Penjelasan dan permohonan maaf telah dibuat oleh Prof Datuk Dr Muhaya melalui akaun media sosialnya pada Khamis lalu. Namun, isu penggunaan perkataan 'buat bodoh-bodoh sikit' masih menjadi topik hangat dan dibincangkan dalam kalangan warganet dan selebriti. Terbaru, doktor perubatan, Dr Amalina yang kini berkhidmat di London meminta bantuan warganet membuat laporan ke atas beberapa akaun media sosial yang mengancamnya gara-gara membidas kenyataan Prof Muhaya di laman sosial miliknya tempoh hari. Rentetan isu membidas Prof Muhaya, kini 'posting' seorang pengguna media sosial atas nama Aliff Ahmad III turut tular dan menjadi bualan hangat warganet. Loading FB Post...
"Nasiblah Dr Muhaya ni orangnya tak offensive. Kalau aku, reply doktor dekat oversea tu camni je. "Ya, saya tak hebat, saya minta maaf. Bila nak balik Malaysia doc? Awak kan hebat, awak patut serve our people here. Dulu belajar pakai duit rakyat kan? Bukan duit tokwan awak kan? Bila nak balik berbakti kepada rakyat, nusa dan bangsa? Kita perlukan orang macam awak untuk bantu saya ubah sistem ini. Duit rakyat hantar awak belajar ke UK dulu, bukan untuk awak serve rakyat British, kan? Ke awak dah diam-diam ada British Passport tak 'declare'?" Tulisnya di Facebook. Loading FB Post... Selain itu, pada 'posting' yang lain, Aliff Ahmad III turut mengelar rakyat Malaysia yang mendapat tajaan belajar sehingga ke luar negara, tetapi masih enggan pulang berkhidmat di Malaysia sebagai pengkhianat negara. "Masa aku mula-mula sampai Australia, aku jumpa ramai doktor Malaysia. Ada yang dah tinggal di sana selama lebih 10 tahun. Kesemua mereka datang ke Australia dengan biasiswa rakyat. Ramai dengan JPA, MARA, BNM pun ada, dan lain-lain. "Kesemua mereka asalnya kata nak stay sekejap konon nak sambung belajar. Buat specialist training. At the end sampai berpuluh tahun tak balik-balik. Ambil PR dan ada juga senyap-senyap pegang pasport Australia. Anak-anak dah besar-besar, dah settle down sana. Bila tanya bila nak balik, setiap tahun jawab tengah plan tahun depan. "Selepas aku dah sedikit senior. Bila aku jumpa kawan-kawan doktor ni, aku akan panggil mereka sebagai pengkhianat negara secara bergurau tetapi memang bermaksud begitulah. Mereka mungkin bengang tetapi dah lali dipanggil pengkhianat oleh aku. Yang umur dekat-dekat dengan aku yang stay, memang setiap kali jumpa, aku akan tanya, “Bro, bila nak balik ni?” “Kau datang sini pakai duit tokwan kau ke, duit tok wan kau, tokwan dia dan tokwan aku?” “Bro, tujuan kerajaan hantar kau belajar sini dulu untuk kau jadi doktor kat sini ke kat Malaysia?” "Ketika aku bekerja di UK. Jumlah pengkhianat negara tersebut lagi ramai. Masa di UK. Aku dah jauh lagi matang dan lagi masyuk. Jadi, nganjing puak-puak doktor pengkhianat negara ni lagi penuh bergaya. Tapi, aku pelik. Ramai pula suka dekat aku masa tu. Suka kena nganjing kot. Mungkin asyik kena puji je selama ni konon hebat gaji besar bagai", tulisnya. Menurut Aliff, dia tidak kisah pada penerimaan mereka, kerana pada pendiriannya, kerajaan telah membelanjakan setiap seorang hampir 1 juta untuk menghasilkan doktor keluaran UK/Australia. Mereka yang bijak pandai ini sepatutnya pulang berkhidmat untuk bangsa dan melakukan perubahan pada negara. "Yang aku tak tahan dengan puak ni adalah, balik Malaysia taknak. Tapi kalau sembang politik Malaysia, complain pasal Malaysia. Mereka lah king. Macam mereka dah duduk dan serve Malaysia berpuluh tahun. Especially yang dah hold passport UK diam-diam. Dia lupa, kalau bukan dengan duit rakyat, mak ayah atok nenek diorang tak mampu nak hantar nak bayar yuran belajar di luar negara. "Dalam masa yang sama, ramai juga yang pulang. Aku memang respect mereka yang pulang ni. Boleh je jadi pakar. Jadi specialist. Jadi consultant. Pada aku mereka ini wajar dapat special treatment dibanding dengan mereka yang khianat tu. Yelah, mereka yang pulang tu pun sebenarnya boleh je nak stay. Even lagi cemerlang dari yang stay tu masa belajar. "Aku ada kenal 2 orang kawan. Yang grad from Oxford and Cambridge. Pun balik. Doktor yang kecoh kat Twitter tu pun tak lepas masuk Oxbridge lepas foundation dulu. Sekarang ni pun mereka tengah buat training specialist dan buat PhD juga. Bidang medical ni, sambung belajar dalam bekerja. Bukan berhenti kerja. Dekat mana-mana pun boleh buat. "Ramai je level consultant dekat Malaysia ni power. Being specialist is about knowledge, experience and skill, not because of where you are. Apa pun, diorang yang decide nak jadi pengkhianat negara atau tidak. Diorang ingat lagi ke tak masa mula-mula jejak kaki di tanah omputih tu datang dengan duit siapa", tulisnya panjang lebar. Aliff berkata, dia sendiri pulang berkhidmat di Malaysia setelah 10 tahun belajar dan bekerja di Australia. Aliff percaya adalah menjadi tanggungjawabnya untuk pulang dan membalas jasa di Malaysia memandangkan dia pergi ke Australia menggunakan duit rakyat. Tambah Aliff lagi, peratusan mereka yang ingin pulang untuk berbakti pada nusa dan bangsa adalah sangat rendah. "Begitulah cerita tentang pengkhianat negara..", akhirinya. Rata-rata warganet meninggalkan komen setuju dan sependapat ke atas status yang dikongsikannya. Anda setuju dengan Aliff? - CARI |
CiliPadiSedap replied at 13-6-2021 11:32 AM
Habis politician yb dan mereka dibayar cukai tak serve rakyat cmne? Dia xnak balik dia org punya pas ...
lavendernovella: Dulu lecturer aku ngajor kat usa , gaji dia 100k usd permonth. Balik malaysia gaji dia rm7k jer. Sheol balik sbb tak tahan tekanan islamofobia. Kat si ...
Tinot7 replied at 13-6-2021 12:48 PM
Psl Dr Amalina tuh iols setuju dgn dia. Kome jahh naive pikiaq minah tuh akan balik berbakti, padaha ...
mijot replied at 13-6-2021 02:09 PM
wardina kt bod gosip pun sama...
gigih dok kutuk mesia..
ADVERTISEMENT