CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekat Akses Telefon Bimbit Kalau Enggan Divaksin

13-6-2021 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2871| Komen: 15

Akses telefon bimbit bagi penduduk di wilayah Punjab di Pakistan akan disekat jika tidak divaksin Covid-19.

Itu antara langkah yang dilakukan kerajaan wilayah berkenaan dan kerajaan Persekutuan supaya lebih ramai rakyat negara itu menyertai program vaksinasi.


Keputusan dibuat Menteri Kesihatan Wilayah Punjab, Dr Yasmin Rashid, lapor agensi berita Gulf News.


ORANG ramai beratur untuk menerima suntikan dos vaksin Covid-19, Sinopharm di pusat pemberian vaksin di Rawalpindi. FOTO AFP

Cadangan berkenaan akan dihantar kepada Ketua Menteri dan Gabenor untuk dipertimbangkan.

Kem vaksinasi bergerak di luar kuil di wilayah itu juga akan dibina bagi memudahkan orang ramai menerima suntikan vaksin.

Pembukaan semula perniagaan di semua daerah hanya akan dibuat selepas 20 peratus daripada jumlah penduduk sudah divaksin.


Pakistan melaporkan kira-kira 10.5 juta dos sudah diberikan di seluruh negara setakat ini dengan 310,236 dos dalam tempoh 24 jam.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 13-6-2021 12:40 PM
patut buat kt sni, biar mampu si blastfuckoff ngn geng2 antivaksin tu..
Quote manzilla 13-6-2021 12:56 PM
Antuvax amat gembira bila musuh tradisi mereka dilayan seperti pembunuh kejam. Bersorak-sorai, terpekik-pekik mereka rupanya bila dengar hukuman untuk penjenayah dijatuhkan kepada musuh tradisi mereka ini.
Quote Skuau 13-6-2021 01:03 PM
batmana replied at 13-6-2021 12:40 PM
patut buat kt sni, biar mampu si blastfuckoff ngn geng2 antivaksin tu..

kang...ramai guling atas jln.
Quote sarah82 13-6-2021 01:06 PM
Mau meroyan kalau buat kat malaysia..
Quote manzilla 13-6-2021 01:11 PM
Antuvax melayan lawan mereka seperti penyembelih ibu bapa dan anak-anak mereka.  Kemudian mereka harap lawan mereka ada pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri saja.
Quote Belibis 13-6-2021 02:03 PM
Kenapa sibuk sangat nak cucuk yang taknak? Sedangkan berjota2 lagi menunggu,masih tak dapat.
Quote AbukRokok 13-6-2021 08:27 PM
secara logiknya the push is something or ayat najib suka pakai unprecedented
Quote AbukRokok 13-6-2021 08:28 PM
al qaeda taliban menyeberang sempadan pun xdisekat
moralnya jadilah pengganas ... asalkan vaksin
Quote depresio 14-6-2021 12:22 AM
Aku tak faham
Kenapa nak paksa?
Quote ciklahcuteII 14-6-2021 04:08 AM
Belibis replied at 13-6-2021 02:03 PM
Kenapa sibuk sangat nak cucuk yang taknak? Sedangkan berjota2 lagi menunggu,masih tak dapat.

betul...cucuk yg sudi..yg x sudi: biarkan.. nk kisah apa..
Quote Wassap 14-6-2021 04:21 AM
depresio replied at 14-6-2021 12:22 AM
Aku tak faham
Kenapa nak paksa?

Sebab ramai x nak
Quote Wassap 14-6-2021 04:22 AM
ciklahcuteII replied at 14-6-2021 04:08 AM
betul...cucuk yg sudi..yg x sudi: biarkan.. nk kisah apa..

Vaksin x cukup sudi pun x dipeduli
Quote Wassap 14-6-2021 04:23 AM
sarah82 replied at 13-6-2021 01:06 PM
Mau meroyan kalau buat kat malaysia..

Mau meroyan tm sebab rugi payment turut terzekat
Quote sarah82 14-6-2021 07:16 AM
Wassap replied at 14-6-2021 04:23 AM
Mau meroyan tm sebab rugi payment turut terzekat

Tm nak meroyan? Ramai yg berebut di vaksin.
Quote zaianim 14-6-2021 10:04 AM
depresio replied at 14-6-2021 12:22 AM
Aku tak faham
Kenapa nak paksa?

Kalau tak paksa sampai bila2 pun tak kan faham kepentingan vaksin

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.047490 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top