CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Hanez Suraya Saman Pembantu

19-11-2013 12:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 33503| Komen: 159

Description: Aktres Yang Terkenal Dengan Watak Sherry Dalam ‘Love You Mr. Arrogant’, Hanez Suraya Abdul Aziz, 28, Memfailkan Saman Terhadap Bekas Pembantu Peribadinya, Mohd Fairus Mohd Lazim Di Kompleks Mahkamah ...
Aktres yang terkenal dengan watak Sherry dalam ‘Love You Mr. Arrogant’, Hanez Suraya Abdul Aziz, 28, memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Fairus Mohd Lazim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.


“Saya memfailkan saman kepada Mohd Fairus kerana dia telah memfitnah dan mengaibkan saya. Salah satu cara yang dilakukan oleh Mohd Fairus adalah memfitnah saya menerusi laman sosial seperti Instagram menerusi akaun ‘DashaSultan’ dan Twitter menerusi akaun ‘Dasha_Sultan’. Selain itu, dia juga ada memburukkan saya kepada kawan-kawan yang lain, pihak media dan rakan-rakan artis. Saya ada kesemua bukti yang menyatakan dia memfitnah saya,” jelas Hanez ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Pada mulanya, Hanez tidak menyedari yang Mohd Fairus berkata buruk mengenai dirinya di laman sosial, namun selepas itu Hanez mula sedar yang Mohd Fairus memfitnah dan mengaibkan dirinya setelah diberitahu oleh rakan-rakan yang lain. Awalnya, Hanez hanya mendiamkan diri tetapi apabila keadaan menjadi semakin teruk, Hanez mengambil tindakan.

“Sebelum ini, pada bulan Oktober lalu, saya ada menghantarkan surat sebelum tindakan ‘Letter of Demand’ kepada Mohd Fairus menerusi peguam saya, Tetuan Harjit Sandhu. Namun begitu, dia enggan menandatangani salinan surat tersebut sebagai bukti dia telah menerima surat tersebut. Surat tersebut mengarahkan Mohd Fairus untuk membuat permohonan maaf kepada saya secara terbuka dalam masa 48 jam dari tarikh penerimaan surat tersebut,” ujar pemegang watak Nina dalam drama bersiri ‘Autumn Di Hatiku’ ini.




“Selepas itu, Mohd Fairus ada berjumpa saya dan menyatakan hasrat untuk memohon maaf kepada saya. Dia telah memuat naik permohonan maaf menerusi akaun Instagram dan Twitter miliknya. Selepas permohonan maaf, saya ingatkan perkara ini telah selesai dan tiada lagi perkara berbangkit, namun begitu tanggapan saya ternyata salah. Dia masih memfitnah dan mengaibkan saya seperti biasa,” tegas Hanez yang ditemani oleh peguamnya.

Hanez menganggap perkara ini sangat serius kerana ianya membabitkan nama dan reputasinya sebagai seorang pelakon. Namun begitu, Mohd Fairus mengambil ringan perkara ini dan Mohd Fairus tidak menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi, pada hari ini.

“Tujuan saya memberikan kenyataan kepada GUA adalah untuk pihak Mohd Fairus mengambil perkara ini secara serius. Saya telah lama mendiamkan perkara ini dan saya tidak langsung menceritakannya kepada pihak media. Hanya keluarga dan teman rapat sahaja yang mengetahuinya. Saya juga telah berusaha untuk menghantarkan surat ‘Letter of Demand’, tetapi pihak Mohd Fairus tetap kembali mengaibkan saya. Hari ini Mohd Fairus atau wakilnya tidak menghadirkan diri ke Mahkamah. Mungkin isu ini dianggap ringan oleh pihak Mohd Fairus, tapi sebenarnya perkara ini adalah sangat berat,” luah Hanez lagi.

“Saya berharap, selepas ini biar pihak peguam saya menjalankan tugas. Jika perkara ini menjadi semakin teruk, saya akan mengadakan sidang media bersama peguam saya untuk menjelaskan secara lebih terperinci. Buat sementara ini, saya tidak mahu menghebohkan lagi perkara ini. Biar kenyataan ini menjadi satu-satunya kenyataan saya buat masa ini. Takut nanti jika ada banyak kenyataan lain, perkara akan menjadi makin serius. Lebih-lebih lagi perkara telah dibawa ke mahkamah. Biar pihak berwajib menjalankan tugas,” ujar Hanez mengakhiri perbualan.


2

Bagus
5

Marah
1

Terkejut
4

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aireen24 18-11-2013 07:50 PM
Bukan dulu berbff je drngan dadha ni??
Quote carbonico 18-11-2013 07:51 PM
mohd fairus uols. mana ntah datang dasha sultan...
Quote loveacidgirl 18-11-2013 07:52 PM
Dia pitnoh ape? Molot ponen mmg hazabedahhh nokk :lol
Quote blue_ivy 18-11-2013 07:52 PM
Bila si hanez ni gaduh dgn dasha ponen?dlu kemain lg berkepit.
Quote blue_ivy 18-11-2013 07:55 PM
Btw kelakar plak nama sbnr fairus kemain dasha soltan bagai.btw sblm jd pa hanez dasha terlebih dahulu menjawat jawatan balacii miss fake
Quote prettymanja 18-11-2013 07:55 PM
pulak dah, mcm2 la pompuan nie
Quote mitnick 18-11-2013 07:57 PM
fairus nie kan dlu bff fazura?
Quote jepp 18-11-2013 07:57 PM
1. apa yg difitnahnya?
2. dasha tu sapo
Quote AdamBillionaire 18-11-2013 08:04 PM
urm. lawa juga hanez suraya..
Quote milo_888 18-11-2013 08:04 PM
buat penat saja uolz namakan dia dashamudin kat benang fake..
Quote faiz-za 18-11-2013 08:05 PM
Jauh bebenor dasha sultan ngan mohd fairus..
Sultan tang mana..
Quote edoraixora 18-11-2013 08:06 PM
Mohd Fairus Mohd Lazim ni dasha sultan ropenye....
Apebende yg dipitenahkan si dasha tu
Quote kaynal2013 18-11-2013 08:08 PM
Sila wat csi kaka senior...huhuhu ..
Adakah berkaitan dngn missfake or mulut si hanez ni pun hazab
Quote rosasa 18-11-2013 08:09 PM
wahhh...kerlastttt nama dasha sultan uolssss
sekali kena malu 1 mesia

Mohd Fairus Mohd Lazim

Quote putehkundor 18-11-2013 08:13 PM
Dasha sultan ni macam mana rupa dia uols...
Tolong tepek muka dia....mak teh nak tengok
Quote dugongCute 18-11-2013 08:14 PM
bru skodeng twitter dasha ni ada org puji dia cantek... hahahaha chantekk sgt
Quote putehkundor 18-11-2013 08:16 PM
Sejak join cari ni, mak teh dah banyak belajaq bahasa gossip...kelass makteh uols
Quote bungalisa 18-11-2013 08:21 PM
Memang patut pun... fazura xbkawan lagi ngn si ponen nih!! Mulut hazab..... !! Bajet hot... Bajet cun... !
Quote anna-zara 18-11-2013 08:21 PM
patut la dah x menempel dengan dasha ni....katanya pinjam kejap dari missfake....rupanya PA dia

Lihat semua komen(159)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.055930 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top