CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 Maut Belon Udara Langgar Kabel Elektrik

27-6-2021 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3119| Komen: 18

Lima dilaporkan maut dalam insiden belon udara panas terlanggar kabel elektrik dan terhempas di Albuquerque, New Mexico.

Jurucakap polis, Gilbert Gallegos berkata, kejadian berlaku kira-kira 7 pagi (waktu tempatan) di bahagian barat di bandar tersebut.


Polis mengenal pasti dua penumpang terlibat dalam nahas itu iaitu Martin Martinez, 59, dan Mary Martinez, 62 yang merupakan ibu bapa kepada seorang pegawai bertugas di bahagian pengangkutan penjara dengan Jabatan Polis Albuquerque.


Gambar hiasan

“Malangnya empat individu meninggal dunia akibat cedera dalam kemalangan belon udara panas,” kata polis Albuquerque menerusi Twitter sambil menambah seorang lagi yang cedera parah dibawa ke hospital.

Pihak berkuasa kemudian memaklumkan mangsa turut meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan kesemua mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi itu,” kata polis.


Polis masih belum mendedahkan nama mangsa yang lain namun memaklumkan tiga individu yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berasal dari tengah New Mexico.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote twins 27-6-2021 03:07 PM
lbh kurang  4 tahun dulu pernah jd mcm ni kat Turki.. angin terlampau kuat .. lepas tu berbulan2 depa tak bg  naik belon tu sbb angin kuat....
Quote imanjannah 27-6-2021 03:28 PM
seronok tengok orang naik di turki tu, bila ada kejadian gini, risau pulak ye
Quote lavieenrose 27-6-2021 04:39 PM
Aku mmg takkan naik benda alah ni, takut ooo
Quote Burong_Hantuk 27-6-2021 05:03 PM
Rest in peace...
Quote CiliPadiSedap 27-6-2021 05:11 PM
belon panas bunge jumping kaka xberani naik sbb gayat. kaka rela kena peluk dengan hantu kopek vokuru dari buat benda2 maut tu.

Quote msel 27-6-2021 06:02 PM
Seronok tapi masa nak turun tu seram jugak la. Bergegar2.
Quote Tunan 27-6-2021 06:17 PM
takut nak naik even free...
Quote Supersirap 28-6-2021 10:25 AM
Risiko besar juga ya jika menaiki belon udara panas ni
Quote nakkomenjugak 28-6-2021 01:09 PM
Takutnya dengar... tinggi2 gitu macam tu kes nya
Quote xy_daen 28-6-2021 01:11 PM
Aku sorry la benda2 tinggi ni memang kecut teloq... Lantak la orang nak cakap apa...
Quote rain2169 28-6-2021 01:12 PM
yang naik ni memang berani....
kalau I.... tak de angin kuat pun I takot.....
Quote haruslah 28-6-2021 03:33 PM
'benda' kat udara ni kalau ride nampak best
Belon udara...flight, cable car...bungee....segala macam roller coster semua tu
Tapiiiiiiiiii....kalau accident scary

Tapi tu la, kemalangan kat mana2 pon bleh berlaku
Quote Decaffeinated 28-6-2021 06:47 PM
aku tak takut tapi takde kesempatan.

the closest to it cuma naik belon isi gas ringan (tak pasti helium ka?) kat Singapore yang ikat dgn tali tak kasi lepas tu. Tinggi lak juga sampai nampak JB kalau x silap.

Quote tukul 28-6-2021 07:01 PM
twins replied at 27-6-2021 03:07 PM
lbh kurang  4 tahun dulu pernah jd mcm ni kat Turki.. angin terlampau kuat .. lepas tu berbulan2 dep ...

kami satu family x naik....penakut sebenarnya...
Quote slyfynx 28-6-2021 07:03 PM
X payahkan naik hot air ballon.
Aku naik ferris wheel yang xde dinding tu pun rase nk terkencing dah.
Gi menara KL, masuk bilik cermin tu mmg lembik lutut terus
Quote twins 29-6-2021 11:18 AM
tukul replied at 28-6-2021 07:01 PM
kami satu family x naik....penakut sebenarnya...

dulu pegi bertiga dgn kawan-kawan... kami naik.. mmg nak rezki masa tu dorang baru jer buka balik.  Kes yg langgar wayar letrik tu terjadi sebelum kami pegi sana.  dan dengar2 cerita tak lama lepas tu tutup balik sebab angin terlampau kuat.  memang rezki kami lah....
Quote rosmahisham 29-6-2021 12:08 PM
Aku bwk cash lebih g  turki kot2 last minit en suami bg naik belon panas ni 1 fmly..rupanye sampai sdh dia x bg ank2 dia naik..kitorg breakfast kat hotel ,npk la belon udara tu tinggi kat udara..suami siap ckp tgk je lah dr sini x yah naik..aku berani la jgk tp gayat,tp suami aku lg penakut!
Quote lurve82 29-6-2021 12:12 PM
Teringin nk naik dkt cappadocia..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.198000 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top