CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ingatkan Soffwany Hamil, Rupa-Rupanya Badan Berisi Sebab Raja Afiq Rajin Masak!

21-6-2021 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10460| Komen: 49

Penyanyi Soffwany Yusoff menafikan dirinya sudah berbadan dua berikutan bentuk badan yang kini kelihatan sedikit berisi.

Menurut Soffwany, 32, berat badannya semakin bertambah sejak kebelakangan ini disebabkan suaminya, pelakon Raja Afiq rajin memasak memandangkan banyak masa terluang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Foto: IG

"Sebenarnya belum lagi berbadan dua dan memang tiada nak rahsiakan apa-apa pun. Kalau ada berita baik nanti kami akan kongsikan.

"Cumanya nampak macam berbadan dua disebabkan berat badan saya naik, suami rajin masak tambah-tambah lagi dia tengah free banyak masa sekarang.

"Saya pun memang suka makan masakan dia... sebab itulah sekarang saya banyak join dia buat senaman sebab nak turunkan kembali berat badan," katanya ketika dihubungi mStar.



Badan Soffwany yang kelihatan sedikit berisi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikut laman Instagramnya selepas dia berkongsikan gambar terbaharu baru-baru ini.

Menceritakan masakan air tangan suami yang menjadi kegemarannya, penyanyi lagu Nafas Cinta ini berkata dia akan bertambah selera sekiranya Raja Afiq memasak hidangan ayam masak merah dan cucur goreng.



"Kalau ikutkan semua menu yang suami masak memang saya suka makan sebab air tangan dia memang sedap.

"Walaupun nampak macam dia main campak-campak je waktu masak tapi bila dah siap, memang sedap!" ujarnya.



Bercakap mengenai perkembangan seni terbaharu, nama penyanyi yang pernah tular pada tahun 2018 ini berkata, dia kini memberikan tumpuan terhadap pekerjaannya sebagai anggota polis.

"Sejak negara berada dalam keadaan pandemik memang tiada sebarang perkembangan seni terbaharu daripada saya sebab kita masih tak boleh buat event atau majlis nyanyian.

"Sekarang memang saya fokus kepada pekerjaan hakiki sebagai anggota polis... walaupun bekerja sebagai frontliner tak susah untuk saya bahagi masa dengan suami sebab memang kami bekerja dah ada jadual.




"Suami pun dah faham jadual kerja saya, ada waktu saya busy dan ada waktu saya akan free," katanya lagi.

Soffwany mendirikan rumah tangga dengan Raja Afiq, 27, pada 19 September tahun lalu di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ImpianSeroja 20-6-2021 06:43 PM
Untung la suami rajin memasak..semoga berbahagia till jannah
Quote KIM.K 20-6-2021 07:18 PM
Apahal otomatik laki nampak tua
Quote umbut 20-6-2021 08:06 PM
Bini cantikk
Quote Kurex 20-6-2021 08:33 PM
Nak gosip apa ni? Laki muka tua ke atau bini acah2 comel?
Quote cha-cha 20-6-2021 08:42 PM
Sebok betul yang suka tanya orang pregnant ke tak, especially kalau kau tu sekadar strangers di pinggiran kali
Quote kiah_mai_pulak 20-6-2021 08:43 PM
marhaenn nya muka. mcm mana boleh jadi retis?
Quote Tinot7 20-6-2021 08:46 PM
Minah ni tanpa mekap dan kontek kaler, apa rupa dia?

Mamat tuh 5 tahun lagi muda.. awat nampak kertu?
Quote MontanaHannah 20-6-2021 08:53 PM
Kalau bahagia Alhamdulillah.

campak, campak xpe

jangan penampar ,bunuh ,campak dalam gaung sudahhhhhhhhhh
Quote Perawankota 20-6-2021 09:22 PM
Org cakap biasa yg masak campak2cni yg sedap
Quote imanjannah 20-6-2021 09:47 PM
mmg naik pun nampaknya ye
Quote dua_chzy 20-6-2021 10:06 PM
Perawankota replied at 20-6-2021 09:22 PM
Org cakap biasa yg masak campak2cni yg sedap

Betul sebab kaka pun jenis masak campak2. Actually bukan campak sembarangan tu. Ko tau what works with what melalui pengalaman dan ko boleh imagine taste tu cemana.
Quote likilu 20-6-2021 10:09 PM
MontanaHannah replied at 20-6-2021 08:53 PM
Kalau bahagia Alhamdulillah.

campak, campak xpe

Habis Madu sepah dicampak macam tu ke
Quote likilu 20-6-2021 10:11 PM
dua_chzy replied at 20-6-2021 10:06 PM
Betul sebab kaka pun jenis masak campak2. Actually bukan campak sembarangan tu. Ko tau what works  ...

Acik pun masak macam tu.. time time MCO ni mana stok perencah paste tak pernah guna baik gunakan sebelum expired.

Campak pes, campak protein, tutup periuk, set timer je siap.
Quote MontanaHannah 20-6-2021 10:12 PM
likilu replied at 20-6-2021 10:09 PM
Habis Madu sepah dicampak macam tu ke

Janganlahhhhhhhhhhh, kita doa yang baik untuk dia dna isteri dia .
Quote September14 20-6-2021 10:17 PM
Aah lelaki tu nmpk tua tp bru 27, time dia jd hero apa ntah mmg ensem

Yg ppuan tu stop2 la buat muka cute

Klu ko baya2 ecah cikta tu ok lah lg
Quote mistified 20-6-2021 11:40 PM
tebalnya mekap+ filter
Quote yondu 21-6-2021 01:19 AM
i pnh tgk pmpn ni dpn2. dtg dgn laki dia ada la event dkt sini sebelum pkp. hmm mekap dia saaaaaaaangat super tebal. 1 tiub foundation kot pakai, dgn pakaian dia tak kena cuaca. ehh dia tglkn boipren abam polis dia utk retis ni eh.
Quote Pinokiok 21-6-2021 01:44 AM
Cantik tapi filter ya amponnn budget cam bbnu huk aloh jadi nyampah pulok tengok
Quote caramello 21-6-2021 02:33 AM
Bini dia ni cun giler2..klo kt luar muka sama sebijik cam tu atau filter semata2 jah..sejenis muka filter apps dr china sgt

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.186323 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top