Disaat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (3.0) ketika ini, pasti ramai yang terjejas pendapatan kerana kebanyakannya ada yang tidak dapat berkerja apatah lagi apabila PKP disambung lagi 2 minggu. Tidak terkecuali, golongan artis juga antara yang terjejas pendapatan kerana tidak dapat berlakon ataupun menyanyi. Mengambil inisiatif membantu rakan artis yang terjejas ketika ini, pelakon Datuk Fizz Fairuz dan isterinya, Datin Almy Nadia menerusi video di Instagram memberitahu hajat mereka ingin membantu golongan artis yang berniaga produk makanan supaya menghubungi mereka. "Kami mencari rakan-rakan artis yang berniaga atau membuat perniagaan secara dalam talian. Saya memerlukan makanan anda untuk disumbangkan.
"Kami akan ambil dalam kuantiti yang banyak juga. Jadi, kepada rakan-rakan artis tak kira artis baru, lama atau ada sesiapa yang mengenali mana-mana artis yang berniaga, sampaikan kepada mereka," katanya.
Alhamdulillah, bagus pasangan pelakon ini tolong rakan-rakan yang terjejas kemudian sumbangkan pula pada yang memerlukan. Semoga menjadi contoh kepada kita semua untuk saling membantu dan berkongsi rezeki kepada yang memerlukan. - CARI |
Nenasketum replied at 23-6-2021 04:34 PM
Line laki si chucky kah dapat duit bebanyak tu, cuci laundery? Ahaks nanya jer
aduh2sayang replied at 24-6-2021 05:22 AM
almy preknan lagi ke
ADVERTISEMENT