Perkongsian pelakon Mawar Rashid melakukan aktiviti mengaji secara langsung di Instagram (IG live) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima banyak komen positif daripada netizen.
Biarpun begitu, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid mendedahkan terdapat komen negatif daripada netizen yang mempersoalkan tindakannya itu. Pelakon berusia 26 tahun ini bagaimanapun, memilih untuk membiarkan sahaja komen tersebut kerana menganggap perkongsiannya itu turut mengajak orang lain melakukan perkara yang bermanfaat. "Saya sedar ada juga komen negatif yang mengatakan tak perlu la mengaji kat sosial media. Kita nak mengajak orang untuk melakukan kebaikan. Semuanya bergantung pada nawaitu kita.
"Tapi tak apa... 100 orang gembira dengan perkongsian itu dan hanya seoang sahaja yang negatif. Bagi saya, janji ramai orang yang gembira sebab saya pun terima banyak DM yang sangat positif. "Kita ajak orang buat perkara baik dalam pada masa sama kita pun akan dapat pahala. Macam Ebit Lew, dia bantu orang dan secara tak langsung mengingatkan kita untuk banyakkan sedekah juga," katanya kepada mStar.
|
shernazz replied at 16-6-2021 05:48 PM
Baby girl dia cute..rasa nak cubit2 je pipi.dia..hahaha
Baru tau fazley ada darah indon ek..
Tapi. ...
imanjannah replied at 16-6-2021 05:59 PM
fazley pun mcm x ada
immaryjane replied at 16-6-2021 09:09 PM
I tk follow nowa danish. So yg dia tiap2 tahun claim dh khatam, dia buat mcm gini jugak , i mean bac ...
ADVERTISEMENT