CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Alhamdulillah ibu dah sembuh, bebas Covid-19', Ibu penyanyi Tasha Manshahar dibenarkan pulang

7-6-2021 09:19 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 5747| Komen: 31



Kuala Lumpur: Ibu penyanyi Tasha Manshahar, 29, iaitu Herina Wong Abdullah sudah dibenarkan pulang ke rumah dan bebas dari Covid-19 selepas 'dikomakan' dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Serdang sejak tiga minggu lalu.

Tasha berkata, selama 12 hari menerima rawatan di ICU, ibunya beransur pulih dan dipindahkan pula ke wad biasa.

Malah, berkat doa yang tidak putus Tasha dan keluarga termasuk orang ramai, ibu dan bapanya, Mohd Manshahar Abdul Jalil yang turut positif wabak itu kini sudah sembuh.

Tasha menerusi video berdurasi enam minat yang dimuatkan di Instagram berkongsi rentetan kisah duka dilalui kedua ibu bapanya termasuk menjalani kuarantin di lokasi berbeza.



Bagaimanapun, bapa Tasha yang mulanya menjalani kuarantin kendiri di rumah, kemudiannya dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di MAEPS, Serdang untuk rawatan intensif sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur apabila ibu sudah kembali pulih selepas dimasukkan ICU akibat jangkitan di paru- paru dan kini  dia berada di rumah bersama kami sekeluarga.

"Terima kasih Ya Allah kerana pilih kami dan berikan kami peluang ini. Terima kasih juga kepada semua doktor dan jururawat barisan hadapan di Hospital Serdang kerana buat yang terbaik.

"Saya juga sentiasa mendoakan ketabahan buat semua waris dan kesembuhan buat #covidfighters yang sedang bertarung. Kita belum menang tetapi kita pasti menang," katanya.

Menurut Tasha, sepanjang ibu dan bapanya dirawat akibat Covid-19, dia bersama adik-beradik lain tidak putus membaca Yasin dan menunaikan solat hajat memohon kesembuhan daripada Allah buat kedua orang tuanya.

Katanya, mereka sekeluarga juga tidak pernah berhenti memberi kata-kata positif dan semangat ibunya untuk terus berjuang melawan virus itu kerana yakin ibu memiliki sifat cekal hati yang tinggi serta kami semua juga reda menerima ujian ini.

Terdahulu, bapa Tasha yang juga Ketua Jurulatih Olahraga mula menunjukkan gejala pada 10 Mei lalu dan menjalani ujian calitan pada 15 Mei. Turut dijangkiti positif Covid-19 ialah ibu dan adik lelaki Tasha.

Sehubungan itu, Tasha yang kini sudah meninggalkan kerjaya nyanyian dan bertugas sebagai guru, mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Raqib Majid pada 8 September 2018 lalu.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muammar Rafiqi yang kini berusia dua tahun.


Sumber - Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sikatkutu 7-6-2021 10:43 PM
alhamdulillah..dikomakan pun sihat balik.biasa banyak baca kes kalau dah dikomakan/ditidurkan mesti tak lama lepas tu....mmm

mak dia cina mualaf rupanya
Quote cap_ayam 7-6-2021 10:49 PM
Alhamdulillah mesti lega sangat mak dan ayah dah ada kat rumah semula. Syukurlah banyak2..
Quote dudaberhias 7-6-2021 10:56 PM
Alhamdulilah, suka dia cerita pasal mak dia. nak2 stage 5 survivor ni sangat lah susah nak pulih. Tapi semuahya kuasa Allah, takde yang mustahil.

Terbayangkan macam mana rasa ketika dalam koma tu masa nak di komakan tu pun takut kot2 doktor terlebih dos ke apa. Macam2 boleh terfikir dalam otak ni
Quote insulin 7-6-2021 11:11 PM
Baguslah dah sembuh.
Quote Perawankota 7-6-2021 11:34 PM
Alhamdulillah... Sembuh mak dia
Quote KIM.K 8-6-2021 12:52 AM
Alhamdulillah. Risau berita ibu sheol dikomakan syukur pulih. Mesti atas doa keluarga yang tak putus2
Quote Lengkong 8-6-2021 05:53 AM
Alhamdulillah

Quote MiaLibra 8-6-2021 06:01 AM
Syukur alhamdulillah...Tiada yg mustahil dengan izin Allah..
Quote aechae 8-6-2021 07:24 AM
Nangis tgk vid dia buat tu
Hari2 dorg vid call mak yg koma tu bg semangat x nangis lgsung..yg dia tnjuk lh kn tapinyaa... klu iols dr awal dh teriak kot xda ckp2 dh...btul lah Allah bg ujian yg org yg mampu terima
Quote Suchi 8-6-2021 07:40 AM
dudaberhias replied at 7-6-2021 10:56 PM
Alhamdulilah, suka dia cerita pasal mak dia. nak2 stage 5 survivor ni sangat lah susah nak pulih. Ta ...

Ada kawan stage 4 tak sampai masuk icu tp pakai tiub kecil kat hidung tu.
Baru je discaj juga dr hospital. Walaupun dah discaj doktor still wassep dia utk pantau pengambilan ubat2 yg dia kena amik.
Byk gakla ubat kena makan.pastu katanya dia bukan ada diabetes sblm ni tp disebabkan covid ni punya kesan sampai kena amik ubat apatah yg berkaitan ngn diabetes ni la.
Sampai hari ni masih sakit dada bila tarik nafas dlm2.
Tak pasti deria rasa dan ada ke blm seblm ni mmg takde katanya semua makanan rasa pahit.
Bertuahnya ada jiran2 yg baik hari2 hantar makanan sedap2 tp tula dia makan pun xde rasa apa selain pahit ja.
Quote malaygirl 8-6-2021 07:56 AM
Alhamdulillah. Kuat mak dia melawan penyakit covid ni. Lagi2 dah sampai tahap ditidurkan tu. Berkat doa dari anak2 dan org ramai.
Quote LadyCarefree 8-6-2021 08:12 AM
Kalau ikut tuduhan Belastop, doktor tidurkan patient ialah sebab nak bunuh patient. Entah mana dia dapat kefahaman ditidurkan/dikomakan tu sama dengan euthanasia.
Seronok dengar ibu dia survive. Also her dad. Berkat tuhan makbulkan doa2 dan usaha para doktor dan nurses.
Quote mimi_ayu 8-6-2021 08:28 AM
Alhamdulillah...xsemestinya dikomakan dh xde harapan dah..cuma bl smp stage tu mgkn rasa harapan dh tipis tp jgn brenti berdoa..insyaAllah dimakbulkan..
Prnh bc ada rakyat malaysia yg kna covid kt oversea dikomakan lbh 40 hari xsalah dan dia sedar blk..
Siap doc ngan nurse semua happy masa dia nk discharge tu..
Quote aechae 8-6-2021 08:31 AM
LadyCarefree replied at 8-6-2021 08:12 AM
Kalau ikut tuduhan Belastop, doktor tidurkan patient ialah sebab nak bunuh patient. Entah mana dia d ...

Jgn sebut namanya nnt kang dia msuk cni uols nk hadap?
Quote hashashes 8-6-2021 08:35 AM
Alhamdulillah tertunggu2 jugak news pasal Mak dia. Hari tu ditidurkan, ni dah sembuh. Semangat juang yang tinggi. Betul ke masa kita koma tu nanti ada pilihan samada nak Terus hidup atau mati eh?
Quote LadyCarefree 8-6-2021 01:50 PM
hashashes replied at 8-6-2021 07:35 AM
Alhamdulillah tertunggu2 jugak news pasal Mak dia. Hari tu ditidurkan, ni dah sembuh. Semangat juang ...

Tidak. Esp Islam. Mana boleh outright pilih nak mati. Tapi boleh reject rawatan.
Quote rain2169 8-6-2021 01:53 PM
alhamdullillah syukurrr......
Allah panjangkan usia mak dia...
Quote imanjannah 8-6-2021 04:54 PM
alhamdulillah...
Quote Ayda89 8-6-2021 05:13 PM
Alhamdulillah semoga org2 tua kita dijauhkan COVID-19 ni

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.050126 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top