CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banyak Tandas Awam Yang Tidak Memuaskan!

20-11-2013 09:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6716| Komen: 20


PUTRAJAYA, 19 Nov (Bernama) -- Tinjauan  audit jabatan Kerajaan Tempatan ke atas 10,257 tandas awam di kawasan seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) antara Januari hingga Jun lepas mendapati 61 peratus daripadanya berada dalam keadaan kurang memuaskan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata berdasarkan kaedah 'star rating' jabatan berkenaan, 2,733 atau 26.65 peratus tandas yang diaudit itu mencapai taraf dua bintang, manakala 2,460 (23.98 peratus) mencapai satu bintang, dan 1,086 (10.59 peratus) langsung tidak layak diberi bintang.

Menurutnya hanya 350 tandas awam (3.41 peratus) mencapai taraf lima bintang, manakala 1,207 (11.77 peratus) mencapai empat bintang dan 2,421 (23.6 peratus) mencapai taraf tiga bintang.

Beliau berkata angka-angka itu menunjukkan masih banyak yang perlu dilakukan oleh semua pihak terbabit bagi membaiki keadaan tandas-tandas mereka, terutama semasa negara sedang bersiap menyambut ketibaan Tahun Melawat Malaysia 2014.

"Tahun ini kerajaan memperuntukkan RM2.5 juta untuk projek-projek naik taraf dan pembinaan tandas-tandas awam yang baharu," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Sambutan Hari Tandas Sedunia 2013 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Hari Tandas Sedunia 2013 disambut serentak di 60 negara di seluruh dunia hari ini, dengan tema 'Tandas Kita: Bersih, Ceria dan Selesa.

Abdul Rahman berkata jabatan Kerajaan Tempatan merancang untuk membina lima tandas 'prototype' baharu tidak lama lagi, dengan menggunakan reka bentuk yang dihasilkan sendiri oleh jabatan berkenaan.

Beliau berkata tandas-tandas baharu itu nanti wajar dicontohi oleh semua pihak berkuasa tempatan kerana ia dianggap lengkap dalam semua aspek, termasuk dari segi pencahayaan, pengaliran udara dan keselesaan pengguna.


Majlis hari ini menyaksikan pengumuman serta penyampaian hadiah kepada pemenang Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia 2013 dalam 11 kategori, termasuk kategori yang baru diperkenalkan tahun ini iaitu Tandas Awam Rumah Ibadat (Masjid/Tokong/Kuil).

Tiada pemenang untuk kategori Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta.

Mengulas perkara itu Abdul Rahman berkata ia menunjukkan pihaknya serius dalam memastikan penerima anugerah itu benar-benar mencapai tahap kelayakan minimum untuk dinobat sebagai pemenang.

1

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
8

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 19-11-2013 09:57 PM
benci org guna tandas duduk tapi naik atas dgn selipar mencangkung. mana la tandas x kotor, pelapik tercabut la... harap org mcm ni dpt balasan setimpal (jatuh terkangkang masa memerut)

tandas mencangkung pulak bau sehancingnya akibat percikan kencing laju pastu x jirus tepi.

mcm ni la standard tandas kt melesia. dlm highway je elok sikit psl ada cleaner cuci pantang lepa je ada org kuor toilet.
Quote True-X 19-11-2013 10:09 PM
Aku pon paling benci ngan org yg x reti guna tandas duduk..:@
Quote Artemesiaa 19-11-2013 10:15 PM
Tandas di kompleks membeli belah pun sebegitu jarang yang dalam keadaan besih dan wangi.  Kebanyakanya berbau hacing, busuk, lantai yang lecak dan jamban duduk yang dicorak batikkan dengan tapak kasut.
Quote noor2 19-11-2013 10:15 PM
semua tandas awam kureng memuaskan....
Quote mawarika 19-11-2013 11:14 PM
Sanggup bayar mahal untuk tandas yg bersih saja.. Kalau tak rela menahan sampai ke rumah.
Quote 7sight 19-11-2013 11:29 PM
mentaik tak reti nak flush!
Quote mak_wa95 19-11-2013 11:48 PM
tandas rnr pun ada yang kotor
Quote Kassim_Patalon 19-11-2013 11:50 PM
tandas mesejid lagi lah hazabedongs
Quote SukaMain 20-11-2013 12:05 AM
Saya rasa masalah lebih kepada mentaliti pengguna tandas tu.
Quote d-7-0ne 20-11-2013 06:40 AM
tandas awam kotor da sinonim ngan mesia.
Quote chaoyunjie 20-11-2013 06:54 AM
aku rasa tandas kat malaysia ni semuanya kotor & tidak memuaskan...
jarang nak jumpa tandas yg betul bersih
Quote sueism 20-11-2013 07:03 AM
bukan masih banyak , malah 90% yg dalam keadaan tak memuaskan!!!
cuba pergi tebrau tu ....mall apa tah tu yg besar , bukan main baru lagi
tapi tandas dah out!!!! pengalaman aku tahun lepas pergi johor.

kalau kat larkin tu lagi lah kalau nak terberak ke nak terkencing ke
baik pakai diapers aje ...bukan nak kutuk but that is the truth.

apa2 pun sepatutnya dia mana2 tandas lah harus bersih.
aku pergi taiwan pun tandas dia jauh lagi bersih dari malaysia
yg tu lagi lah bukan negara umat isle
Quote sueism 20-11-2013 07:04 AM
oh nak tambah lagi lepas tu tandas kat airport penang penuh lalat dan bau hancing gila
Quote RosesAre_Red 20-11-2013 07:05 AM
lagi sakit hati kalo masuk tandas takde hos / paip air disediakan
ala2 barat gitu
Quote abbyhoney 20-11-2013 10:21 AM
ni toilet awam di Masjid Keroh Kuala Krai Kelantan....so far ini yang terbersih dan terbaik..


[Last edited by abbyhoney on 20-11-2013 10:23 AM]\n\n
Quote annehuda 20-11-2013 10:32 AM
sikap manusia jugak. tandas duduk di buat mencangkung. tisu tak nak pam dlm toilet. pad buang dlm toilet bukan dlm tong pad.  plg teruk langsung taknak pam toilet selepas guna.   kucem berak tepi jalan pun reti gak nk kambus gune pasir
Quote prettyuglybabe 20-11-2013 10:33 AM
nak cari tandas yang bersih, alamatnya terberak dulu baru jumpa
Quote yayah8989 21-11-2013 09:43 AM
plis byakkan tandas cangkung
gelila nk share bontot
Quote arasham 21-11-2013 09:57 AM
yayah8989 posted on 21-11-2013 09:43 AM
plis byakkan tandas cangkung
gelila nk share bontot

kan..hehe..mmg saya kalau masuk tandas awam pilih yg cangkung.
nak cerita pengalaman semlm kat tandas econsave bangi..
saya keluar aje dari toilet, ahkak cleaner indo tu masuk. tetiba dia keluar panggil
saya,  sedang cuci tgn masa tu. pandang belakang pehal minah indo nih?
dlm hatilah. tetiba dia cakap..akak mmg cantik, tambah manis...
sambil buat thumbs up rupanya sbb saya flush n letak hos pipe tu semula
kat tptnya  dlm tandas tu ada 4/5 org gaklah..hadoilah..senyum je
saya keluar tandas.
tapi bila fikir semula agaknya ramai sgt kut org yg dia jumpa guna tandas awam
mcm hazab...

bkn nak puji diri sendiri tau, m cik cleaner indo tu yg puji saya. tak penah org panggil
saya cantik. kita ni dahlah gemuk

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.067698 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top