CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Che Nom Saran Belajar Benda Baru Ketika Lockdown, Eh! Ada Pula Yang Terasa Diperkecilkan

25-6-2021 02:59 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9348| Komen: 52|Original author: Oleh: Cari-Azza




Memandangkan situasi PKP yang masih belum berkesudahan ini, majoriti rakyat Malaysia sudah tidak betah duduk di rumah sahaja.

Bagi mereka yang terjejas pendapatannya sudah buntu lalu meminta bantuan dari kerajaan dan sebagainya.

Menyedari itu, pemengaruh (influencer) yang terkenal dengan resipi di laman Youtube Che Nom mengambil kesempatan untuk menasihatkan anak muda agar mempelajari ilmu baharu bagi mengisi masa senggang mereka.

Namun, ianya tidak dipersetujui oleh segelintir netizen yang merasakan ianya bukan lah cara tepat. Di kala ekonomi merundum, orang lebih memikirkan perut untuk diisi, berbanding ilmu, dapat duit?


Foto : Twitter


Bagi sesetengah netizen, saat ini adalah sangat kritikal terutamanya mereka yang tidak mempunyai pendapatan. Ada yang bergaduh suami isteri, berhutang dengan ceti haram sehingga ada yang membunuh diri. Masalah boleh selesai dengan ilmu baharu?


Foto : Gazzete

Bagaimanapun, ada juga netizen berpendapat, cadangan Che Nom memang tidak terpakai untuk semua orang. Jika ada yang boleh mendapat manfaat dari saranan tersebut, mengapa pula ada yang panas hati?

Foto : Twitter

Foto : hypemy

Jadi, anda kategori mana? Ilmu baharu apa yang dipelajari atau rungsing kerana duit simpanan makin susut? Jika yang kedua, mungkin saranan ini bukan untuk anda. - CARI







Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 25-6-2021 03:17 PM
setuju cara che nom tapi sesuai untuk yang masih berduit yang tak berduit kena bekerja juga atau sibukkan diri supaya tak fikir masalah dihadapi
Quote KIM.K 25-6-2021 03:29 PM
Che Nom kena rephrase sikit or bagi laki/family dia baca dulu statement tu before tweet.
Umpama kata kat org susah edukesyen tu penting. Menangis org tu nak makan pun takda, nak edu lagilah tak mampu
Quote Orix 25-6-2021 03:33 PM
Challenges is proven to reduce depression. Sekali challenge went wrong terus suicide
Quote setori_mori 25-6-2021 06:09 PM
Setuju dengan tweet last sekali tu, if it fits you then thats for you. Agree to disagree
Quote anony-mous 25-6-2021 08:37 PM
Ok jah tweet sheols. Betul la tu. Dia tlg in a way dia bg cara utk fight depression. Mcm2 free learning. Mgkin berkesan utk yg depress terkurung, tp xberkesan utk depress sbb duit. At least can help part of them
Quote Bihungoreng 25-6-2021 10:18 PM
Che nom, udah2 la pokus pada masakan dah la.. sume isu semasa che nom nak komen.. aritu kes mamatini, ni kes ni pulak…

i suka che nom masak2, resepi che nom senang diikot dan menjadi.. bab ni baik cue nom diam2 jelah che nom
Quote ayorsuam 25-6-2021 10:26 PM
Che Nom ni memang rupa gini ke sebab mekap? Dah macam rupa mak cupcake aishah.
Quote ffbeauties 25-6-2021 11:16 PM
Masa sekarang, tak bole salah sikit kat medsos sebab ramai yang tengah stress, depress so apa apa cadangan, kenyataan dan perbuatan dari mana2 manusia famous boleh menguris hati. Duk diam2 buat kerja je jangan bukak mulut, jangan tunjuk kebodohan dan keangkuhan.
Karang salah sikit habislah korang, contoh depan mata dah banyak
Quote mawardia 26-6-2021 02:18 AM
Masa2 gini tutup mulut je la. Jgn nak berbunyi kat medsos. Buat hal sendiri je. Lg 1 ko up kat medsos tu siapa yg baca nom. Org susah sibuk fikir nak cari duit je, takde masa nk tgk twitter.
Quote mh17 26-6-2021 02:24 AM
Weh..aku pelik.knapa muka dia lain??pasal dia kurus ke?aku tgok dia lain gler dulu.chanel limau nipis dia punyakan?
Quote CatMiow 26-6-2021 02:30 AM
mh17: Weh..aku pelik.knapa muka dia lain??pasal dia kurus ke?aku tgok dia lain gler dulu.chanel limau nipis dia punyakan?



Bukan, limau nipis orng muda lagi.umurnya Baya2 buat orng lapo.
Quote mh17 26-6-2021 03:25 AM
CatMiow replied at 26-6-2021 02:30 AM
Bukan, limau nipis orng muda lagi.umurnya Baya2 buat orng lapo.

Hahaha,da tjwb.tq weyh..aku da 2thun bmati-matian ingt limau nipis dgn che nom same..haha
Quote Blackrose87 26-6-2021 03:27 AM
Dah setahun lebih PKP..

Sy mula belajar baking dr utube che nom. Belajar buat cookies. Dari raya thn lepas dah start ada kwn2 order..
Thn ni pun ada order.. sy boleh buat duit dgn jual biskut raya. Drpada suka2 hilangkan boring, duit pun masuk..

Ada kena mengena tak dengan statement kat atas ni?

Quote cmf_jeangrey 26-6-2021 05:23 AM
Tweet dia cold...kena tgk jugak siapa followers tu...kalau ramai gol biasa2 kena tukar tune sikit

Lockdown ni pun dah very challenging..so elakkan guna perkataan challenges segala...ramai org sensitif sekrg ni
Quote Nham22 26-6-2021 07:16 AM
Skrg ni nak buat ape2xpon kene fikir.. Nak kuar sgtpon xboleh.. Kene ddk diam2x kat rumah... Sbb covid19 merata ade....payah gak situasi skrg......
Quote LadyCarefree 26-6-2021 08:13 AM
Blackrose87 replied at 26-6-2021 02:27 AM
Dah setahun lebih PKP..

Sy mula belajar baking dr utube che nom. Belajar buat cookies. Dari raya ...

Bagusnya awak.
Quote CatMiow 26-6-2021 08:14 AM
mh17 replied at 26-6-2021 03:25 AM
Hahaha,da tjwb.tq weyh..aku da 2thun bmati-matian ingt limau nipis dgn che nom same..haha

Hehehe, mula2 tu ramai keliru limau nipis dengan buat otng lapo, sebab konsep dan avtar lebih kurang sama.
Quote merrissa 26-6-2021 10:13 AM
ffbeauties: Masa sekarang, tak bole salah sikit kat medsos sebab ramai yang tengah stress, depress so apa apa cadangan, kenyataan dan perbuatan dari mana2 manusia ...


Kang jadi sugu tu… angkuh org lari baru tahu
Quote merrissa 26-6-2021 10:19 AM
Mana scientific paper? Lain kali attach sekali dalam tweet.

Depression ni bukan semudah “nah makan panadol” untuk diubati

Ada yang makan berbulan bertahun untuk di”ubati”

Pkp hanya salah satu penyebab. Depression bukan sehari dua boleh menjelma. Kadang dari kecil dia dah muncul.

Proper guidance diperlukan untuk bantu orang2 ini. Harap che nom boleh turun pandang instead hanya bg cadangan. Lgpon che nom influencer, lg sng jika turun padang.


Terima kasih.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.273574 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top