CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selepas 32 Tahun Hidup, Pertama Kali Saharul Ridzwan Puasa 6 Dan Makan Dalam Talam

11-6-2021 01:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5230| Komen: 25

Pelakon, Saharul Ridzwan mengakui dia bersama isteri berasa amat rindu untuk menghadiri majlis ilmu yang dikendalikan oleh penceramah popular, Ustaz Ebit Lew yang diberi nama Seminar Keluarga Sunnah.


Jelas Saharul, seminar tersebut telah banyak mengajarnya untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mengikut sunnah dan syariat Islam.

Katanya lagi, selain makan di dalam talam, tahun ini juga merupakan kali pertamanya dia melaksanakan ibadah puasa 6.


Foto: IG

“Rindu dengan suasana macam ni. Seminar Keluarga Sunnah, dengan ustaz @ebitlew, first time isteri saya yang ajak, bersungguh-sungguh dia nak pergi.

“Time tu saya ikutkan je. Dengar je, rupa-rupanya baru tahun ni belajar-belajar wujudkan sunnah kat rumah. Tahun ni first time makan talam dengan isteri. Tahun ni first time seumur hidup puasa 6,” tulisnya.


Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Sabarlah Duhai Hati itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.



Dalam pada itu, Saharul turut berharap agar dia dan isteri sentiasa dibukakan pintu hati untuk mendalami ilmu mengenai Islam.

“Allah, selepas 32 tahun hidup. Tahun ni, saya pulak ajak dia. Asbab doa orang yang kita sayang. Semoga Allah buka pintu hati kita @deenaemir. Amin Ya Allah.

“Semoga kita terus mendoakan orang yang kita sayang dan seluruh umat. InShaaAllah,” jelasnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat perubahan positif keluarga tersebut selain turut mendoakan semoga Saharul dan isteri akan kekal bahagia hingga ke jannah.



“Moga yang pertama tu buka jalan untuk yang seterusnya. InsyaAllah Amin.

“Alhamdulillah, semoga menjadi asbab kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

“Semoga Saharul sekeluarga istiqamah dalam kebaikan. Amin ya rabbal alamin.

“Bertuah dapat isteri macam Abang Saharul ni. Memang isteri solehah,” antara reaksi-reaksi netizen yang ditinggalkan di ruangan komen.




Untuk rekod, Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir telah pun melangsungkan majlis perkahwinan pada September 2016

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 3 tahun dan Fateema Azzahra, 8 bulan.-CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 11-6-2021 01:49 PM
Ni pun nak dijadikan gosip ke ngok????????
Quote Masukkeluar 11-6-2021 01:57 PM
bagus la..tapi bila dah berubah, masuk tabligh, isteri pun tudung labuh, baik ko stop belakon cari job lain.

tak sesuai dgn penampilan isteri ko. isteri dk rmh tapi ko terhegeh belakon drama akasia laki bini atas katil. lol.
Quote Pak.dolla 11-6-2021 01:59 PM
Bagus dia ni, blakon pun xde la peluk2 pompuan..dpt pulak bini cantik..tutup aurat..bertuah kau sahrul..
Quote Normabaru 11-6-2021 02:06 PM
Erm.. Bini dia ni fake.. Jenis nmpk lembut tp snobbish.. Grumpy pon iye.. Seb baikla muka ada.. Klu x da lama kena tinggai
Quote ariellin 11-6-2021 02:15 PM
Dia ni buat apa pun tetap lah x da aura.. berlakun lembik je pastu suka acah2
Quote Tinot7 11-6-2021 02:34 PM
Masa kecik2 skolah rendah, ada la mkn talam.. jaman now ada ke org nak mkn talam???
Quote lanse 11-6-2021 02:38 PM
Dia ni rupa ada..Tapi tang style lakon sama ja.
Quote Kancilkering 11-6-2021 02:57 PM
masa maulud makan dlm talam pe..nasik briani bawah timbunan nasik tu tu tu ada tolor ada ayam ….makan 7 org satu talam….lepas tu minum
air sirap bandung soda…..
Quote MatDeghem 11-6-2021 03:18 PM
Lagi satu penunggang agama....

Quote slyfynx 11-6-2021 03:39 PM
Laaaaaaaaaa.... pose 6 pun dah jadi pelik n kene gosip ke?
BTW, suke tgk bini die.
Quote Moyangkucing 11-6-2021 03:43 PM
Bagus la, belum terlambat utk berubah ke arah yg lebih baik. Asalkan tak jadi penunggang agama sudah lah...
Quote wirazam 11-6-2021 03:43 PM
Adik yg pandai SPM India kat CI sana tuh pun dpt puasa 6 dikala umurnya 17 tahun ..itu lebih Ada nilai berita ye
Quote helicornia 11-6-2021 08:52 PM
adoi sori la i tak bole la makan dlm talam. tambah ada jenis yg cekup semua lauk dgn jari penuh makanan.adoi. kalau org lain bole silakan la.katanya sunnah
Quote ImpianSeroja 11-6-2021 08:54 PM
Semoga terus istiqamah
Quote makita 11-6-2021 08:59 PM
Xkan masa umo 1 hingga 6 bulan pon nak kira...sebab masa tu leh mkn makanan pejal
Quote eely_shana 11-6-2021 09:59 PM
Baguslah....
Quote iraizz 11-6-2021 10:13 PM
Bini dia hari tu buat ig story tunjuk koleksi mekap yg ada, pastu tambah caption still nak beli lagi walaupun mekap yg sedia ada dah banyak... Aku  macam...errrmmm motip kau? Pastu tak lama lepas tu dia delete story tu, pakai litup sampai ke pinggang pun mekap tebal 7 langit.
Quote umbut 11-6-2021 10:15 PM
Both fake lagi2 bini kemut perasan ko..
Quote imanjannah 11-6-2021 10:20 PM
teringat pulak masa study kat u dulu..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.125155 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top