CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Tutup Kilang’ hujani ruangan komen Facebook rasmi KKM

27-6-2021 12:00 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 10444| Komen: 93



PETALING JAYA – ‘Tutup Kilang’ menjadi perkataan pilihan orang ramai dalam meluahkan isi hati mereka di laman sosial Kementerian Kesihatan (KKM) sejak kelmarin.

Penggunaan perkataan tersebut digunakan rakyat negara ini apabila melihat kerajaan gagal untuk melandaikan jumlah jangkitan virus Covid-19 walaupun pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh sejak 1 Jun lalu.

Rata-rata mereka menyifatkan sekiranya kilang masih tidak ditutup, angka jangkitan pendemik Covid-19 tidak akan berkurangan malah jangkitan dijangka akan terus berlaku.

Tempoh PKP penuh sama ada akan beralih kepada fasa kedua atau tidak ia bergantung kepada kes harian baharu positif Covid-19.

Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan, jika kes baru tidak menunjukkan penurunan di bawah paras 4,000 kes bermakna PKP penuh masih kekal di fasa pertama.


Semalam dan hari ini, kes baru tidak menunjukkan penurun yang ketara di mana masih mencatatkan bilangan kes hampir 6,000 sehari iaitu 5,803 kes pada hari ini dan 5,812 kes pada semalam.

Bukan itu sahaja, tempat yang diwartakan sebagai kawasan perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD) juga masih lagi bertambah saban hari dan kebanyakannya berlaku adalah kerana kluster tempat kerja.

“Cuba fikir logik, kilang banyak yang buka kluster yang lahir pun dari tempat kerja. Perniagaan kecil macam kedai photostat, peralatan komputer, alat tulis ditutup sedangkan itu keperluan buat masa ini.

“Macamana kita nak keluar dari masalah ini kalau kerajaan tidak boleh fikir,” ujar seorang netizen Yuji Kataro di laman Facebook KKM hari ini.

Turut senada dengan hantaran itu adalah seorang lagi netizen dikenali sebagai Epul Rani yang mahu kerajaan segera menutup kilang kerana ia penyumbang utama kebanyakan kluster ketika ini.

“Kalau kita tengok laporan harian kluster yang dikeluarkan KKM, majoritinya berkaitan kluster tempat kerja. Jadi apa singnifasikasinya kilang masih dibuka?

“Sampai bila kami nak melalui tempoh PKP, duit semakin susut, ramai tidak boleh bekerja. Ingat saiz kasut masing-masing pun berbeza jadi kesusahan orang juga berbeza,” ujarnya.





Sumber : Kosmo.com.my
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 27-6-2021 12:23 AM
KKM ni takat nasihat gomen je. Yg decide si gang sabri dgn abahcowm
Quote Kitty_catz 27-6-2021 12:28 AM
Pi la tala kat semburittt.. jgn tala kkm.. xde kena mengena. Patot berterima kasih kat kkm tu

Suk kena cobid, deme2 jugak yg kn uruskan kome2 tu
Quote Skuau 27-6-2021 12:33 AM
'Keputusan terakhir' terletak kat menteri,pm.
Quote Meiizu 27-6-2021 12:37 AM
Tokey2 kilang pun jahat belaka.depa akan twist konon tu essential services..ugut2 org atas takpun bagi rasuah buat bisnes depa on jugak
Quote Kurex 27-6-2021 01:07 AM
Edited by Kurex at 27-6-2021 01:30 AM

Segala kebun-kebun, ladang-ladang dan estet-estet. Factory-factory dan kilang-kilang, rumah sewa dan juga stable lumba kuda, terpulang kepada kekanda
Quote prettyuglybabe 27-6-2021 01:21 AM
i tak faham manusia bodoh ni pi spam kkm buat apa..
keputusan bukan kkm yang buat..
kau nak suruh dg lawan atasan..
cuba kalau kau sendiri..
berani tak nak lawan bos kau?
kalau kau pun kecut telur, duduk diam-diam sana..
Quote lavendernovella 27-6-2021 01:25 AM
Takda rasa empatikah dalam hati2 mereka yang decide semua ni. Dah sah2 tau mana datang nombor2 besar tu tapi orang lain kena mengalah dan ada yang terkorban.

Ngeri !
Quote MeghanK 27-6-2021 01:32 AM
semoga jemin melingkup
Quote mawarika 27-6-2021 02:08 AM
Sorry to say ... covid pun tak terkawal lg dah skg ni.. sbb terlampau ramai pesakit covid kkm tak boleh handle. Skg ni pesakit covid dah terlampau ramai kat luar sana. Caca marba pengurusan kkm lagi2 kat n9. Pesakit covid bebas drive kesana kesini bila dipanggil kkm. Now quarantine pesakit covid kt rumah dari 14 hari turun ke 10 hari. Close contact tak dipakaikan gelang. Swab pun tak dipanggil. Ni yg didaftarkan ke kkm. Yang positive skg mmg ramai berkeliaran sbb lambat dipakaikan gelang atau tak dipakaikan langsung. Pepandai la korang jaga diri bila berbelanja.. lg lg kawasan selangor, kl dan n9.
Quote xpdckelate 27-6-2021 03:40 AM
kkm juga yg kena padahal org lain buat onar
Quote nakkomenjugak 27-6-2021 03:52 AM
diba aa dok maki hamun abe dia pun, abe dia buat dono. inikan puleksss whoareyussss... spam2 100ms pun, takkan setel
Quote xpdckelate 27-6-2021 03:54 AM
nakkomenjugak replied at 27-6-2021 03:52 AM
diba aa dok maki hamun abe dia pun, abe dia buat dono. inikan puleksss whoareyussss... spam2 100ms p ...

sejenis degil kan..dia ingat dia pandai sgt..tgk kes mana turun dh lokdong brapa lamamarhein yang menderita  

Quote nakkomenjugak 27-6-2021 04:02 AM
xpdckelate replied at 27-6-2021 03:54 AM
sejenis degil kan..dia ingat dia pandai sgt..tgk kes mana turun dh lokdong brapa lamamarhein yang  ...

Sejenis manusia buta peghot bak kata tokri
dasar bughitttt
Quote xpdckelate 27-6-2021 04:07 AM
nakkomenjugak replied at 27-6-2021 04:02 AM
Sejenis manusia buta peghot bak kata tokri
dasar bughitttt

oit mencarut
Quote Lista 27-6-2021 04:58 AM
Cluster dari tempat keja sampai beratus2 kes..dah jadi sporadik dah berleluasa tak tahu dari asal punca mana..

Tapi aku takjub dengan Muhyiddin ni dia relax je..aduhai boleh ke dia lalu makan tengok negara hadap wabak dgn kes cluster takde kesudahan ni.
Quote cahaya_almas 27-6-2021 07:03 AM
Kes tk turn2 pun..
Quote rosmahisham 27-6-2021 07:22 AM
MeghanK replied at 27-6-2021 01:32 AM
semoga jemin melingkup

Amiin..ataupon ada family yg mati bunuh diri akibalt kemurungan baru ada akal..ish tp dosa pulak nk doakn yg x elok..tp serius  sakit hati..bila acah2 total lockdown tp kilang2 aman2 je bukak!
Quote tikusmontok 27-6-2021 07:26 AM
LadyCarefree replied at 27-6-2021 12:23 AM
KKM ni takat nasihat gomen je. Yg decide si gang sabri dgn abahcowm

Jemin pun sama
Quote pu3_rania 27-6-2021 07:39 AM
Edited by pu3_rania at 27-6-2021 07:59 AM

Yang pi ambush & spam FB KKM buat apa lahai
KKM dah cukup banyak mainkan peranan penting demi rakyat tapi GOMEN PEE END & GOMEN PEE ESH SELANGOR yang degil nak M****S
Pi lah ambush & spam SOCMED MITI, MKN & si JEMIN biar sampai katup sementara SOCMED depa2 ni
Bukan aje kilang tapi pejabat2 pun banyak kes covid tapi ada yang sorok dan paling teruk beroperasi dengan kapisiti yang penuh
Sepatutnya bukan aje serbu kilang2 tapi kena serbu senarai pejabat syarikat2 yang dah dapat kelulusan dari MITI terutama di Mukim Petaling coz kes Covid sangat tinggi di sini

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.057640 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top