Selain Neelofa, adiknya, Ameera Khan juga selalu menjadi tumpuan netizen. Dulu sering dihentam sebab seksi, namun perubahan Ameera dengan memakai hijab nampaknya semakin menyejukkan hati para netizen. Tak gitu?
Baru-baru ini di Instagram, Ameera sempat menjawab pertanyaan daripada peminat. Ada soalan yang bertanya, adakah Ameera pilih Kuala Lumpur atau Kelantan? Tak sangka Ameera dengan begitu yakin yang dia memilih Kelantan, lebih dari ibu kota. Dalam masa yang sama, Ameera juga lebih memilih kampung daripada bandar. Wow, nampak urban tapi tetap berjiwa kampung rupanya. Sementara itu, Ameera mengaku dirinya semakin tenang dan bahagia selepas melakukan penghijrahan. Syukur, harap-harap tak adalah kontroversi bukan-bukan lepas ni ya. -CARI |
ADVERTISEMENT