CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Maut Semasa Dibedah Gara-Gara Guard Menyamar Jadi Doktor

8-6-2021 08:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2126| Komen: 5

Lahore: Seorang wanita maut selepas bekas pengawal keselamatan di sebuah hospital menyamar sebagai doktor dan melakukan pembedahan ke atasnya.

Shameema Begum, 80, meninggal dunia Ahad lalu, dua minggu selepas Muhammad Waheed Butt cuba merawat luka pada bahagian belakang badannya di sebuah hospital awam.


"Kami tidak boleh memantau apa yang doktor dan semua orang di sini buat. Ini adalah hospital yang besar," kata seorang kakitangan pentadbiran Hospital Mayo, yang enggan dikenali.

Gambar Hiasan

Menurutnya, setakat ini pihaknya tidak dapat mengenalpasti jenis pembedahan yang dilakukan di dewan prosedur yang turut disertai pegawai teknikal berkelayakan.

Hospital awam di Pakistan, di mana pesakit perlu membayar sejumlah wang bagi mendapatkan rawatan, kebiasaannya kurang efisien dan huru-hara.


Keluarga Begum membayar Butt untuk pembedahan berkenaan, dan dua lagi kunjungan ke rumah bagi membersihkan luka.

Namun, pendarahan dan kesakitan semakin teruk menyebabkan keluarganya membawa Begum semula ke hospital dan mengetahui bahawa doktor berkenaan adalah seorang penyamar.

Mayatnya disimpan untuk autopsi bagi menentukan sama ada kematiannya disebabkan komplikasi daripada pembedahan berkenaan atau sebaliknya.

"Pengawal itu sudah didakwa dan dalam tahanan polis," kata jurucakap polis Lahore, Ali Safdar.

Katanya, sebelum ini, Butt pernah menyamar sebagai doktor dan membuat kunjungan ke rumah pesakit.

Kakitangan Hospital Mayo berkata, Butt dipecat dua tahun lalu kerana cuba memeras wang daripada pesakit.

Pada awal Mei, seorang lelaki ditangkap kerana berpakaian sebagai doktor di Hospital Umum Lahore dan memeras wang dari pesakit di wad pembedahan.

Pada tahun 2016, seorang wanita menyamar sebagai pakar bedah saraf melakukan pembedahan selama lapan bulan bersama doktor berkelayakan di Hospital Perkhidmatan Lahore, kemudahan kesihatan kedua terbesar di Pakistan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 8-6-2021 12:48 PM
Boleh tahan susur galur Nilopa ni.
Quote Ciktiekus 8-6-2021 05:54 PM
Gitu sekali korupnye hospital..
Quote Meiizu 8-6-2021 06:00 PM
Nak cari duit begitu susah mendesak sampai menipu teruk
Quote eizarz 8-6-2021 06:50 PM
gila la paki ni menyamar jadi doktor...lps tu bedah,kalau sakit biasa mcm demam ok la jugak bagi ubat je...
Quote ciklahcuteII 8-6-2021 09:20 PM
menakutkan....
tak boleh nk bayangkan..
confiden level tinggi.. sb duit...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.039047 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top