CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aniq Suhair Jadi Sukarelawan, Bangga Dapat Curah Bakti

21-6-2021 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7875| Komen: 37

Pelakon Aniq Suhair memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Berkurung (PKP) 3.0 dengan menjadi sukarelawan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.


Menurut Aniq atau nama sebenarnya, Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 21, dia bangga dapat mencurahkan bakti dengan caranya tersendiri seperti membantu kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha membasmi penularan wabak Covid-19.

Aniq ditugaskan untuk memeriksa tekanan darah, tahap oksigen serta denyutan nadi pesakit Covid-19 di mana tahap kesihatan mereka akan dipantau oleh doktor.

Foto: IG

"Dari saya buang masa di rumah, baik saya bantu frontliners. Saya nak rasa sendiri pengalaman macam mana peritnya petugas barisan hadapan dalam PPE (kelengkapan pelindung diri) dan berhadapan dengan beratus pesakit Covid setiap hari.


"Dengan kes yang meningkat ni saya pasti frontliners kita sudah penat dan tak cukup tangan dah, saya sangat berbangga dan gembira kerana dapat bantu meringankan beban mereka," katanya ketika dihubungi mStar.

Berkongsikan pengalamannya Aniq berkata, dia terlebih dahulu diberikan taklimat dan dilatih selama tiga hari oleh doktor sebelum turun padang pada Sabtu.


"Tak senang nak lepas sebenarnya bila jadi sukarelawan ni, kami kena datang taklimat selama tiga hari sebelum diberi peluang bertugas.

"Setakat semalam (Sabtu) saya dah periksa lebih 210 pesakit yang mempunyai simptom Covid-19.

"Dari sini juga saya dapat berbual dengan pesakit dan mereka turut bercerita pengalaman mereka yang sedikit sebanyak dapat buka mata saya tentang wabak berbahaya ini," ujarnya lagi.



Berbekal pengalamannya itu, Aniq berkata dia sangat berterima kasih dengan segala pengorbanan kakitangan KKM yang telah bertungkus lumus sejak Mac tahun lalu sehingga sekarang.

"Sekarang baharu saya tahu betapa peritnya berada dalam PPE selama berjam-jam dan barang PPE itu bukan murah ya, kena tukar setiap kali break.



"Kerajaan dah spend banyak sangat, jadi kita semua perlu mengambil berat tentang bahaya Covid-19 sebab bukan sahaja boleh bantu frontliners tetapi negara kita dari segi turunkan angka kes harian," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 20-6-2021 01:20 PM
malu la artis muda jd sukarelawan.. mana artis2 yg lama?
Quote Raline 20-6-2021 01:21 PM
eh kjap siapa tahu mcm mana nk jd sukarelawan ni brapa GAJI?
Quote slyfynx 20-6-2021 01:21 PM
X berapa suka die ni, but good job.
Bukan sng nk jd volunteer untuk memende camni.
Mempertaruh kesihatan sendiri.
Kudos.
Quote YomiuriLandMae 20-6-2021 01:25 PM
okay la since now pun xde job kan why not..

yg mana retis kekonon kata ada show tu.. show mak kau! tetime lockdown ni mana ada show samdol!!!
Quote Raline 20-6-2021 01:26 PM
YomiuriLandMae replied at 20-6-2021 01:25 PM
okay la since now pun xde job kan why not..

yg mana retis kekonon kata ada show tu.. show mak kau ...

apa barang jd sukarelawan covid..... jd sukarelawan PALESTINE la baru gempak
Quote wirazam 20-6-2021 01:28 PM
Bagus budak nih....mana dia persatusn seniman tu..masa ni la ko nak tolong kerajaan
Quote Tinot7 20-6-2021 01:32 PM
Orait kipidap
Quote dudaberhias 20-6-2021 01:37 PM
wahhh hero remaja yang menjadi agitteww...
tapi katanya gegayah... betul la kot

nak tahu senang je tengok dia main bola ke tak... gegayah pantang dengan sukan bola sepak ni... ala2 kyrptonite terhadap mereka...
Quote sleepandream 20-6-2021 01:42 PM
tapi kalau kau hari2 dok update pasal kerja sukarelawan ni...
nampak sgt utk content IG pulok...
so plis jgn selfie hari2 okey
Quote rayray28 20-6-2021 02:28 PM
sleepandream replied at 20-6-2021 01:42 PM
tapi kalau kau hari2 dok update pasal kerja sukarelawan ni...
nampak sgt utk content IG pulok...
s ...

xpelaaa at least ada gk contribution kan .dr artis2 lain yg memekak xde income apa bgai..time ni patot amik peluang jd influencer tu
Quote Zirara99 20-6-2021 02:35 PM
Mana BBNU acah bagus. Tenaga muda ko diperlukan. Bagi inspirasi kt peminat. Mana hmpa semua. Sibuk pump badan je
Quote Zirara99 20-6-2021 02:37 PM
sleepandream replied at 20-6-2021 01:42 PM
tapi kalau kau hari2 dok update pasal kerja sukarelawan ni...
nampak sgt utk content IG pulok...
s ...

It’s fine. Benda baik. Semoga ramai peminat dia akan ikut. Frontliners memang tengah tenat skrng
Quote Mizlyn 20-6-2021 02:59 PM
Buat benda baik ok la..  Terima kasih frontliner
Quote hyie 20-6-2021 03:08 PM
Edited by hyie at 20-6-2021 03:10 PM
Raline replied at 20-6-2021 01:21 PM
eh kjap siapa tahu mcm mana nk jd sukarelawan ni brapa GAJI?

boleh daftar kat sini yach: https://www.myvac.com.my/

Adakah ganjaran yang akan saya peroleh sewaktu menjadi sukarelawan?

Mengambil prinsip bahawa MyVac ini adalah satu program sukarelawan yang berlandaskan kepada semangat ingin melibatkan diri di dalam usaha memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dapat dilaksanakan sebaik yang mungkin demi kesejahteraan negara, hanya bayaran saguhati sukarelawan akan diberikan mengikut kadar seperti di bawah:

  • RM50.00 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama dua sesi atau sepanjang tempoh waktu operasi PPV.
  • RM25.00 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama satu (1) sesi selama enam (6) jam.


Kami akan menyediakan kad pengenalan diri dan vest dan kepada setiap sukarelawan yang bertugas. Di akhir program PICK, kami akan mengeluarkan sijil untuk setiap sukarelawan.



Quote CARI-MRO 21-6-2021 10:29 AM
Pelakon Aniq Suhair memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Berkurung (PKP) 3.0 dengan menjadi sukarelawan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.


Menurut Aniq atau nama sebenarnya, Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 21, dia bangga dapat mencurahkan bakti dengan caranya tersendiri seperti membantu kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha membasmi penularan wabak Covid-19.


Aniq ditugaskan untuk memeriksa tekanan darah, tahap oksigen serta denyutan nadi pesakit Covid-19 di mana tahap kesihatan mereka akan dipantau oleh doktor.


Foto: IG




"Dari saya buang masa di rumah, baik saya bantu frontliners. Saya nak rasa sendiri pengalaman macam mana peritnya petugas barisan hadapan dalam PPE (kelengkapan pelindung diri) dan berhadapan dengan beratus pesakit Covid setiap hari.


"Dengan kes yang meningkat ni saya pasti frontliners kita sudah penat dan tak cukup tangan dah, saya sangat berbangga dan gembira kerana dapat bantu meringankan beban mereka," katanya ketika dihubungi mStar.


Berkongsikan pengalamannya Aniq berkata, dia terlebih dahulu diberikan taklimat dan dilatih selama tiga hari oleh doktor sebelum turun padang pada Sabtu.


[ig]https://www.instagram.com/p/CQU8itJMeD7/[/ig]



"Tak senang nak lepas sebenarnya bila jadi sukarelawan ni, kami kena datang taklimat selama tiga hari sebelum diberi peluang bertugas.


"Setakat semalam (Sabtu) saya dah periksa lebih 210 pesakit yang mempunyai simptom Covid-19.


"Dari sini juga saya dapat berbual dengan pesakit dan mereka turut bercerita pengalaman mereka yang sedikit sebanyak dapat buka mata saya tentang wabak berbahaya ini," ujarnya lagi.




[ig]https://www.instagram.com/p/CQQmDcuMnXT/[/ig]



Berbekal pengalamannya itu, Aniq berkata dia sangat berterima kasih dengan segala pengorbanan kakitangan KKM yang telah bertungkus lumus sejak Mac tahun lalu sehingga sekarang.


"Sekarang baharu saya tahu betapa peritnya berada dalam PPE selama berjam-jam dan barang PPE itu bukan murah ya, kena tukar setiap kali break.




[ig]https://www.instagram.com/p/COCPXF7JP28/[/ig]



"Kerajaan dah spend banyak sangat, jadi kita semua perlu mengambil berat tentang bahaya Covid-19 sebab bukan sahaja boleh bantu frontliners tetapi negara kita dari segi turunkan angka kes harian," katanya. -CARI


Sumber: mStar Online
Quote kakigojes 21-6-2021 11:33 AM
Banyak pulak cerita pasal Aniq ni lately… tak dinafikan ada wajah…
Quote ReginaGeorge 21-6-2021 12:36 PM
Celebrity yang tengah di kejar loan bank tu boleh la curah2 bakti sikit kat negara kita.
Quote Kurex 21-6-2021 12:58 PM
Persis wajah zoey rahman masa muda...
Bakalan jadi zoeyna rahman 2.0
Quote beni_nikaido 21-6-2021 01:00 PM
bagus dik....

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.051025 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top