CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Takkan 24 Jam Dengan Cucu?"- Najib Akui Main Golf Bersama Jutawan Di Singapura

14-12-2021 10:21 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 3630| Komen: 25|Original author: Rikuren

Foto: The Vibes


Gambar Datuk Seri Najib Tun Razak, bergambar di hadapan sebuah kereta mewah dan bermain golf dengan seseorang ketika berada di Singapura, baru-baru ini telah tular di media sosial baru-baru ini.

Memetik The Vibes, aktivist dan kartunis ZunarZunar menyelar tindakan Najib dengan berkata bekas perdana menteri itu telah menyalahgunakan amanah mahkamah selepas memohon pemulangan pasportnya, dengan alasan dia perlu melawat anak perempuan dan cucunya.


“Ini tidak betul dari segi moral. Najib mendapat semula pasportnya untuk melawat cucunya.  Jadi, dia hanya perlu pergi ke Singapura untuk itu dan kembali segera daripada melakukan perkara lain," katanya.


Menyedari gambar beliau bersama jutawan Singapura, Sam Goi Seng Hu – pemilik projek Sutera Harbour di Sabah itu menjadi viral, bekas Perdana Menteri membidas pihak-pihak tertentu yang mempersoalkan masa peribadinya yang terluang ketika berada di Singapura menerusi Facebook beliau.

“Ini pun jadi isu? Tak kan saya bersama cucu 24 jam setiap hari selama tempoh 6 hari saya berada di Singapura?” katanya.


Menurut Najib lagi, jutawan di tempat ke-23 dalam senarai Forbes paling kaya di Singapura dengan kekayaan AS$1.7 bilion itu adalah peminat dasar-dasar ekonomi dan pembangunan ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan telah meminta untuk diperkenalkan kepadanya.

Sebagai info, Mahkamah Rayuan telah membenarkan permohonan Najib mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bermula 20 Oktober hingga 22 November untuk menemani anaknya, Nooryana Najwa di Singapura dan bakal melahirkan anak kedua, Oktober lalu.

Najib yang dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi. Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan bersalah ke atas beliau dalam kes menyeleweng dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd (SRC). -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 14-12-2021 10:25 AM
bestnya banduan dpt men golf pelbagai
Quote ^CUN_GILA~. 14-12-2021 10:40 AM
Obama mana?

Quote ketambangkang 14-12-2021 10:41 AM
terkepit betul gmbr pakai tshirt pink tu
Quote bored_atticus 14-12-2021 10:44 AM
"Laws grind the poor, rich men rule the law"
Seronoknya jadi VVIP
Quote KIM.K 14-12-2021 10:54 AM
Sutera harbour ni clubhouse. Anak kenamaan lepas sekolah gi buat homework situ
Dah macam kampung diorg membesar dlm clubhouse
Quote ezacbee 14-12-2021 11:11 AM
Edited by ezacbee at 14-12-2021 11:17 AM

Untunglaa dapat ke sana sini.
Penjara tak panggil pun
Quote Artemesiaa 14-12-2021 11:13 AM
Ada yang cemburu tak diajak main golf sama kot, cuba ajak maka tak bergentayang ler ceritanya
Quote asudau 14-12-2021 11:15 AM
Untung le kan..
Quote becir 14-12-2021 11:17 AM
Yela 3 tahun like dat tak gi obesi.. hujung2 seberang tambak pun jadila..

Quote Firenzza 14-12-2021 11:19 AM
src, imdb dia blh konar baring, apa lg mhkmh

Nti dia jwb la....sy x tahu knp sy main golf
Quote ladybugz 14-12-2021 11:39 AM
lembik sungguh penguatkuasaan bawah saberi ni. jho low pun stakat baru diberi red notice oleh interpol.
Quote Nana_Man 14-12-2021 11:54 AM
Dah ko dpt passport tu pasal nk jumpa cucu… ngan cucu je lah. Gi burp cucu, gi cebok cucu, gi mandikn cucu….  
Quote tumpanglalu74 14-12-2021 12:15 PM
Edited by tumpanglalu74 at 14-12-2021 12:17 PM
ketambangkang replied at 14-12-2021 10:41 AM
terkepit betul gmbr pakai tshirt pink tu
1176403_548253431890890_1663033911_n.png

Menyaksikan kekepitan beliyau..
Quote jlo 14-12-2021 12:16 PM
ok la tu ...
Quote chandrahusin 14-12-2021 12:18 PM
aristocrat la katakan
mana lut apa2
huntunggg laa
Quote Belibis 14-12-2021 05:11 PM
tumpanglalu74:  Edited by tumpanglalu74 at 14 ...

Betul2 golongan bangsatwan..pacat pun tak pernah jumpa rasanya..idup dalam dulang emas sejak lahir.
Quote MissYouSayang 14-12-2021 05:19 PM
Si jibby ni x bawak kemak main golf sekali ke Jadi juruambil bola golf pon jadi lh
Quote Adrif 14-12-2021 06:20 PM
this is so wrong..
alasan yang dia bagi pun.. entah la..
perbicaraan tangguh, tangguh, tangguh

this is a joke. everything.
law, legal forces, everything  
mockery upon the systems
Quote jargon 14-12-2021 06:27 PM
Omg..kepit ya

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.048108 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top