Pelakon Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 32, memang terkenal dengan lawaknya yang spontan dan bersahaja setiap kali membuat kapsyen di Instagramnya sekaligus membuatkan pengikutnya di laman sosial sentiasa terhibur. Namun setiap apa yang dikongsikan di Instagramnya bukanlah selalu mendapat sokongan dan pujian ramai lebih-lebih lagi apabila berkongsi moment bersama isteri dan anak-anak. Ini kerana seorang individu pernah memberi komen kononnya Aeril terlalu manjakan isterinya iaitu pelakon Wawa Zainal. Individu terbabit mendakwa Islam tidak mengajar lelaki manjakan isteri seperti itu malah Islam hanya menyuruh lelaki menjadi pelindung wanita. Selain itu, individu terbabit turut mengatakan Aeril suka menunjuk-nunjuk kekayaan yang dimiliki.
|
akuchenta replied at 19-6-2021 10:19 PM
Kalau tak manjakan bini, nak manjakan sapa lagi?
Xkn nk manjakan janda jiran kepada jiran kepada ...
ADVERTISEMENT