Kota Samarahan: Wanita selamat melahirkan bayi perempuan di dalam kereta dengan bantuan dua polis wanita Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan yang sedang bertugas menjaga sekatan jalan raya (SJR) di Expressway Kuching - Samarahan, malam tadi.
Dalam kejadian 11.50 malam itu, wanita berusia 26 tahun berasal dari Kampung Semera Ulu, Asajaya bersama suaminya berusia 28 tahun melalui SJR ketika dalam perjalanan ke Hospital Umum Sarawak (HUS). Lans Koperal Noor Fatihah Azelam, 27, berkata, dia yang bertugas menjaga SJR bermula jam 4 petang hingga 12 tengah malam bergegas membantu selepas dimaklumkan seorang lelaki yang isterinya mahu bersalin. "Selepas menghampiri kereta berkenaan, saya melihat wanita itu sudah melahirkan anak.
"Saya membantu merungkaikan tali pusat yang berbelit di leher bayi itu," katanya ketika dihubungi hari ini. Katanya, selepas itu dia dibantu rakannya, Koperal Perakson Jennie, 40, untuk menyelimutkan bayi berkenaan yang kesejukan menggunakan tuala. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, suami wanita itu yang berada dalam keadaan panik terus memandu ke arah SJR untuk mendapatkan bantuan. "Anggota kita mendapati wanita berkenaan sudah melahirkan anak dan membantu menyambut kelahiran bayi itu. "Kebetulan seorang lagi anggota yang hendak melapor bertugas turut membantu menyelimutkan bayi menggunakan kain tuala yang dibawa," katanya. Katanya, bayi bersama ibunya kemudian dibawa ke HUS untuk mendapat rawatan lanjut. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Tinot7 replied at 11-6-2021 04:25 PM
Tahniah.. nasib baik dlm surat beranak la ni tak payah tulis beranak dlm keta ke apa..
wallflower replied at 11-6-2021 04:29 PM
yeke u.bkn ada ke ruangan utk tulis tmpt lahir??mudah juga sheols bersalin kan
pxlbb replied at 11-6-2021 04:21 PM
Plot twist: polis kenakan kompaun sbb dah bertiga dalam 1 kereta
Tahniah new mommy dan new ...
Tinot7 replied at 11-6-2021 04:25 PM
Tahniah.. nasib baik dlm surat beranak la ni tak payah tulis beranak dlm keta ke apa..
edayildiz replied at 11-6-2021 04:41 PM
dlu kena tulis dlm keta ke?
sng nya akak ni beranak..i selalu tgk perempian dlm family i semua be ...
Buritan replied at 11-6-2021 04:40 PM
Leh taruk nama rodblokiah
Tinot7 replied at 11-6-2021 04:25 PM
Tahniah.. nasib baik dlm surat beranak la ni tak payah tulis beranak dlm keta ke apa..
ADVERTISEMENT