CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Seminggu Je Emosi Dah Stabil, Neeta Manishaa Kembali Aktif Media Sosial

23-6-2021 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5867| Komen: 31

Selepas lebih seminggu berehat gara-gara video 'salah parking' membabitkan dirinya, penyanyi Neeta Manishaa kini kembali aktif di media sosial.

Biarpun sedih dengan apa yang terjadi namun Neeta atau nama sebenarnya Neeta Manishaa Manogaran mengakui dia sudah menjangka perkara tersebut memandangkan sudah hampir 10 tahun dalam industri.

Penyanyi berusia 27 ini juga bersyukur menerima kata-kata semangat daripada keluarga, rakan dan peminat.


Foto: IG 

"Saya sudah berada dalam industri hampir 10 tahun dan tidak terkejut perkara ini akan berlaku. Cuma sedih juga kita jangka benda macam ini terjadi.

"Tapi saya rasa, semua orang tak kira apa saja kerjaya mereka perlu sentiasa ambil waktu berehat daripada sosial media jika keadaan kesihatan mental tidak stabil.


"Selain keluarga, saya ada kawan dan rakan seindustri yang memberi semangat. Tapi peminat saya yang turut beri kata semangat dan sentiasa update saya semua perkara," katanya kepada mStar.



Menerusi laporan mStar pada 11 Jun lalu, Neeta mengumumkan dia mahu berehat daripada media sosial disebabkan emosinya terganggu berikutan video yang tular itu melibatkan maruah keluarganya.

Sebelum ini, seorang pengguna TikTok berkongsi rakaman memaparkan Neeta sedang membetulkan baju di bahagaian dada pada program All Together Now Malaysia yang ditayangkan pada 6 Jun lalu.



Bagaimanapun, baru-baru ini individu tersebut tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Neeta di laman sosial miliknya.

Emosi Neeta pernah terganggu disebabkan video yang tular.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hanya Mimpi ini mengakui dia sudah memaafkan perbuatan tersebut dan berharap individu itu tidak mengulangi kesilapan yang sama.



"Saya rasa... secara jujur dari pandangan peribadi, saya maafkan perbuatan dia, tapi tidak semestinya bermaksud saya maafkan dia.

"Saya harap orang tersebut pun belajar dan tidak akan mengulangi lagi. Mungkin di masa hadapan atau satu hari nanti saya boleh maafkan individu tersebut sepenuh hati saya," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online    
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 23-6-2021 02:50 PM
10 tahundah jd artis?
Jd artis melalui platform mana. Af ke, mentor ke, utube ke
Quote otai_g 23-6-2021 03:03 PM
pearl.silver replied at 23-6-2021 02:50 PM
10 tahundah jd artis?
Jd artis melalui platform mana. Af ke, mentor ke, utube ke

Haha ko baca majalah mangga mmg dpt tau psl artis sampah je lah. Walhal bnyk artis yg bgs2 tp x expose kat media mainstream.
Quote pearl.silver 23-6-2021 03:10 PM
otai_g replied at 23-6-2021 03:03 PM
Haha ko baca majalah mangga mmg dpt tau psl artis sampah je lah. Walhal bnyk artis yg bgs2 tp x ex ...

Tak.. I x bc majalah mangga.. Ada lg ke majalah tu.. I bc pasal artis kt forem cari ni je
Klu x femes kat forem i xkenal
I start tau pasal nita ni masa ada kontrobesi dia berpeluk ngn artis korea tu kot
Tu pun bc kt forem gak..
Quote Orix 23-6-2021 03:17 PM
pearl.silver: 10 tahundah jd artis?Jd artis melalui platform mana. Af ke, mentor ke, utube ke


Sheols ni byak jah lagu best cuma lagu dia x jd mainstream jah
Quote AshkieLa 23-6-2021 03:26 PM
gambar dalam toilet tu..
jadi tak cantik sbb nampak bukit belakang tu togel sikit...
Quote lifeline 23-6-2021 03:33 PM
neeta ni dia chindian ke?
eh eh betul ke aku main teka je
Quote lattehazelnut 23-6-2021 03:38 PM
Katanya yg upload org media jugak..
X professional betul..
Sampah betul rancangan ni..
Quote imthegirl 23-6-2021 04:05 PM
lifeline replied at 23-6-2021 03:33 PM
neeta ni dia chindian ke?
eh eh betul ke aku main teka je

Mix Thai ka neeta ni
Quote bulalof 23-6-2021 04:27 PM
mana maunya hidup tanpa media sosial........
Quote babycc 23-6-2021 04:27 PM
pearl.silver replied at 23-6-2021 03:10 PM
Tak.. I x bc majalah mangga.. Ada lg ke majalah tu.. I bc pasal artis kt forem cari ni je
Klu x f ...

Aku kenal nita melalui lagu2 dia.. aku x tau pulak pasal kontrovesi peluk artis korea??
Quote kakakgarang 23-6-2021 06:03 PM
Sheolls yg kena tinggal dgn BF kan? tu dtgnya lagu Sakit
Quote kaedahnya 24-6-2021 07:45 AM
muda lagi dia ni. iamneeta tu grup dia or stagename dia dulu tah.
Quote AshkieLa 24-6-2021 09:19 AM
babycc replied at 23-6-2021 04:27 PM
Aku kenal nita melalui lagu2 dia.. aku x tau pulak pasal kontrovesi peluk artis korea??

kisah peluk han biyul masa diumumkan menang big stage kalu tak salah meols.
masa tu ramai tak tau dia ni non-muslim...
Quote belilies 24-6-2021 01:14 PM
Dia ni ke yg sll ada selingan drama sangat memalam sblom drama tu stat?
Quote ImpianSeroja 24-6-2021 01:31 PM
Dah nampak gaya amylea azizan dah neeta nie
Quote minah_selekeh 24-6-2021 01:53 PM
Takde ke video tu? Apa yang kontroversi sangat?
Quote nordin84 24-6-2021 03:33 PM
kakakgarang replied at 23-6-2021 06:03 PM
Sheolls yg kena tinggal dgn BF kan? tu dtgnya lagu Sakit

lgu sakit patrick yg buat.. ade kena mengena dgn neeta ke
Quote nordin84 24-6-2021 03:34 PM
bagus neeta ni berbakat, sore sedap lagu sedap.. mgkin marketing kena lbh lagi bg boom sebaris dgn kaknab dinosor,
btw neeta nyanyi lgu peluang kedua bertiang sedap dr kaknab
Quote GegarVaganja 24-6-2021 05:31 PM
Nasib la Neeta ni perempuan.
Kalau hat artis jantan keluar statement, ‘Salah parking’ dah lain ye penerimaan pembaca.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.077165 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top