CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Macam Menang Loteri Tapi Ngeri,"-Wanita Terkejut Tiba-Tiba Jadi 'Billionaire'

25-6-2021 02:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6380| Komen: 34

Washington: Seorang wanita Florida dilaporkan terkejut ketika mahu mengeluarkan wang AS$20 (RM83) dari mesin pengeluaran automatik (ATM) apabila mendapati akaunnya mempunyai baki mencecah AS$1 bilion (RM4.2 bilion).


New York Post melaporkan ketika kejadian, Julia Yonkowski dari Largo memeriksa baki banknya sebelum mengeluaran wang pada hari Sabtu.


Apa yang mengejutkan, resit menunjukkan jumlah baki AS$999,985,855.94 dalam akaunnya, lapor WFLA.

Dia yang terkejut memberitahu WFLA bahawa dia ingin mengembalikan sejumlah besar wang itu kerana dia tidak dapat menerima wang daripada orang tidak dikenali.

"Ya Tuhan, saya merasa ngeri. Saya tahu kebanyakan orang menganggap mereka memenangi loteri tetapi saya berasa ngeri," kata Yonkowski kepada media.


Jurucakap Bank Chase, Amy Bonitatibus menjelaskan, penyata menunjukkan hampir AS$1 bilion pada akaun Yonkowski sebenarnya bukanlah baki akaun wanita itu.

Beliau berkata, pihak bank sudah menghubungi wanita berkenaan untuk menjelaskan 'kekeliruan' terbabit.

"Cawangan tempatan bank kami dan kumpulan perkhidmatan pelanggan kami sudah bercakap dengan Yonkowski untuk menjelaskan 'perbezaan' itu," katanya kepada New York Post. -CARI

Sumber: Harian Metro
2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • appelmerah

  • Adrif


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnyEnglish 25-6-2021 09:31 AM
sama mcm najib,dia pun nak pulangkan duit tu..cukurrrrrr
Quote naina 25-6-2021 09:33 AM
Wakaka. Dapat yang tak jujur habis dijoli
Quote Al-Patih 25-6-2021 11:27 AM
Edisi tempatan ke ni
Quote angelofish 25-6-2021 12:49 PM
makcik kena cukai tak walaupon dah pulangkan nanti?
Quote Paiya 25-6-2021 12:57 PM
aku bukannya sempurna
tapi kalau aku jadi wanita ni
akupun akan kembalikan wang yang bukan milik aku

Quote Artemesiaa 25-6-2021 01:17 PM
Bukan kes pertama sebelum ni pun ada kes macam ni salah masuk akaun.
Quote Thunderclouds 25-6-2021 01:25 PM
naina replied at 25-6-2021 09:33 AM
Wakaka. Dapat yang tak jujur habis dijoli

Ade rakyat m'sia budak cainis kt Aussie kn p joli katak duit bank salah masuk kt acc dia. Tkantoi sbb tyg kt medsos
Quote dua_chzy 25-6-2021 01:26 PM
Paiya replied at 25-6-2021 12:57 PM
aku bukannya sempurna
tapi kalau aku jadi wanita ni
akupun akan kembalikan wang yang bukan milik a ...

Yeap. Ntah2 duit drug cartel. Mampos ko sefamily if jolikan duit tu.
Quote Paiya 25-6-2021 02:01 PM
dua_chzy replied at 25-6-2021 01:26 PM
Yeap. Ntah2 duit drug cartel. Mampos ko sefamily if jolikan duit tu.

ya..
tak memasal menjemput ajal


Quote mzzenma 25-6-2021 02:46 PM
Haritu kat twitter ada lady ni mengadu pak mertua dia salah transfer 100k ke akaun org myanmar.. so dia minta pendapat apa dia boleh buat.

Ramai kata kalau org tu tak nak pulangkan tak boleh buat apa.. melainkan ada surat mahkamah bank boleh freeze the account. tapi kalau penerima belanja duit tu boleh kena tangkap.

so kalau tak nak pulangkan, tapi tak boleh belanja. masuk asb boleh tak
Quote ciklahcuteII 25-6-2021 02:52 PM
mmg terkejut kalau ada dlm bank.. yg x logik..
kalau 0 dlm bank pun terkejut jgk..
Quote azie5zoe 25-6-2021 03:29 PM
Iols pernah, pergi ATM sekali check duit ada 5 angka, meremang bulu tengkuk sekejap. Tup Tup baru teringat, personal loan dah lulus. Tapi kalau kes macam ni, menggelabah jugak ler tetiba duit orang masuk dalam akaun kita.
Quote sidewinder 25-6-2021 03:49 PM
Edited by sidewinder at 25-6-2021 03:50 PM

benda ni pernah terjadi kat aku....tp tak der sampai berbillion berbelas ribu jer la 3-4 tahun lepas.....aku login kat acc bank ni.....sekali tgk dlm account berbelas ribu kat dlm dia .....aku log out kejap....aku lek dulu pastu ....diam...berpeluh2....blur kejap....pastu login balik memang betul ....aku click no account utk tgk details sapa yg bg duit tu rupa2 nyer company lama yg aku dah resigned 2 tahun lepas.....so aku diam je la berbulan2 dlm 6-7 bulan tunggu company lama tu contact balik kot2 soh aku revert duit tu kat dia org balik.....sampai ke sudah x contact2 aku...
Quote SweetRehan 25-6-2021 04:26 PM
I bilion tu....mak aii....byknya juling bijik mata tgk....
Quote Dovahkiin 25-6-2021 04:35 PM
Bukan boleh guna pun. Digital traces, kau guna kau yg kena ganti balik. Bukan tak boleh tgk masuk akaun siapa. X bole ganti, sila ke 'dalam'.
Quote TOPwind 25-6-2021 04:48 PM
angelofish replied at 25-6-2021 12:49 PM
makcik kena cukai tak walaupon dah pulangkan nanti?

jika kat msia kena
Quote Orix 25-6-2021 05:32 PM
Da tanya pak ereb??
Quote ciklahcuteII 25-6-2021 06:43 PM
mzzenma replied at 25-6-2021 02:46 PM
Haritu kat twitter ada lady ni mengadu pak mertua dia salah transfer 100k ke akaun org myanmar.. so  ...

masuk sehari je??!  
Quote Minami2013 25-6-2021 07:46 PM
Kalau i rambang mata jap. Bila dah waras, baru la laporkan kat bank. Kalau confirm duit tu mmg ditujukan kat bank akaun i, baru lah boleh bergumbira walau mustahil, berangan je la

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.063334 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top