Datuk Fizz Fairuz menerima hadiah Hari Bapa yang paling istimewa apabila isterinya, Datin Almy Nadia hamil lagi. Dalam video yang dikongsi di Instagram, Fizz memaparkan gambar alat ujian kehamilan beserta ucapan tahniah daripada anak-anaknya.
"Nanti i bagi you mengandung banyak-banyak ok,"tulisnya. Difahamkan usia kandungannya adalah 15 minggu dan ini merupakan anak keempat pasangan ini. "Isteri saya tidak hamil anak kembar, tapi dia buat ujian kehamilan sebanyak dua kali menggunakan alat berbeza. Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga lagi. "Sekarang, usia kandungan Almy sudah 15 minggu. Malah, ada yang cakap ini rezeki anak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan macam-macamlah,"katanya.
|
beta_carotene replied at 21-6-2021 01:47 PM
mana anak angkat yg sulung tu? mcm xde dlm gmbr
Mekpah replied at 21-6-2021 01:42 PM
Almy ni asyik ngandung jer sbb nk anak lelaki ke??
Semoga kalini dpt baby boy pulak..
Btw, anak2 ...
edayildiz replied at 21-6-2021 12:48 PM
mana ank angkat dia..yg bsr tu ke?
ADVERTISEMENT