Paris: Polis Perancis berjaya menahan dalang kumpulan konspirasi yang dikehendaki kerana menculik kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun. Lelaki berkenaan tiba di negara terbabit melalui penerbangan dari Singapura selepas tinggal di Malaysia. Remy Daillet, yang terbang menggunakan pesawat Air France bersama pasangan dan tiga kanak-kanak, ditahan sejurus tiba di lapangan terbang Paris Charles de Gaulle, kata sumber dari lapangan terbang. Kanak-kanak yang dikenali sebagai Mia itu diculik beberapa lelaki dipercayai diupah oleh ibu kandungnya sekitar pertengahan April di kediaman neneknya di Perancis.
Penyiasat percaya penculikan itu dirancang aktivis pelampau diketua Daillet. Daillet kini direman dan akan dipindahkan ke Nancy untuk soal siasat atas dakwaan penculikan. Laporan sebelum ini menyebut, selepas penculikan itu, Daillet menyiarkan video dan mengatakan bahawa organisasinya 'mengembalikan anak yang diculik kepada ibu bapa, atas permintaan mereka'. Malah, dalam videonya sebelum ini, dia dengan lantang menyokong idea kudeta selain menentang pelaksanaan cukai, vaksin, 5G dan pemakaian pelitup muka. Kredit : Harian Metro |
rastaf: kusemangat...ada iras laki cikta
ADVERTISEMENT