CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Arja Lee Lapor Polis Balang Biskut Rosak Dek Kecuaian Syarikat Penghantaran

12-6-2021 12:13 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 18413| Komen: 106|Original author: Oleh: rikuren


Kasihan pelakon Arja Lee kerugian RM1,050 selepas dua kotak berisi 24 jenis biskut raya yang diterimanya hancur dan rosak.

Lantaran itu, dia membuat laporan polis terhadap kecuaian dan menuntut penyelesaian daripada syarikat penghantaran.

Difahamkan, biskut berkenaan dihantar dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan, kelmarin.



Pemilik nama Azharudin Ramli itu nyata terkilan dengan insiden berkenaan. Katanya, dia sudah menghubungi syarikat terbabit, namun masih belum mendapat penjelasan mengenai kejadian .

Menerusi Instagramnya, Arja yang mengusahakan perniagaan Arja's Cookies itu berkata, pihaknya sudah memaklumkan lebih awal kepada syarikat penghantaran itu bahawa barangan dihantar itu mudah pecah.



"Namun, semua biskut yang sampai kepada saya rosak teruk dan hancur. Saya sangat sedih dan kecewa dengan insiden ini. Bukan saja biskut yang hancur, malah bekasnya juga pecah dan terkopek," katanya.

Arja juga agak tidak puas hati kerana baginya, insiden seperti ini tidak sepatutnya berlaku terutama apabila kesemua biskut tersebut dihantar menerusi jalan darat.

Ramai warganet bersetuju dengan tindakan Arja dan berharap pihak terbabit bertanggungjawab sepenuhnya di atas kecuaian pihak mereka.

Semoga Arja mendapat keadilan sewajarnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 12-6-2021 12:19 PM
biskut raya yang mudah hancur sebaiknya COD aje atau pick up sendiri. Kalau guna kurier memang agak tinggi lah untuk dapat kat tangan macam ni. Ko dah kenapa sis?
Quote Suchi 12-6-2021 12:19 PM
Edited by Suchi at 12-6-2021 12:22 PM

Kuih raya takyah la guna kurier? Kirim kat drebar bas atau lori je yg selamat.

Btw artis boleh la jugak viral dan ada yg nak amik tindakkan, yg kami marhaen ni mampu menangis je hari2 nk tunggu parcel sampai.
Kenapa la kejam sgt citylink ni pending lama2 item org, dah kalau ada kes covid19 pun kat tempat korang tu masalah korang bukan masalah customer. Kita org cuma nak item kami sampai dgn cepat dan selamat.
Jadah sgt dah ada kes tp branch lain duk terima je pastu semua hantar kat hub utama yg tutup tu. Patut bgtau la mana2 item yg nak ke selangor tak terima penghantaran sbb hub utama ada kes covid.
Dasar scammer !!!
Quote fadz84 12-6-2021 12:20 PM
hyie replied at 12-6-2021 12:19 PM
biskut raya yang mudah hancur sebaiknya COD aje atau pick up sendiri. Kalau guna kurier memang agak  ...

Tu la pasal.. nk2 tart nenas.. mmg mudah berderai..
Quote slyfynx 12-6-2021 12:25 PM
Mase hantar brg pun mmg courier akan cakap tiada jaminan kalau barang pecah. ATas tanggungjawab sendiri.
Lain la kalau kotak pecah ke, hape ke.
Ni kuih raya kot.
And hantar bulk. Mmg sgt2 susah untuk x pecah, melainkan ko hantar sendiri.
Takat info kate barang mudah pecah pun, ko bukan bayar untuk special delivery.
Barang ko ttp dianggap sama macam brg orang lain.
Aku send kuih raya kat kakak aku pun jenuh berbubble wrap tebal2, and kuih letak padat2.
Quote Thunderclouds 12-6-2021 12:36 PM
Kuih2 ni xyah ler pakai courier bgai. Hancoqqqq. Lain la kuih tu keras mcm peluru baling kt dinding,dinding pn boleh pecah
Quote supermum 12-6-2021 12:43 PM
Suchi replied at 12-6-2021 12:19 PM
Kuih raya takyah la guna kurier? Kirim kat drebar bas atau lori je yg selamat.

Btw artis boleh la ...

Aritu aku mesej citylink dekat fb, tanya apesal lama sangat stuck and bila expected delivery. The next day terus deliver.
Quote Fly_over 12-6-2021 12:46 PM
kuih raya laki haku pick up pn boleh hancur lagikan courier..
Quote kukukatablog 12-6-2021 12:51 PM
lain kali balut seketul2 kuih tu dengan bubble wrap....
Quote Afie13 12-6-2021 01:07 PM
Bulan puasa hari tu i tolong bubble wrap n bungkus biskut raya kawan i dlm kotak. Buka sikit 5 kotak besar. Alhamdulillah semua smpai ok sbb i balut betul2. Kalau brg makanan tolong lah pastikan bubble wrap tu kemas n kotak tu pun padat. Jangan bagi biskut tu bergerak bila letak dlm kotak

Brg makanan x boleh main pos je x bungkus n bubble wrap betul2 sbb 6t akan hancur n mula lah nak salahkan syarikat courier. Diaorg buat kerja barang banyak mmg xde masa nk jaga barang satu2
Quote aderaderker 12-6-2021 01:10 PM
Tapi aku pernah order kuih raya thru shopee, guna jnt.
Tak pecah langsung,  seller guna bubble wrap utk setiap balang tapi takle over-wrapped pun.
And setiap balang kena padat.

Cuma kat kotak mmg ada tulis Fragile and note comel abg delivery hensem jgn baling dlm tu kuih raya
Quote Afie13 12-6-2021 01:11 PM
Edited by Afie13 at 12-6-2021 01:18 PM
Suchi replied at 12-6-2021 12:19 PM
Kuih raya takyah la guna kurier? Kirim kat drebar bas atau lori je yg selamat.

Btw artis boleh la ...


Bila melibatkan kes covid pekerja courier mmg x boleh buat apa. Tempat i hari tu j&t kena covid tutup ofis sminggu sewa dekat tempat lain nk clear brg guna pekerja part time tapi dapat pekerja yg lembap n x buat kerja betul habis buruk nama. Bila nak buka ofis x x boleh kena tutup 14hari jugak. Yg jadi mangsa customer lah x dpt brg n masa tu mmg banyak brg yg rosak

Hari tu citylink dekat tempat kitaorg pulak kena tapi nasib baik diaorg kat sini x byk brg sangat jadi x kena kecam teruk.

Arja lee ni buat report polis ke? Hahaha buat report x jadi apa lah wey benda ni dikira kecuaian pengirim bukan salah courier. Benda yg boleh claim dgn courier ni cuma barang hilang je itu pun susah nak dapat. Buat report dekat kpdnkk n pihak courier akan kena pnggil kena bayar ganti rugi. Bayangkan laki aku pos brg sebesar guni boleh hilang bila mintak claim nak bayar separuh je. Mmg celaka lah j&t kt tempat hilangkan brg tu. Diaorg x kisah sbb bukan barang vip diaorg yg hilang. Nasib baik j&t yg tempat kitaorg pos brg tu ok diaorg fight utk dapatkan full claim jugak. Kalau x dpt claim full merajuk lah vip diaorg
Quote MeghanK 12-6-2021 01:11 PM
tak setuju kuih raya pon nak pos pakai courier..niaga ni jangan tamak yach
Quote sleepandream 12-6-2021 01:15 PM
biskut raya hancur ni memang risiko buyer sendiri yang tanggung...
even shopee pun dah bagi warning dekat seller such as perishable food item tak boleh claim refund...
dia nak expect apa benda tu moving around and lalu banyak transit bergoyang sikit mestila berderai...
dia ingat bekas kuih tu statik je takde tunggang tebalik? dimanakah akal fikiran yg dikurniakan oleh tuhan.........
Quote helicornia 12-6-2021 01:28 PM
tp kes dia ni bekas kuih pun pecah.kena hempas ke apa
Quote ImpianSeroja 12-6-2021 01:34 PM
Sebab tu barang Makanan especially kuih raya iolls x pernah nk beli yg jauh2 sampai perlu pos walau Teringin sekali pun..
Gigih la iolls cari sekirar daerah berdekatan ajer sampai jumpa..yg boleh cod sajer..sbb da jd kes begini siapalah yg nk bertangggungjawab
Quote Suchi 12-6-2021 02:10 PM
supermum replied at 12-6-2021 12:43 PM
Aritu aku mesej citylink dekat fb, tanya apesal lama sangat stuck and bila expected delivery. The  ...

Aritu tu bila yaa? Sbb dorang wat bodo je bila ada yg komen kat wall fb dorang tu. Malah ada komen yg dh hilang pun maybe depa delete la kot.
Tagune betul citylink ni iols jarang guna tp seller yg la sibuk nk guna katanya lebih selamat. Sekali dgn dia2 sekali menangis, brg kalau harga singgit dua takpe tp beribu jenuh la dia nk kena refund if jahanam or hilang.
Quote Firis 12-6-2021 02:10 PM
kukukatablog replied at 12-6-2021 12:51 PM
lain kali balut seketul2 kuih tu dengan bubble wrap....

Btul2,aku pun hanta bskut raya kat MIL berjenis2 makmur smua la tp setiap balang aku bubble wrap,pastu dlam dia aku make sure padat kotak pun jnis keras hantar pkai poslaju, alhamdulillah elok je smpai.
Quote Suchi 12-6-2021 02:15 PM
Afie13 replied at 12-6-2021 01:11 PM
Bila melibatkan kes covid pekerja courier mmg x boleh buat apa. Tempat i hari tu j&t kena covid  ...

Itu masalah dorang, patut kena ada la plan b,c bagai bila ada kes covid.
Ni dia punya bengap tu boleh tutup je tapi still terima barang.
Langsung takde nak wat pengumuman kat fb ke apa.
Tak ke bangang nyusahkan org lain.
Iols mmg marah teruk sbb brg iols tu bukan murah menggigil gak bila tau jd gini.
Kita ni dahla cukup tertekan dgn covid ngn pkp bagai sampai dah tak mampu nak bersabar lagi.
Quote Normabaru 12-6-2021 02:21 PM
Ni new MO nk cover kerugian ke.. Ckp jela biskut ko xlaku xde sapa beli.. Acah retis so sume nk bg viral. Puikkkk

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.046232 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top