SEREMBAN – Luluh hati seorang datuk apabila cucu perempuan yang dibelanya sejak berusia enam bulan sanggup bertindak melarikan diri pada 9 November lalu. Fatin Nur Anisha Abdullah, 15, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senawang, melarikan diri dari rumah datuknya, Ahmad Osman, 65, di Taman Senawang Indah di sini menerusi tingkap bilik air. Menurut Ahmad, kejadian ini bukan kali pertama berlaku tetapi sudah empat kali cucu kesayangannya itu bertindak melarikan diri dalam tempoh masa terdekat tanpa pengetahuannya. Saya percayai dia terpengaruh dengan rakan-rakannya. Kali pertama dia melarikan diri pada 12 Oktober lalu, kemudiannya pada 28 Oktober bagaimanapun, saya dapat menemuinya kembali hasil daripada laporan polis yang dibuat atas kehilangannya. Kemudiannya Anisha sekali lagi bertindak melarikan diri sebelum kejadian terakhir berlaku pada 9 November lalu. Sekarang ini sudah lebih seminggu Anisha hilang tanpa dikesan. Dia pergi sehelai sepinggang dan kad pengenalan dia masih bersama dengan saya,” katanya kepada Sinar Harian. Ahmad menunjukkan laporan polis yang dibuat dan kad pengenalan cucunya. Gambar kecil: Fatin Nur Anisha Abdullah
Ahmad yang merupakan pesara tentera berkata, dia tidak menyangka cucunya itu sanggup bertindak sedemikian. Saya menjadi buntu selepas Anisha lari sekali lagi daripada rumah. Makan minum saya juga menjadi tidak menentu sejak kehilangannya kerana asyik memikirkan keadaannya di luar sana. Begitu juga keadaan isteri saya yang turut bersedih. Anisha seorang cucu yang mendengar kata dan dia tidak bersikap sebegini sebelum ini tetapi sikapnya akhir-akhir ini amat membingungkan saya,” katanya. Walaupun Anisha melakukan kesalahan tetapi atas sebab kasih sayang seorang datuk kepada cucu, dia tetap menerimanya kembali dan akan menghantarnya ke pusat pemulihan demi masa depan. Atas sebab sayang saya sanggup melakukan apa sahaja kerana sejak daripada usia enam bulan sehingga sekarang, segala keperluannya saya sediakan malah saya turut menghantar dan mengambilnya di sekolah. Namun, apa yang berlaku adalah sesuatu yang menyedihkan kerana seolah-olah Anisha tidak lagi sayang kepada saya sebagai datuk yang membelanya sejak daripada kecil," katanya. Ahmad merayu orang ramai membantunya mencari Anisha kerana percaya cucunya masih berada di sekitar Seremban. |
23
Bagus |
6
Marah |
2
Terkejut |
3
Sedih |
1
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rospinki posted on 19-11-2013 10:59 AM
tah2 cucu dia lari pasal tk tahan kena ganggu atok dia ..tau2 jela takan dia nk citer pasal tu...
rospinki posted on 19-11-2013 11:07 AM
kan...cara stetmen dia kata sanggup pegi antar amik sekoalh hari2..masud atok tu tknk cucu dia ada ...
FlowerGirl posted on 19-11-2013 11:08 AM
Suka suki aje korang syak atuk dia. Yg sebenornya budak tu yg gatal bijik
FlowerGirl posted on 19-11-2013 11:08 AM
Suka suki aje korang syak atuk dia. Yg sebenornya budak tu yg gatal bijik
ADVERTISEMENT