Penyanyi Ana Raffali menyelar tindakan seorang wanita yang memuat naik video mengenai rumahnya yang bersepah dengan lampin pakai buang. Lampin terpakai memenuhi ruang tamu, bawah meja, di celah-celah sofa dan juga alat permainan menimbulkan kegelian. Bagi Ana, pertanyaan wanita itu mengenai "Adakah hanya dia yang berperangai begini?" menjelaskan yang sifat pengotor itu tidak disedari oleh wanita itu. Perkongsiannya di laman Twitter mengundang pelbagai reaksi, bagi majoriti netizen, ianya jelas menunjukkan sifat pengotor
wanita tersebut. Bagi Ana sendiri, ianya tidak mencerminkan sikap wanita tersebut secara keseluruhan namun mungkin ianya tidak disedari bahawa ianya tidak bagus. "The horror! I my husband yang tunjuk. Rajin pulak dia dm pasal benda ni. Maybe as a reminder for us to be better parents. We try! #BeBetterParents" Bagaimanapun, setelah mendapat kecaman bertalu-talu, pemilik video tersebut akhirnya memadamnya. Anda ada pengalaman mengenai lampin pakai buang yang bersepah ini? - CARI |
CatMiow replied at 13-6-2021 05:15 AM
Orng upload tu mcm berlakon je.
Kalau betul2 pemalas, nescaya bukan lampin je korang nampak ber ...
mama_neko replied at 13-6-2021 01:35 PM
depa kata iman ex PA itik... betui ka??? kawan aku pernah tanya, barang baby apa nak bel ...
mama_neko replied at 13-6-2021 01:35 PM
depa kata iman ex PA itik... betui ka??? kawan aku pernah tanya, barang baby apa nak bel ...
ADVERTISEMENT