Sering menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini, nama selebriti sensasi Neelofa kini sedikit mewangi selepas dikatakan menyumbang beberapa katil untuk pesakit Covid-19.
Kerja amalnya itu didedahkan pengguna Facebook, Aznil Hisham yang berkongsi kenyataan wakil Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir, baru-baru ini. Bukan sebiji dua, tapi 15 katil elektronik disumbangkannya. Dr Abdul Rahman juga memuat naik video ucapan penghargaannya kepada usahawan terkenal terbabit di atas sumbangannya itu. Kredit foto: TikTok Dr Abdul Rahman Memetik MalaysiaGazette, Neelofa dianggarkan mengeluarkan belanja sekitar RM90,000 bagi 15 katil berkenaan. Menurut kenyataan Aznil, hospital berkenaan sebelum ini kekurangan katil menyebabkan pesakit Covid-19 terpaksa duduk di lantai. "Hanya Allah saja membalas kebaikan Puan Neelofa." Nampaknya, wangi balik lah nama Neelofa selepas ini kan? - CARI
|
Pak.dolla replied at 11-6-2021 12:00 PM
Spt biasa nk sucikan diri ke?
Duit sendri ke duit yayasan?
Tanye je
eira2310 replied at 11-6-2021 04:07 AM
duit sendiri la kot..sbb dia letak sticker nama neelofa kat katil tu..
Pak.dolla replied at 11-6-2021 12:13 PM
Hihahihahiha..hati pak dol berkeladak hahahihi..
eira2310 replied at 11-6-2021 04:16 AM
husnuzon2...
ADVERTISEMENT