

politik malaysia dipenuhi oleh sampah,politik sampah!
Quote Purina 27-6-2021 05:47 PM
Haha..cuit2 manja je gitu..
Tp serius mmg lawak
Quote imanjannah 27-6-2021 05:49 PM
dia lagiii.. oohh ok
Quote RumiMenari 27-6-2021 07:23 PM
Hahaha sopan lagi kot guna sardin je.. i mean dlm banyak2 hewan kan {:nose
Quote alesandra 27-6-2021 07:25 PM
Oiii org perak .rentiler jadi bodoh tengin.itu jela nak kabo
Quote sehirkedi 27-6-2021 07:30 PM
Sebenarnya cara MB ni jawab soalan wartawan sangat tak kena dan profesional. Tak perlu nak bandingkan sardin dan ayam ya.

Bila jadi ahli politik, kena bijak menjawab pertanyaan agar tidak menghiris perasan sesiapa atau menampakkan diri seperti bongkak. Skill ni amat penting supaya masyarakat sekeliling hormat dan sayang pada anda.
Quote merrissa 27-6-2021 08:22 PM
Sardin tin pon mahal
Quote 3chanceno 27-6-2021 09:00 PM
merrissa replied at 27-6-2021 08:22 PM
Sardin tin pon mahal

Iya betul..cap ayam mahal tapi sedap
Quote mclaren 27-6-2021 09:55 PM
Hari tu dia jugak yang komen pasal phones cikai yang YES bagi sekadar melepas cukai kat IRB tu, katanya bersyukurlah dapat jugak phone daripada tak dapat apa2

What kind of statement is that? Dalat phone tak boleh guna bukan ke = je dengan tak dapat phone???!!!

Bukan dia nak tolong carikan jalan penyelesaian.
Quote mclaren 27-6-2021 09:56 PM
Btw Fahmy ni kerja apa ye

Sebab asyik kena naik balai masuk lokap. Kerja sendiri ke
Quote ihtisyam1 28-6-2021 08:21 AM
manja teh ahli politaik pun..... buat poster pun report polis

Quote sidewinder 28-6-2021 08:39 AM
dia kena panggil sbb ada laporan polis ke atas dia.....kalu tak der laporan polis tak der laa polis panggil....kang polis tak panggil kata polis ni makan gaji buta laa.....itu laa ini laa.....yg MB perak ni pun satu pegi keluar statement mcm tu kenapa.....cuba cerdik skit bila buat statement.....statement yg lebih berdiplomasi.....pastu bentangkan berapa budget......berapa yg dibeli .....berapa yg diserahkan dan berapa org yg menerima.....kalu semua fakta2 disampaikan kepada rakyat maka rakyat mesti akan paham nyer kenapa.........apa yg aku perati2 org politik ni bila dia tak der jawatan fuhhhh dia punya terre....dia punya cerdik....dia punya idea mantap.....bila dah ada jawatan tetiba jadi banggang.....sembang style kampung2....gangster....bongkak.....dlm kes ni geng2 abg besar atau taiko politik malaysia iaitu UMNO
Quote twins 28-6-2021 09:45 AM
masa belum jd MB berebut2 nak jadi MB....
bila dah jd MB... terserlah ketidak cerdikan yg tersembunyi selama ni....
paling geram... masa  Manjoi PKPD harammmm tak nmpak muka bagi bantuan
pada rakyat yg "terkurung".... ex MB & the gang pulak yg bertungkus lumus membantu....
Quote axl_bach 28-6-2021 09:48 AM
sehirkedi replied at 27-6-2021 07:30 PM
Sebenarnya cara MB ni jawab soalan wartawan sangat tak kena dan profesional. Tak perlu nak bandingka ...

Maybe dia dh x tahan sgt disoal kot, dgn tgk reaksi netizen di socmed....sama jer mcm si celaka Atok tua jawab pasal kurung pelancong PRC dlm kandang....dia pun dah rimas dgn desakan netizen so dia pun cakap lepas dan sarkastik....

Kesannya mmg jadi bahan troll lah.....

Cuma bezanya bila netizen troll pasal kandang lembu tu kerajaan xder amik port pun, tp yg ni abis kena panggil ke balai
Quote nakkomenjugak 28-6-2021 12:58 PM
MB pun buat statement bodo yang amat. Buat malu orang lerr yobbbb.
Quote nikaido 28-6-2021 01:02 PM
mclaren replied at 27-6-2021 09:56 PM
Btw Fahmy ni kerja apa ye

Sebab asyik kena naik balai masuk lokap. Kerja sendiri ke

Graphic designer. Dlm interview ckp NGO & private company selalu upah
Quote mclaren 28-6-2021 01:03 PM
nikaido replied at 28-6-2021 01:02 PM
Graphic designer. Dlm interview ckp NGO & private company selalu upah

Oh dia kerja sendiri so sustainable lah income dia while fighting for causes he believes in
Quote jiwasemangat 28-6-2021 02:09 PM
.. org cam nii.. of course laa ada supporter aka. investor.. understood arready maa..
.. ini bukan cerita pembaris lagi dah.. ini cerita politik maa..
Kalau masuk court pon.. dah ada yg akan supply lawyer bagai maa.. foc

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.037596 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top