CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

X-Klusif: Jerat Di Laluan Motosikal

20-11-2013 09:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8432| Komen: 21



Pernahkah kita berhadapan situasi ini: Ketika sedang memandu di Lebuh raya Persekutuan, tiba-tiba sebuah motosikal 'kapcai' memintas dengan laju.

Kadang-kadang ketika hendak menukar lorong, ada sebuah motosikal di sebelah kenderaan menyebabkan anda tidak boleh berbuat demikian.

Timbul persoalan, mengapa motosikal tersebut tidak menggunakan lorong yang disediakan di lebuh raya berkenaan?

Bukankah tindakan itu berbahaya?

Pernah beberapa kali dilaporkan sebelum ini penunggang motosikal maut akibat terlibat kemalangan ngeri dengan kenderaan besar di lebuh raya.

Apakah memang mereka degil atau suka-suka tidak mahu menggunakan lorong motosikal yang disediakan itu?

Kebanyakan penunggang motosikal memberi alasan tertentu untuk mengelak daripada menggunakan lorong khas yang disediakan.

Rata-rata, ada di antara mereka yang secara tidak sengaja menggunakan jalan kenderaan besar yang dilihat mudah dan selesa untuk keluar dan masuk.




Tetapi agak mengejutkan apabila ramai juga yang mengakui lorong khas itu tidak selamat dan berbahaya.

Seorang penunggang yang hanya mahu dikenali sebagai Din, 32, ketika ditemui berkata, laluan motosikal yang disediakan itu umpama jerat maut!

Katanya, keadaan jalan di laluan tersebut yang terlalu daif serta tidak selamat bagi pengguna-penggunanya adalah antara punca utama penunggang enggan menggunakan laluan ikal tersebut.

"Keadaannya sangat teruk kerana jalan licin, lubang sana-sini, selekoh tajam, semuanya mengundang bahaya," katanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi pengguna jalan raya, Azuan Daud, 30, berkata, tindakan tidak menggunakan lorong motosikal bukanlah dibuat secara membuta tuli dan menggadaikan nyawa semata-mata, tetapi kedaifan jalan atau laluan sikal tersebut memang membahayakan penunggang.




Katanya, hanya mereka yang menggunakan laluan motosikal tersebut setiap hari atau saban masa seperti saya sahaja yang faham situasi tersebut.

"Bukan penunggang seperti kami mahu membunuh diri dan menyesakkan jalan besar seperti Lebuh raya Persekutuan. Tetapi kami ‘dipaksa’ berbuat demikian untuk perjalanan pergi dan balik kerja," katanya.

Sementara bagi pengguna motosikal di Lebuh Raya Kesas pula mengadu, lorong yang sempit dan gelap menyebabkan ramai yang lebih selesa menggunakan lebuh raya walaupun berhadapan risiko berselisih dengan kenderaan besar.



"Keadaan ini menyulitkan kami untuk menggunakan laluan motosikal. Malah jalan yang gelap tidak berlampu di waktu malam dan sebagainya, seolah-olah penunggang motosikal dianaktiri," kata Firdaus Hashim, 26, ketika ditemui.

Seorang kakitangan Kumpulan Media Karangkraf, Garib Saman memberitahu, beliau sendiri pernah terlanggar lubang dan terjatuh, menyebabkan beliau terpaksa dirawat di hospital kerana kakinya patah.

"Pihak berkuasa seharusnya memeriksa sendiri keadaan lorong motosikal di Lebuh Raya Persekutuan dan laluan-laluan motosikal lain untuk menjamin keselamatan golongan pengguna itu," katanya yang kini lebih selesa memandu kereta ke tempat kerja walaupun kosnya agak tinggi.




Masalah ini semua telah lama disuarakan dan dirasai oleh penunggang dan pengguna laluan sikal tersebut, tetapi siapa yang endah?

Ini belum lagi dengan perbuatan khianat dan juga anasir luar seperti menaburkan paku di jalan, samun, ragut, ada yang menunggang motosikal dalam keadaan mabuk, jalan yang gelap tidak berlampu di waktu malam dan sebagainya.

4

Bagus
1

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
8

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AHMADVW 19-11-2013 03:33 PM
sila byo toll kpd penunggang motorsikal
Quote sueism 19-11-2013 03:34 PM
kalau tak maintain dan maintenance tak buat macam tu lah jadi tak selamat
Quote berun 19-11-2013 03:38 PM
saya sbg pngang moto sikal mmg xdpt nafi kan yang lorong motosikal sgt la selamat. jalan rata x da pecah2. mlm lampu ada. singbod smua ckup.. terima kasih kerajaan mlysia. punca kemalangan adalah salah pgguna sndiri..kerana tidak guna kan lorong moto sikal dgn penuh kecerian...
Quote ogata 19-11-2013 03:45 PM
pernah nampak motosikal accident di jalan moto area bukit jelutong..nasib baik masa dia accident tu ada moto lain di belakang..boleh tak imagine kalau dia accident masa tu tada sapa lalu?
Quote girly.. 19-11-2013 04:10 PM
berun posted on 19-11-2013 03:38 PM
saya sbg pngang moto sikal mmg xdpt nafi kan yang lorong motosikal sgt la selamat. jalan rata x da p ...

sabar je la kan... nk buat camner.. bukan sekadar lorong motor je.. skrg ni pon jln raya pon bny lopaknyer...

kalau aku kaya... Dan kalau aku mampu  (jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya
)
lallalalallalalallala
Quote girly.. 19-11-2013 04:12 PM
   alamak ai... knp la mcm ni jalannya... knp plak ada besi longkang kat situ.. siannya... baik2 lah bawak mtor yer.. pesanan utk en teman ku jua
Quote @trix 19-11-2013 04:27 PM
Laluan motor kat faderal memang selamat...tapi kalau banjir memang x selamat...siap sangkut tolong motor lagi...laluan bahaya tiada divider kat sebelah kelab golf negara subang...dah leh masuk longkang kat sebelah tu...
Quote Sagoo 19-11-2013 04:44 PM


kt federal ke ni?? yg menghala ke KL? bapak skeri siot...bayangkan malam2 tgh nk cepat...mesti x sempat brek punye..kalo sempat pon..tayar pon mesti terseret
Quote cocoagirl 20-11-2013 01:27 PM
Kadang2 aku ksian pd penunggang motosikal ni. Sbb dulu aku penah naik motor pergi keje. Dgn berbaju kurungnya...dr rumah bawa motor smpai kat komuter. Lps tu amik komuter...skrg bila tgk org bawa motor aku rasa kesian....tp aku x ksian org yg merempit yg mnyusahkan org...
Quote hyie 20-11-2013 01:38 PM
suruh bijan pegi keje naik moto lalu lorong motosikal la woi
Quote cutebaby5907 20-11-2013 01:42 PM
cocoagirl posted on 20-11-2013 01:27 PM
Kadang2 aku ksian pd penunggang motosikal ni. Sbb dulu aku penah naik motor pergi keje. Dgn berbaju  ...

10 tahun lepas aku antara yg berulang seminggu sekali dari UM balik umah & sebaliknya
kadang berdua dgn kawan aku & kadang sorang2 jek ulang alik gitu
tp waktu tu x byk org jahat
rase aman2 jek, klu ujan same2 berteduh kt bwh jambatan
& xde ke yg nk usik2 @ kacau2
takut mmg la takut sebab pompuan sorang2 kan
jalan nye mase tu pun dh rosak2
sebab dh selalu lalu kire dh boleh tau, mane lubang mane lecak
la ni bagi la aku berapa ribu, aku x berani kot
byk org jahat + mcm rase x selamat jek dah


Quote din_atos 20-11-2013 01:47 PM
lorong moto kat lebuhraya Guthrie la paling aku rasa x selamat even waktu siang pon. Lorong moto federal ok lg. Lorong Kesas siang ok, mlm takot wor.
Quote azlinahmad 20-11-2013 02:12 PM
penunggang motor dianak tirikan
Quote mak_wa95 20-11-2013 02:19 PM
hyie posted on 20-11-2013 01:38 PM
suruh bijan pegi keje naik moto lalu lorong motosikal la woi

kalau bijan nak guna jalan tu...siang2 lagi depa dah turap yang baru dan lebarkan
Quote batmana 20-11-2013 02:28 PM
kalau keadaan cmni, baik wajibkn aja moto scrambler lalu ni..moto lain diharamkan.
Quote surwanis 21-11-2013 04:04 PM
berun: saya sbg pngang moto sikal mmg xdpt nafi kan yang lorong motosikal sgt la selamat. jalan rata x da pecah2. mlm lampu ada. singbod smua ckup.. terima k ...


bkn motorsikal melebihi umo 12tahun kaa??
Quote toman_kota 21-11-2013 10:38 PM
aku redho je...pasrah
Quote Kassim_Patalon 21-11-2013 10:41 PM
suruh rosmah lah naik motor
Quote hanakikan 21-11-2013 10:47 PM
ornag yg naik motorsikal lalu KESAS je tahu benda mcm ni. yg bawa keta lepas tu duk maki2 orang naik motorsikal kenapa x nak guna laluan motorsikal tak tahu citer mcm ni..

eh, hisamudin pun tahu citer ni..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.037743 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top