Moscow: Seorang juruterbang helikopter di Rusia digantung lesen penerbangan selepas menerbangkan lelaki yang hanya digantung menggunakan pita pelekat.
Lagak ngeri itu dirakam Mikhail Litvin, 21, seorang selebriti media sosial terkenal di negara berkenaan dengan 20 juta pengikut. Dalam rakaman itu, rakannya Zheka Namitov, 25, digantung pada bahagian bawah helikopter berkenaan. Walaupun kelihatan stabil namun tubuh lelaki itu digantung menggunakan pita pelekat semata-mata. Metro.co.uk melaporkan pelakon lagak ngeri itu bagaimanapun mendarat dengan selamat. "Teruskan...hidup hanya sekali dan detik ini akan dikenang selamanya," jerit Litvin.
Namun, juruterbang Alexander Nazarov, 31, kini berdepan dengan tindakan undang-undang. Bekas juruterbang tentera Rusia itu kini disiasat Jawatankuasa Siasatan Rusia dan lesen penerbangannya digantung. Dalam kenyataan, juruterbang bertindak mengikut arahan blogger itu dengan membenarkan peserta dalam video itu digantung pada fius helikopter menggunakan pita pelekat. Helikopter itu diterbangkan dengan tidak mematuhi syarat keselamatan serta meletakkan nyawa dan keselamatan dalam bahaya. Namitov bagaimanapun mendakwa aksi itu dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Dalam kenyataan, juruterbang bertindak mengikut arahan blogger itu dengan membenarkan peserta dalam video itu digantung pada fius helikopter menggunakan pita pelekat.
ADVERTISEMENT