CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Lahir Dikenali, Papa Saya Amy Search, Awak Ada Apa?"

21-6-2021 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24873| Komen: 165

Pelakon Nabila Huda bengang dengan tindakan segelintir individu yang gemar menegur bentuk badannya yang mana disifatkan terlalu sensitif.

Rimas dengan komen body shaming, Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 36, mendedahkan dia juga sudah menyenarai hitam beberapa produksi yang mengeluarkan kata-kata menyentuh fizikalnya.



Foto: IG

"Kenapa mesti ada manusia yang akan cakap 'dah gemuk sekarang, tembamnya tak macam dulu, berisinya'. Eh pergi matilah badan orang itu macam mana pun why bother?

"Kau sendiri pun insecure dengan diri kau yang ada double chin, berlemak sana sini, lepas itu kau cemburu pula dengan badan orang lain. Aku gemuk ke kurus biar saja la. Kenapa nak kena bandingkan dulu dengan sekarang.


"Sedangkan produksi pun saya boleh blacklist sebab mengeluarkan kata-kata ini, bayangkan korang yang tak ada kena mengena dalam hidup saya, macam mana level benci dia," katanya.



Anak kepada penyanyi Amy Search ini memuat naik status mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad dan mendapat perhatian netizen serta rakan selebriti yang bersetuju dengannya.

Nabila ketika dihubungi mStar turut menjelaskan tujuan dia berkongsi perkara itu kerana ingin memberi kesedaran kepada segelintir pihak yang gemar menghina fizikal orang lain.

"Apa yang saya kongsikan ini untuk memberi kesedaran kepada orang yang suka body shaming," katanya kepada mStar.



Dalam pada itu, pelakon filem M4M4 ini menegaskan dia mampu mengubah penampilannya pada bila-bila masa bersesuaian dengan karekter lakonan yang diminta.

Bagaimanapun Nabila tetap bersyukur dengan keadaan fizikal kini memandangkan dia menjalani kehidupan yang bahagia disamping suami, anak dan kerjayanya.



"Untuk pengetahuan, saya boleh kuruskan badan atau gemukkan bila-bila masa saya mahu. Kalau saya nak kurus minggu depan saya boleh saja dapat.

"Semua orang yang pernah bekerja dengan saya, mereka boleh minta tanpa masalah. Memang itu sebahagian dari kerjaya saya. Untuk sekarang, saya di rumah, MCO... Jobless. Jadi, siapa kisah?

"Saya gemuk tapi dah kahwin, saya ada suami, anak, rumah, boleh masak, bahagia, ada kerjaya, pernah menang anugerah, ada kulit cantik, ketawa siang malam pagi petang, hidung mancung dan bibir seksi.

"Saya lahir dikenali, saya ada tujuh ekor kucing, dua kereta dan motosikal. Semua orang sayang saya, ada gerai makan, papa saya Amy Search... awak ada apa? Awak tak ada apa-apa!" ujarnya.



Sementara itu, Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang gemar membuat perbandingan bentuk badan sehingga menggores hati orang lain.

"Saya bagi amaran keras kepada sesiapa yang suka bandingkan fasal saiz badan ni. Lebih baik anda berhenti kalau tak nak saya keluarkan kata-kata kesat yang boleh menyakiti hati anda dan keluarga anda.



"Awak tahu saya boleh... awak tak kenal saya! Cakap mewakili semua wanita dan lelaki yang lalui benda ini. Tak kira la macam mana rupa kita, rambut, kulit, bentuk badan, semua orang cantik dengan cara tersendiri.

"Berhenti membuat perbandingan. Berhenti menilai! Anda tahu ia bukan sesuatu yang baik," tegasnya. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 20-6-2021 01:35 PM
Quote Raline 20-6-2021 01:36 PM
Quote Raline 20-6-2021 01:37 PM
Quote Raline 20-6-2021 01:38 PM
Quote sleepandream 20-6-2021 01:40 PM
dan semua itu adalah pinjaman duniawi.... tiberrr
Quote sharlenetexas 20-6-2021 01:50 PM
Masa sheols bambam pakai baju off shoulder ada ropol2 pulak tu dalam dendam aurora mmg rengsa tengok. Dah takde baju pesen lain ke? Bak kata kak zai peha melimpah. Ni lengan pulak yg melimpah.
Quote babycc 20-6-2021 01:52 PM
Errmm.. berlagak pulak.. x leh counter attack cara lain ke?
Quote RumiMenari 20-6-2021 01:54 PM
Saya kurus dan saya tak bodoh mcm rerama
Quote RumiMenari 20-6-2021 01:56 PM
Calling for blastoff.... ni antara kesan baksin ke?
Quote dudaberhias 20-6-2021 01:56 PM
ok faham.. dia cuba menganjing yang bagitahu dia gemuk...
tapi nampak tak masuk la pulak menganjing sebut2 ada kete semua tu...
bukan kena mengena pun...
Quote sugarlovebutter 20-6-2021 01:56 PM
Die chubby mane ade gmok..lgpn die kn penah ckp die suke dgn bdan die skrg, after die join pilateS...tp dlm cite diva popular, ade dialog ogy ckp die gemok dkt tizz..die xmarah pn..msti die tau kan dialog tuh..
Quote budakpink 20-6-2021 02:02 PM
Mmg gemok dan kepam kan die ni...x sesuai jadi heroin pukul 7...kalau jadi heroin watak mak2 anak 3 4 mungkin boleh la..slot cerekarama...
Quote blekkep 20-6-2021 02:02 PM
poyo....lakon pun idok ler beh mane..
Quote GincuPurple 20-6-2021 02:09 PM
RumiMenari replied at 20-6-2021 05:54 AM
Saya kurus dan saya tak bodoh mcm rerama

cam ni aku like komen kau.

berlagak nya dia.
Quote Raline 20-6-2021 02:10 PM
sugarlovebutter replied at 20-6-2021 01:56 PM
Die chubby mane ade gmok..lgpn die kn penah ckp die suke dgn bdan die skrg, after die join pilateS.. ...



dialog :

sofi : cepat mengaku gemok!

nabila : errkkkkk
Quote Raline 20-6-2021 02:11 PM
babycc replied at 20-6-2021 01:52 PM
Errmm.. berlagak pulak.. x leh counter attack cara lain ke?

takat tu je LEBEL pemikiran nya
Quote Suchi 20-6-2021 02:15 PM
Tak penat ke asik bitter sentap bagai ni, perkara terbaik adalah buat bodo je
Ia nya lebih menyakitkan hati orang yg mengata anda.
Sebab depa mmg nak buat anda koyak je pun.
Iols sampai rasa nak block je mana2 kawan yg hari2 bitter n paranoid ngn org.
Tak abis2 duk ckp ada org ngata la sindir dia kat belakang kalau betul ada pun biaq pi jela tah2 takde sapa pun ngata ko je perasan sendiri sbb sendiri ada masalah gangguan mental barangkali.
Quote BoongaKertas 20-6-2021 02:16 PM
Tp sheols lawa and funny. Yg kutuk bodyshaming tu boleh geng pelakon wanita dulu bodyshame wakil kakafaz sana. G sana main jauh2.
Quote aderaderker 20-6-2021 02:16 PM
So what if you anak Amy Search?

Lihat semua komen(165)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.049714 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top