CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Gelak, Mantain Vogue Je,"-Tip Awet Muda Maria Farida

19-6-2021 10:40 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9036| Komen: 40|Original author: Oleh: Cari-Azza






Tidak ramai bintang yang mampu mengekalkan kejelitaan apabila usia memasuki era 50an, namun berbeza dengan aktres Maria Farida, 52 yang masih kekal jelita.

Wanita kacukan Melayu-Filipina ini menjelaskan ianya adalah warisan keluarganya yang tidak mempunyai masalah kulit. Sementelah lagi tip nya untuk kekal awet muda ialah tidak merokok kerana ianya akan membuatkan kulit menjadi kusam.

Ada satu lagi rahsia yang sentiasa diamalkannya untuk mengekalkan kejelitaannya ialah jangan gelak.

Foto :IG

Macam pelik tetapi itu lah rahsia yang diamalkan sejak zaman berzaman lagi seperti yang diceritakan kepada portal Majalah Nona.

"Selain jaga pemakanan, tidur yang cukup, minum air banyak, ambil vitamin, saya juga tak merokok sebab ia hanya buatkan kulit jadi kusam. Satu lagi tip tak nak nampak kedut di wajah ialah cuba jangan gelak. Kalau gelak, nanti keluar semua kedut. Mantain buat muka vogue ja."

Foto : IG
Maria yang juga ibu kepada tiga anak berusia antara 12, 16 dan 24 tahun ini turut menafikan yang dia menyorok anak-anaknya berikutan tidak banyak gambar mereka di media sosial. Menjelaskannya, Maria berkata ada berkongsi tetapi anak mereka susah untuk senyum.

"Bila saya keluarkan kamera, masing-masing akan buat muka sampai saya jadi fedup nak ambil gambar dengan mereka. Ada time yang mereka okey, baru saya masukkan kat IG."

Foto : IG

Padanlah dalam semua gambarnya, Datin Maria Farida hanya berpose vogue sahaja tanpa gelak. Jadi, anda yang ingin awet muda boleh lah mengikut tips ini ya. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 19-6-2021 11:03 AM
Berapa kali nak bagi tips ni?
Quote kakigojes 19-6-2021 11:11 AM
Series la ni cantik?
Quote LadyCarefree 19-6-2021 11:11 AM
I'd rather live my life to the fullest esp gelak selalu coz i am like that. Penjagaan kesihatan dan kulit macam biasa sudah. Pemakanan sihat. Bersenam biasa2. Growing old and looking old is normal. Yg penting ialah sihat dan happy selalu.
Quote Tinot7 19-6-2021 11:13 AM
Skincare beautycare regime tanak share sekali ka?
Quote haruslah 19-6-2021 11:16 AM
Kalau bersenam kan....xyah lama...keluar peluh menitik
Confirm kulit rasa lain..tengok pun nampak lain..try lah buat....
Quote AKAZ85 19-6-2021 11:31 AM
Antara dia dengan tin tetek kakyung rasa tin tetek lagi lawa kot...
Quote makneng 19-6-2021 11:53 AM
Laughter is the best medicine ya nek mariah
Quote jasmeen 19-6-2021 12:36 PM
memang dia cantik pun .badan pun masih fit.rak gelebeh sana sini.
Quote None68 19-6-2021 12:38 PM
Tak payah nak control kot nak gelak ke nangis ker..lagi senang..kot nak tua ke muda ke ada ku kesah..
Quote lavieenrose 19-6-2021 12:45 PM
Setuju mmg cantik, tapi filter bertingkek2 sangat
Quote kaedahnya 19-6-2021 12:48 PM
zaman dia couple dengan jazle tu ada dia share gambar bersenam. macam low impact workout. drama yang dia tak mekap langsung Isteri Tuan Ehsan kot. nampakla umur sebenar. tapi kulit dia cantik la.
Quote pxlbb 19-6-2021 12:56 PM
Kohkohkohkoh

Kalau sejenis dna hodoh tak payah gigih nak control gelak, takde maknanya nak jadi lawa

Lawa pun taguna kalau bodoh {:nose
Quote epal21 19-6-2021 12:59 PM
Bosannya tak boleh gelak. Nanti on your deathbed mesti menyesal kenapa lah tak gelak puas2 dulu.
Quote KIM.K 19-6-2021 01:03 PM
bagi je nombor mak esah tu. kalau jauh2 di pattaya takyah la kopid ni
Quote ImpianSeroja 19-6-2021 01:07 PM
Untuk umur 52 taun mmg sgt2 la cantik
Quote awenda507 19-6-2021 01:10 PM
Nk menten cantik perlukan modal jua kan
Quote sparkly 19-6-2021 02:04 PM
sheols sgt flawless, muka maintain dari zaman sheols mula berlakon, takde perubahan langsung ya, mcm vampire
Quote kotakominami 19-6-2021 02:51 PM
Eiii...comel nye kucing die nyendeng kat cermin tu....takpelah dia taknak gelak itu diri dia kita nak gelak, gelak je..baru nikmat hidup....mungkin nikmat hidup dia laen....
Quote Thunderclouds 19-6-2021 03:58 PM
Penah baca somewhere kurangkn gelak utk elakkn lines/wrinkles kt muka. Tp i like laughing lines kt muka,u can tell what kind of person they are.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.070689 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top