CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Puas Hati Meniaga Sebelah Kedai, Tauke Keropok Lekor Bantai Tauke Laksa

23-6-2021 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19770| Komen: 174

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita merosakkan barangan peniaga yang membuka gerai bersebelahan gerainya mencetuskan kemarahan netizen.

Menerusi satu klip video yang dimuat naik di laman Facebook Malaysian Crime Watch – MyWatch memaparkan tindakan biadap wanita itu menterbalikkan beberapa bekas yang mengandungi bahan-bahan untuk membuat laksa.



Kredit foto:


Dalam klip video berdurasi satu minit lima saat itu, kelihatan bahan-bahan membuat laksa milik seorang peniaga berterabur di bawah gerainya dipercayai telah diterbalikkan oleh wanita terbabit.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah tapak perniagaan di Taman Koperasi LLN, Kajang.

Berdasarkan perkongsian MyWatch, kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila wanita yang juga penjaja keropok lekor tidak berpuas hati dengan kehadiran peniaga lain di sebelah gerainya.



“Penjaja keropok lekor tak berpuas hati dengan kehadiran penjaja di sebelahnya yang menjual laksa.

“Habis laksa diterbalikkan olehnya, mengapa perlu “busuk hati” sesama penjaja kecil?,” soalnya di laman Facebook semalam.

Susulan kejadian itu, rata-rata netizen mengecam tindakan penjaja keropok lekor itu yang dilihat mementingkan diri ketika ramai yang sedang bergelut mencari rezeki sewaktu musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sedihnya tengok, sekarang semua orang terkesan dengan Covid-19 ini, sama-sama la cari makan.

“Rezeki Allah yang bagi, kenapa perlu ada perasaan macam tu. Sabarlah peniaga laksa, semoga rezeki awak melimpah-limpah kira dimana awak berniaga,”kata Farisha Nurralis.

Pada masa sama, netizen turut menyoal kenapa wanita itu perlu iri hati sedangkan peniaga sebelah hanya menjual laksa.

“Bukan sebelah tu jual barang makanan sama pun, apehal pulak pergi terbalikkan barang niaga orang lain, hang jual keropok lekor, orang sebelah jual laksa,”tulis Hazriel Yusof.

Kosmo! difahamkan penjual keropok lekor itu telah meminta maaf dengan abang ipar kepada peniaga laksa berkenaan.

Namun, peniaga laksa telah membuat satu laporan polis semalam. -CARI

Sumber: Kosmo Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 23-6-2021 10:12 AM
Kalau ada yg tak beli makanan kau, yg pertama mesti makanan kau tak sedap.
Kedua kau kedekut bahan / rencah / awas dalam makanan
Ketiga makanan kau jual mahal gila!
Keempat kau berniaga dekat tempat kotor, kau pengotor, tangan berkudis ada banyak bintik hitam
Kelima kau ni penagih dadah (bukan bekas penagih yg dah insaf)

Kalau kau bukan golongan di atas, kemungkinan kau fi sihir, kau tak reti berniaga
Quote wirazam 23-6-2021 10:15 AM
Mmg sejenis apa kan...tak boleh ke meniaga elok elok...Mohon peniaga laksa nih saman peniaga satu lagi tu...nak tunjuk samseng sgt..Mohon juga MBPJ check diaorg ada lesen tak nak meniaga kat situ..kalau takde mohon saman jugak
Quote zafreen 23-6-2021 10:16 AM
X paham skrg asal viral je semua pompuan berhijab.. da kenapa??
Quote mclaren 23-6-2021 10:16 AM
Sebab tu makanan dia tak laku. Sebab tuhan dah tahu hati dia busuk.

Lagi satu orang tengah kesempitan ni, orang mesti beli makanan yang mengenyangkan dulu nacam laksa, nasi etc dengan duit yang ada. Keropok lekor tu level jajan kudapan. Ada duit extra je baru orang beli zaman2 susah ni.
Quote mclaren 23-6-2021 10:19 AM
zafreen replied at 23-6-2021 10:16 AM
X paham skrg asal viral je semua pompuan berhijab.. da kenapa??

Hijab bukan sebab tuntutan agama for most people nowadays  
Sebab dah kebiasaan if melayu muslim umur sekian2 mesti sarung tudung.
Quote bulalof 23-6-2021 10:19 AM
teruknya perangai. bodoh.
Quote bored_atticus 23-6-2021 10:19 AM
mmm...
mungkin ada gaduh mulut ka apa ni kan..
tapi kalau sampai buang-buang jualan orang lain, tu melampau lah..
bukannya jual benda yang sama pun.. silap-silap stall laksa ni nanti tolong naikkan sekali jualan kopok lekor tu.
yalah orang tengok eh stall laksa, singgah beli.. sambil-sambil tunggu makanan kena bungkus, mata tengok kiri kanan ehh kopok lekor..
customer tu pun turut membeli..
adehhhh..
Quote KIM.K 23-6-2021 10:19 AM
Cikgu mickey tak ajar buat dialog berkesan ke. Tak konfiden la tu sebab peniaga kecik bbnu banding wayang ezrel wawa jenal. Tahiniah gak janji viral
Quote airmineral 23-6-2021 10:20 AM
apa teruk sgt perangai tu
bukannya dia jual benda yg sama pun
patut tgk la sendiri bisnes tu mana silapnya
kopok lekor xsedap ke, mahal sgt ke, kuah cicah dia xsedap ke, customer service teruk ke..ish3

sebaik aku jenis x beli kopok lekor kt luar, sbb xpnh dpt yg sedap.huhu
Quote tukul 23-6-2021 10:23 AM
Apa la yg ditakutkan rezeki x sampai..x paham manusia melayu islam ni pikir mcm mana...i dah bertahun niaga...belah kiri belah depan belah atas ..ada 4 buat bisnes yg sama.. elok je kami meniaga dah bertahun...x tutup pun biz ..masing2 semua dpt rezeki senang hidup semuanya...tiada dengki tiada hasad...
Quote sarah82 23-6-2021 10:25 AM
Aku teringat citer urban legend aku layan kat utube.. Ttg peniaga sebelah dengki dgn peniaga sebelah dia.. Jadi dia bakar kedai peniaga A dan menyebabkan kematian A.. Roh A nak balas dendam jadi selalu ganggu B... Sampai B minta amulet utk lindungi dia.. Jadi utk selesaikan mslh kebakaran kedai A... Tok sami buka jln utk buat B nampak roh A dan seterusnya B mengaku dia yg bakar kedai B..

Kisah urban legend tu dari China
Quote naina 23-6-2021 10:26 AM
Eeeii buruk gemuk huduh bangat cara jalan PON menghentak. Apa teruk sangat perangai buang rezeki orang cmtu je. Dengki so much betina gemuk tu..semoga melimpah ruah peniaga laksa tu. Yg Lepok lekor tu ntah guna minyak terpakai je. Yucks
Quote True-X 23-6-2021 10:28 AM
mclaren replied at 23-6-2021 10:19 AM
Hijab bukan sebab tuntutan agama for most people nowadays  
Sebab dah kebiasaan if melayu muslim  ...

nowadays laa keperluan utamam tudung tuh.. sampaikan ade yg tak nak beli makanan kl pompuan tuh x pakai tudung......

pompuan x pakai tudung kaki sebelah dah masuk neraka....  taw ke.. x dengar ceramah ostadd dn ostajah ke?...ceramah  lobai dan lobainita?
Quote mawar_mustika 23-6-2021 10:28 AM
adoi kenapa lh busuk hati sgt buatkn org camtu...bukan die p niaga bende sama pun...bende lain2 kut...sama2 cari rezeki...mn tau org dtg nk bli laksa tgk keropok bli skali....kesian makin ramai yg meniaga tepi jln skrg sbb dh ramai xde pendapatan...meniaga tepi jln ni slh satu ikhtiar hidup mereka yg terkesan...
Quote tungkai 23-6-2021 10:29 AM
Lorr...hasil jualan pun tak sama. Jadah hape nak jeles...
Quote sukacactus 23-6-2021 10:29 AM
Hurmm...pantang aku org buang2 makanan ni
Apa xpuas ati, suarakan je la
Ko xkasi org tu meniaga situ, itu tanah ko ke
Rezeki masing2 kot
Ermmm...alahai!
Quote krustykrab 23-6-2021 10:31 AM
mclaren replied at 23-6-2021 10:19 AM
Hijab bukan sebab tuntutan agama for most people nowadays  
Sebab dah kebiasaan if melayu muslim  ...

Setuju...sbb kalau ko x bungkus kepala, nnt acik2 nenek2, mat rempt akn tegur "tutup la kepala tu", sb tu ramai yg bungkus kepala tp still pakai ketat2 tersembul sana sini
Quote sambaldurian 23-6-2021 10:33 AM
klu rasa diri betul, xyah tarik report polis,  xtau knp tetiba akak lekor tetiba murka pulak kn. pastu 'dindingkan' diri, mana tau ada serangan mak esah ke, mbah wak ke. moden2 pun laku khidmat dorg
Quote CatMiow 23-6-2021 10:36 AM
sarah82 replied at 23-6-2021 10:25 AM
Aku teringat citer urban legend aku layan kat utube.. Ttg peniaga sebelah dengki dgn peniaga sebelah ...

Tajuk please

Lihat semua komen(174)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.062377 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top