SINGAPURA – Mahkamah Tinggi Singapura menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun ke atas seorang warga negaranya kerana didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Myanmar.
Gaiyathiri Murugan, 41, didapati bersalah ke atas 28 pertuduhan menyebabkan kematian terhadap pembantu rumahnya, Piang Ngaih Don pada 26 Julai 2016. Gaiyathiri dan ibunya telah menyerang dan mengakibatkan tulang tengkuk mangsa retak dan juga telah menyebabkan kecederaan pada otak. Wanita kejam itu juga dengan sengaja membiarkan Ngaih Don kebuluran, menyebabkan kecederaan dengan menekapkan seterika panas ke atas badan mangsa, memukulnya dengan batang penyapu dan menarik rambut mangsa sehingga tertanggal.
Peguam bela, Joseph Chen dalam hujahnya di mahkamah memohon supaya anak guamnya itu dikenakan hukuman penjara tidak lebih sembilan tahun dengan alasan tertuduh telah ditahan reman selama lima tahun selain faktor anak-anak yang sedang membesar dan masalah mental tertuduh. Suami Gayathiri yang merupakan seorang anggota polis, Kelvin Chelvam kini digantung tugas dan berdepan lima pertuduhan kerana mencederakan mangsa dan menipu polis dengan mengatakan kamera litar tertutup di flat kediamannya telah dialih. -CARI Sumber: Kosmo
|
ang_bess replied at 23-6-2021 03:55 PM
Kalau kat 1 negara tu lebih kurang gini la kes dia. Tapi lepas sebab ada diabetis ka apa tah. Peguam ...
dudaberhias replied at 23-6-2021 07:54 PM
Kesian pompuan tu, niat nak cari rezeki je. Dan selalunya maid Myanmar (bukan rohingya) jarang buat ...
ang_bess replied at 23-6-2021 03:55 PM
Kalau kat 1 negara tu lebih kurang gini la kes dia. Tapi lepas sebab ada diabetis ka apa tah. Peguam ...
ADVERTISEMENT