CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Artis Dapat Layanan Istimewa Ke?"- Zoey Rahman Dituduh Ambil Vaksin Di PPV Khas OKU

11-6-2021 01:39 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 8745| Komen: 51|Original author: Oleh: Saiful

Ramai yang mempersoalkan dan tertanya-tanya tentang Zoey Rahman yang mendapat suntikan Sinovac di KLCC baru-baru ini.

Netizen kata Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di KLCC itu hanya untuk golongan orang tua dan orang kurang upaya (OKU) tapi kenapa Zoey di situ?



Kredit foto: IG


"Bukankah KLCC untuk orang OKU dan warga emas ke? Aktor dapat layanan istimewa?"tanya seorang netizen.

Susulan itu Zoey tampil memberitahu yang PPV tersebut untuk semua lapisan umur.

"Setiap hari saya akan update MySejahtera. Jadi, bila dapat notifikasi untuk temu janji vaksin, saya patuh setiap arahan yang diberikan. Alhamdullilah, saya bersyukur sangat.


"Mungkin mereka beri slot yang available. Saya tak tahu pusat vaksin tu untuk siapa dan golongan yang macam mana sebab saya nampak pelbagai lapisan umur ada di sana," katanya kepada mStar.

Kredit foto: IG

Sementara itu pelakon ini kecewa keran tak dibenarkan untuk merakam video ketika disuntik.

"Masa nak suntik saya diberitahu tak boleh rakam video. Katanya memang itu adalah peraturan. Jadi saya pun okey saja la.

"Cuma ada rasa sedih sikit sebab orang lain boleh rakam. Tak dapat ambil video tak apa, janji vaksin kita dapat."



Dah terjawab akhirnya. Inilah akibatnya bila ada artis yang perangai 'kayangan' habis semua artis kena tempias. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sfrnna 11-6-2021 02:25 PM
Sekarang bukan phase untuk rakyat marhaen gak ke. Buat penat berebut AZ hairitu. Yg x berebut ramai gak kena panggil utk org2 sekeliling I.
Quote husna_amal 11-6-2021 02:35 PM
kemaruk sangat nak rakam.
Quote QueenCaramel 11-6-2021 02:43 PM
sfrnna replied at 11-6-2021 02:25 PM
Sekarang bukan phase untuk rakyat marhaen gak ke. Buat penat berebut AZ hairitu. Yg x berebut ramai  ...

I register dr bulan 2 ehh..2 kali try astra tu mmg x dpt..
Quote sfrnna 11-6-2021 02:50 PM
QueenCaramel replied at 11-6-2021 02:43 PM
I register dr bulan 2 ehh..2 kali try astra tu mmg x dpt..

Ntah la. Member2 I Ada yg kena panggil dah. Mmg yg register dari bulan 2 haritu. Ikut location kot. Yg pasti diorg x dudk KL, selangor or Penang
Quote sleepandream 11-6-2021 02:51 PM
memang tak boleh rakam ke?
abistu yg dulu ada kes bagi tak cukup dos tu nak buktikan macammana kalau takde rakaman video?
Quote ellZack 11-6-2021 03:08 PM
sleepandream replied at 11-6-2021 02:51 PM
memang tak boleh rakam ke?
abistu yg dulu ada kes bagi tak cukup dos tu nak buktikan macammana kala ...

Dah keluar pekeliling baru lepas case tu. Doctor kena tunjuk syringe with vaccine sebelum cucuk.
I ambil AZ hari tu doctor tanya tau tak berapa ml I patut dapat, lepas tu dia tunjuk syringe sebelum dan selepas cucuk.
Quote sleepandream 11-6-2021 03:19 PM
ellZack replied at 11-6-2021 03:08 PM
Dah keluar pekeliling baru lepas case tu. Doctor kena tunjuk syringe with vaccine sebelum cucuk.
...

ooo... tapi ada kenalan iols yg dpt rakam juga baru2 ni pergi suntik... ikut orang yg suntik tu strict ke tak kott
Quote slyfynx 11-6-2021 03:38 PM
Eh, pasal pe ko dapat.
Golongan yang patut dapat awal mcm dijanjikan dulu ade ramai lg x dpt.
Cikgu2 jgn cakap la.
Konon dpt awal, tp harammmmm.
Lani dah pdpr mmg lagi lambat la.
Tp.....
Yang over 60 pun ramai x dpt, smpi kene masuk helpdesk and request dari situ, tunggu email 5 hari x kunujng tiba lagi.
Ko ialah kenapa?
Umur x tua, OKU pun x.
Berpenyakit pun x, sbb retis kalau ade pnyakit mesti share supaya dapat simpati
Quote Itzy 11-6-2021 03:45 PM
ni lah fitnah akhir zaman. Semedang kau je suka2 tuduh org potong line. Makin ramai manusia bodoh dan palatao.
Quote Itzy 11-6-2021 03:46 PM
slyfynx: Eh, pasal pe ko dapat.Golongan yang patut dapat awal mcm dijanjikan dulu ade ramai lg x dpt.Cikgu2 jgn cakap la.Konon dpt awal, tp harammmmm.Lani dah  ...



erm nak kata bangang marah lak. dh mysejahtera kkm yg kasi.
Quote ReginaGeorge 11-6-2021 04:36 PM
Huntonglah dapat sinovac {:teatime
Quote ImpianSeroja 11-6-2021 06:23 PM
Seronok plak dengar yang ambil vaksin..giliran iolls bila la tu
Quote woven11 11-6-2021 06:57 PM
Artis ke dia ni?
Quote QueenCaramel 11-6-2021 07:31 PM
sfrnna replied at 11-6-2021 02:50 PM
Ntah la. Member2 I Ada yg kena panggil dah. Mmg yg register dari bulan 2 haritu. Ikut location kot ...

Oh..i selangor..huuu…
Quote NekNgah 11-6-2021 09:09 PM
Esok giliran suami saya untuk 1st dos vaksin di KL Convec.  Suami saya bukan OKU dan belum warga emas lagi.

Doa untuk giliran saya pula.
Quote snowater 11-6-2021 09:28 PM
slyfynx replied at 11-6-2021 03:38 PM
Eh, pasal pe ko dapat.
Golongan yang patut dapat awal mcm dijanjikan dulu ade ramai lg x dpt.
Cikg ...

Mana ko tau die tak berpenyakit? Yakin je sume artis bgtau drg berpenyakit, stgh org secretive je..
Quote amyfaha 11-6-2021 10:10 PM
Dia kalau pos video mesti jelir lidah. Takut benor org tak tahu dia GAYah....
Quote kuchenta_81 11-6-2021 10:20 PM
ReginaGeorge replied at 11-6-2021 04:36 PM
Huntonglah dapat sinovac {:teatime

Kenapa untung?
Quote biozipstar 11-6-2021 10:44 PM
pasal benda ni jugak aku bitter betul dgn mysejahtera... si zoey ni kalau jujur dgn vaksin takpe dapat random.. jangan guna orang dalam... ha bitter tadi. sepupu aku 22 tahun, single, TAK KERJA, duduk rumah 24 jam, JOHOR, dapat vaksin kat UKM ... marah betol dgn mysejahtera mcm manaa kau sorting gile?? coding cap apa kau guna????

mak aku 60 tahun + ada drah tinggi sampai kesudah x dapat beksin lagi oi

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.105090 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top