CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dirogol, Disamun Ketika Bermadu Kasih Di Kebun Sawit

13-6-2021 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4861| Komen: 11

Seorang lelaki ditahan selepas memperkosa seorang wanita dan mencuri motosikal di kebun kelapa sawit di Tanjung Morawa.

Kompas.com melaporkan, MN, 37, melakukan jenayah itu ketika mangsa, A, 18, sedang berdua-duaan dengan kekasihnya YP, 22.


Unit Siasatan Jenayah Polis Deli Serdang, M Firdaus berkata, suspek sudah menunggu selama tiga jam memantau gerak geri mangsa.


Gambar hiasan

Katanya, kedua-dua mangsa hanya mampu menuruti kemahuan suspek.

“MN meminta pasangan itu berjanji tidak mengulangi perbuatan mereka.

“Kemudian, suspek mengancam YP dengan kayu sebelum mencuri motosikal dan membonceng kekasihnya. Sementara, YP ditinggalkan bersendirian dalam kebun sawit,” katanya.

Menurut Firdaus, suspek membawa wanita itu ke Kampung Patumbak dan memperkosanya.

Selepas melampiaskan nafsu serakahnya, MN kembali membonceng mangsa sehingga motosikal itu kehabisan minyak.


“Lelaki itu meminta telefon mangsa untuk digadaikan bagi tujuan membeli minyak.

“Suspek meninggalkan mangsa di bawah jambatan Brigif Amplas sebeum berlalu pergi,” ujarnya.

Lelaki itu berjaya ditangkap di rumahnya semalam oleh sepasukan anggota polis.


Sumber: Utusan
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruno_sakura 13-6-2021 01:47 PM
Dating kt kebun????
wt????
Quote Belibis 13-6-2021 02:05 PM
Paksa naik moto?? Tak boleh terjun ke masa bergerak.jalan kebun bukan laju sangat pun.
Quote jazaa100 13-6-2021 03:03 PM
haruno_sakura replied at 13-6-2021 01:47 PM
Dating kt kebun????
wt????

Kat ladang mana ada mall sakura oiii......
Quote CiliPadiSedap 13-6-2021 03:15 PM
Gila lah kena rogol time bermadu kasih. Lain kali nak romen cari tempat privacy contoh reban ayam
Quote allshares 13-6-2021 03:29 PM
Dah kenapa menurut je. 2 lwn 1 kot lwn jgn x lwn
Quote dua_chzy 13-6-2021 05:22 PM
Edited by dua_chzy at 13-6-2021 05:24 PM

Kakak benci gambar implying rape/seks paksa dan vocab2 naratif rogol dalam berita rogol Melayu seperti melampiaskan nafsu serakah, bla3. Ko baca berita rogol kokesen, ada ka meka described rogol dengan cara berita Melayu ni describe rogol?

Imagine jika berita rogol kokesen tulis gini:

"After he has done satisfying his uncontrollable lust". FAK YOU LIKE READING IT LIKE THAT?!

Jika jantan tulis berita itu lagik la...Macam Cari-MAL ini.
Quote Vellfire 13-6-2021 06:56 PM
asal tak lawan.. cam berserah jer
Quote AbukRokok 13-6-2021 08:31 PM
allshares replied at 13-6-2021 03:29 PM
Dah kenapa menurut je. 2 lwn 1 kot lwn jgn x lwn

bila dah ada herd mentality penentangan mmg tak terfikir lgsung
Quote 3chanceno 13-6-2021 08:42 PM
Vellfire replied at 13-6-2021 06:56 PM
asal tak lawan.. cam berserah jer

Mungkin terkejut kena terjah, tu yg tak melawan!!!
Kes nie di indon.ke???
Quote Vellfire 13-6-2021 09:15 PM
3chanceno replied at 13-6-2021 12:42 PM
Mungkin terkejut kena terjah, tu yg tak melawan!!!
Kes nie di indon.ke???

kompas.com tu berita indonesia

haah berlaku kat medan
Quote 3chanceno 13-6-2021 09:52 PM
Vellfire replied at 13-6-2021 09:15 PM
kompas.com tu berita indonesia

haah berlaku kat medan

Oh ok..thank u..

Berita dari seberang selalunya pelik bin ajaib pun ya

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.274926 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top