CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makin Tenat, Sistem Kesihatan Indonesia Bakal Lumpuh

27-6-2021 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3292| Komen: 16

Penularan wabak Covid-19 di Indonesia semakin membimbangkan apabila jumlah kes keseluruhan mencatatkan 2.07 juta kes dan kapasiti hopsital mencecah 75 peratus di Jakarta serta bandar lain.

Negara jiran itu juga berdepan dengan penularan varian baharu yang lebih mudah berjangkit iaitu varian Delta yang berasal dari India.


Kredit foto: Kompas

Detik News melaporkan, hospital terpaksa menyediakan khemah kecemasan akibat lonjakan kes tersebut.

Di Medan, petugas khas Covid-19, Dr. Inke Nadia D Lubis berkata, 1,800 kanak-kanak dijangkiti virus berkenaan termasuk 14 meninggal dunia sejak enam bulan lalu.

Katanya, kebanyakan kes melibatkan murid sekolah rendah dan selebihnya pelajar sekolah menengah.

Kelmarin, Presiden Joko Widodo berkata, negara itu berdepan situasi luar jangka dan kerajaan akan mengumumkan beberapa polisi penting.


Persatuan Perubatan mengesahkan hampir 1,000 petugas kesihatan menjadi mangsa wabak itu sejak pandemik tercetus dengan 401 daripadanya adalah golongan doktor.

Bulan ini, lebih 300 doktor dan petugas kesihatan yang sudah menerima suntikan vaksin di Jawa Tengah disahkan dijangkiti Covid-19 dengan berpuluh-puluh daripadanya terpaksa dimasukkan ke hospital.

Peningkatan kes positif dalam kalangan petugas kesihatan yang sudah menerima vaksin, menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan suntikan vaksin Sinovac keluaran China.

Indonesia bergantung sepenuhnya terhadap vaksin tersebut untuk 180 juta rakyatnya tahun depan.

Jurucakap Persatuan Perubatan, Eka Mulyana berkata, varian baharu berkemungkinan besar merebak di Jawa Barat.


Gambar hiasan

“Di Jawa Barat, jumlah katil sudah melebihi 90 peratus dan beberapa hospital sudah mencapai tahap 100 peratus.

“Dengan kadar ini menunjukkan sistem kesihatan kita bakal lumpuh,” jelasnya.

Berpuluh-puluh penduduk di wilayah Kudus di Jawa Barat dikenakan perintah berkurung selepas varian Delta dikesan dalam sampel ujian kes tempatan yang menyebabkan lonjakan virus tersebut.

Lonjakan kes itu berpunca daripada jutaan penduduk dari wilayah itu yang melakukan perjalanan di seluruh negara semasa penghujung bulan Ramadan lalu.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 27-6-2021 03:22 PM
Mmg sinovac je xde pelbagai vaksin eh? Untung friska n tisna maybe dpt jenis lain kt sini
Quote MontanaHannah 27-6-2021 03:28 PM
Ada button LIKE , nak tekan sampai tercabut tombol !
Quote AyaqMeloSuam 27-6-2021 03:58 PM
MontanaHannah: Ada button LIKE , nak tekan sampai tercabut tombol !

Hahhahahaaa...
Quote CiliPadiSedap 27-6-2021 04:17 PM
whimsicalmusic: Mmg sinovac je xde pelbagai vaksin eh? Untung friska n tisna maybe dpt jenis lain kt sini

Friska trisna dapat vaksin bakso campur tempe
Quote Purina 27-6-2021 05:24 PM
whimsicalmusic replied at 27-6-2021 03:22 PM
Mmg sinovac je xde pelbagai vaksin eh? Untung friska n tisna maybe dpt jenis lain kt sini

Jgn friska bawa kaum kerabat reramai dtg sini dh la..
Quote gekkou 27-6-2021 05:33 PM
dah x peduli negara lain
negara sendiri pn teruk
Quote Denco 27-6-2021 05:49 PM
Lantaklah...sama je, kang mngata kena balik cash kat negara sendiri
Quote spankee_fili 27-6-2021 10:36 PM
Tolonglah jaga sempadan elok2, jangan terlepas variant Delta ni
Quote nesloice 27-6-2021 10:43 PM
jgn jadi mcm malaysia they said
Quote debab_78 27-6-2021 10:44 PM
Cash la... hari tu bkn main dok mengata jangan jadi mcm malaysia katanya...
Quote Hazi1975 27-6-2021 10:48 PM
Kn...cash je balasan bahana mulut menteri sendiri...
Quote harizs 27-6-2021 10:50 PM
2x5 jer abah & jokowi. so tak berani komen
Quote TuntungReturn 27-6-2021 10:51 PM
ari tu je pak jokowi kutuk malaysia
Quote None68 28-6-2021 06:58 AM
Sama je pun xde beza...
Quote SPACE COP GABAN 28-6-2021 07:31 AM
Tu pun rakyat msia hari2 merungut nak bebas..nak rentas daerah, nak dine in. ...cuba la bersabar...semua org pun terkesan..cuma masalah masing2 je tak sama..
Quote nakkomenjugak 28-6-2021 01:07 PM
Cashhhhhh onlyyyyyy! Time deyols dok kata pasal malaya dulu pun iols tak terkesan sebab tau deyols lagi teruk kes c19 kat sana.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.058120 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top