Penyanyi rap, MK tetap menghormati prinsip golongan antivaksin walaupun dia sendiri percayakan keberkesanan pengambilan vaksin Covid-19. Kata MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amri Hamdan, 25, dia bersikap terbuka dan bebas (berkecuali) dengan keputusan mana-mana individu berhubung pengambilan mahupun penolakan vaksin Covid-19.
“Secara peribadi, saya tak memihak kepada mana-mana pihak. Saya bersikap terbuka dan ya, saya dah pun daftar untuk mendapatkan suntikan vaksin cuma belum dapat slot. “Saya tak desak orang untuk ambil (vaksin) dan tak desak orang untuk tidak ambil. Semua orang ada keputusan masing-masing. Untuk MK, saya pilih yang terbaik dengan mendaftarkan diri untuk dapatkan suntikan vaksin,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.
Kata anggota kumpulan hip hop, K-Clique itu lagi, keputusan untuk sama ada mendapatkan vaksin atau sebaliknya tidak sepatutnya dipengaruhi orang lain.
|
otai_g replied at 18-6-2021 12:20 PM
Aku pun open. Sukati org tu la nak ambik vaksin ke x. apa mau kecoh. Tp aku ambik vaksin yer. Kang a ...
otai_g: Aku pun open. Sukati org tu la nak ambik vaksin ke x. apa mau kecoh. Tp aku ambik vaksin yer. Kang ada kt aku puak anti vaksin plk.Sama gak mcm makana ...
ADVERTISEMENT