MESKIPUN realiti dunia ketika ini adalah berbeza kerana pandemik COVID-19, namun tidak salah rasanya untuk kita berangan sekejap mengenai destinasi percutian pilihan. Jika COVID-19 tidak wujud, destinasi mana yang menjadi pilihan masyarakat Malaysia sebagai lokasi untuk bercuti? Itu soalan #DiariLockdown disuarakan kepada warga maya oleh Astro AWANI pada hari ketujuh total lockdown ini.
Rata-rata mereka menyuarakan hasrat untuk melancong di dalam negara, berbanding hanya beberapa orang yang ingin ke luar negara. Queen Mimi memilih kawasan berpantai dan pulau sebagai destinasi pilihan. Begitu juga Nor Fatin yang memilih kawasan pantai bagi menggamit semula memori lokasi bulan madunya bersama suami tercinta. Bagi pengguna Twitter, @haziqrightthere pula berhasrat untuk ke Pulau Pinang. Ekoran terlalu rindu kepada kampung halaman dan keluarga, ramai jua yang menyatakan ingin pulang berjumpa ibu dan ayah. Marilah kita sama-sama berdoa supaya pandemik COVID-19 ini segera berakhir supaya kita dapat menjalani semula kehidupan seperti dahulu. Buat masa ini, tahanlah dahulu segala keinginan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. Sumber : Astro Awani |
merrissa replied at 7-6-2021 08:39 PM
Ada covid xde covid sama sahaja. Takpeluang nak jalan. Weekend pon keje. Bila nak cutinya. If ada ti ...
Friska replied at 7-6-2021 09:49 PM
Iya, ndak sabar saya bisa jalan-jalan liburan sama suami, honeymoon gitu. Sejak suami WFH, cape juga ...
merrissa replied at 7-6-2021 08:39 PM
Ada covid xde covid sama sahaja. Takpeluang nak jalan. Weekend pon keje. Bila nak cutinya. If ada ti ...
KIM.K replied at 7-6-2021 09:44 PM
Kat fb ramai kata amber court GH dah helok
Innrukia replied at 7-6-2021 10:17 PM
teringin nk gi tempat2 terbiar & misteri...
ADVERTISEMENT