CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peminat K-Pop Akan Dibunuh - Jong-Un

12-6-2021 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10713| Komen: 110

Pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-un menggelar budaya pop Korea Selatan (K-pop) ibarat barah yang merosakkan fesyen rambut rakyat  Korea Utara dan mengugut untuk membunuh peminat K-pop, lapor akhbar The Sun semalam.



Kredit foto: Reuters

Jong-un bimbang muzik, filem dan rancangan televisyen dari Korea Selatan yang diseludup masuk ke negara itu akan mempengaruhi anak muda Korea Utara dan memberi pengaruh buruk kepada rejim pemerintahannya.

Budaya di Korea Utara adalah ditentukan oleh pemerintah negara itu, namun anak mudanya dikatakan secara sembunyi telah menikmati muzik K-pop yang diseludup dari sempadan.

Jong-un berkata, budaya K-pop telah merosakkan pakaian, gaya rambut, ucapan dan tingkah laku penduduk di negaranya, lapor akhbar New York Times.

Pada Disember tahun lalu, negara komunis itu memperkenalkan undang-undang baharu bahawa sesiapa yang menonton atau memiliki bahan hiburan dari Korea Selatan akan dihantar ke kem buruh selama 15 tahun.


Sesiapa yang menyeludup masuk bahan hiburan seperti muzik, rancangan televisyen atau filem daripada negara seberang itu pula boleh dikenakan hukuman mati.



Kredit foto: Getty

Undang-undang baharu itu dibuat selepas Jong-un menuduh pengaruh luar akan merosakkan rejim pemerintahannya.

Menurut laporan, Jong-un memberi amaran bahawa perubahan serius melibatkan ideologi dan keadaan mental dalam kalangan generasi muda di negara itu sedang berlaku.

“Kita harus berhati-hati dengan sedikit pun tanda-tanda gaya hidup kapitalis dan berjuang untuk menyingkirkannya,” tulis akhbar rasmi Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja Korea.

Pemimpin utama itu juga melarang pemakaian kemeja-T yang menampilkan slogan dan tindik pada hidung dan bibir.

Pada bulan lalu, seorang lelaki di Korea Utara ditembak mati oleh skuad penembak di hadapan 500 orang awam kerana menjual muzik dan filem K-pop secara haram.


Sumber: Kosmo!

Bagus
2

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mclaren 12-6-2021 03:16 PM
Entah2 dia senyap2 minat siap menari2 kat rumah agam dia tengok BTS

Quote wasssup27 12-6-2021 03:17 PM
ri jeonghyuk shii..
Quote dudaberhias 12-6-2021 03:17 PM
Go supreme leader hapuskan BBNU penganggur, muka jerawat penuh, pakai cermin mata, tudung singkat dan andartu2 KPOP yang social media takde letak gambar sendiri sebab huduh
Quote jalfa 12-6-2021 03:19 PM
Amboi kijam sungguh...entah entah ada mistress bintang kpop....bila nak mamp si gila ni
Quote KIM.K 12-6-2021 03:19 PM
Sape tag prof mohaya diva K bagi RM10
Quote djzara81 12-6-2021 03:20 PM
Kim jeles leteww. Rambut dia gaya flat top memanjang, tak bole buat style rambut BTS sbb konpem huduh.
Quote lavendernovella 12-6-2021 03:20 PM
Bilalah agaknya rakyat korea utara ni nak bangkit tukar pemimpin.
Quote Drmu 12-6-2021 03:22 PM
apa je hiburan Korea U tu
Kalu dia kecam yahudi iol okay
Quote white_musk 12-6-2021 03:23 PM
lavendernovella replied at 12-6-2021 03:20 PM
Bilalah agaknya rakyat korea utara ni nak bangkit tukar pemimpin.

Rakyat malaysia bila lagi? Hahahhaha
Quote lavendernovella 12-6-2021 03:25 PM
white_musk replied at 12-6-2021 03:23 PM
Rakyat malaysia bila lagi? Hahahhaha

Malaysia ada gak lah tukar menukar.
Quote white_musk 12-6-2021 03:26 PM
lavendernovella replied at 12-6-2021 03:25 PM
Malaysia ada gak lah tukar menukar.

Tersalah tukar bala menanti.. Haha
Quote Artemesiaa 12-6-2021 03:26 PM
Dia kan ada garis panduan style rambut apa je yang rakyat dia boleh ikut bila ada yang tak nak ikut style tu yan buat dia angin.
Quote Artemesiaa 12-6-2021 03:27 PM
mclaren replied at 12-6-2021 03:16 PM
Entah2 dia senyap2 minat siap menari2 kat rumah agam dia tengok BTS

Ada je dia jemput penyanyi kpop wanita buat show untuknya disana.
Quote wasssup27 12-6-2021 03:28 PM
Drmu replied at 12-6-2021 03:22 PM
apa je hiburan Korea U tu  
Kalu dia kecam yahudi iol okay

dia memang kecam zionis pon kan...
Quote mclaren 12-6-2021 03:28 PM
Covid sampai tak ke NK ni
Quote lavendernovella 12-6-2021 03:32 PM
white_musk replied at 12-6-2021 03:26 PM
Tersalah tukar bala menanti.. Haha

Rasanya deep down rakyat korea utara nak jer tukar pemimpin. Sikit2 mesti ada gak jiwa memberontak. Tu yang ada kena bunuh pasal kpop. Dorang mentally tortured bila hidup ditentukan total oleh pemerintah.
Quote lavendernovella 12-6-2021 03:32 PM
mclaren replied at 12-6-2021 03:28 PM
Covid sampai tak ke NK ni

Last year kan yang kena jangkit kena hukum tembak.
Quote aint 12-6-2021 03:33 PM
long live Jong Un!



#antikpop
Quote mclaren 12-6-2021 03:35 PM
lavendernovella replied at 12-6-2021 03:32 PM
Last year kan yang kena jangkit kena hukum tembak.

Fuh basmi terus pembawa virus. Gila ganas.

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.171482 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top