Selepas reda berita kurang enak mengenai dirinya dikaitkan dengan seorang menteri, Datuk Nora Ariffin berkongsi rezeki sebagai penghargaannya terhadap pengorbanan barisan frontliners. Projek infak makanan kepada petugas barisan hadapan diusahakan bersama Team Secukup Rasa itu turut mendapat sokongan padu ramai.
Katanya, idea projek sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berkenaan tercetus selepas diajukan pertanyaan daripada kenalannya yang meminya khidmat menyediakan juadah untuk frontliners kita baik yang menguruskan krisis kesihatan mahupun yang menjaga keselamatan negara. Justeru, Nora bersyukur dia dan pasukannya diberi kepercayaan kepada pasukannya menyediakan juadah untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan. "Kami sebagai penyedia perkhidmatan akan memenuhi kehendak para dermawan yang mahu sama-sama berkongsi rezeki dengan hero Malaysia yang tidak pernah kenal erti penat, letih atau kepayahan dalam membantu seluruh rakyat keluar dari keperitan pandemik Covid-19," katanya kepada AWANI. Nora bagaimanapun menegaskan projek itu bukan bersifat mengaut keuntungan, sebaliknya mengambil kesempatan mencari saham akhirat. "Ini platform terbaik untuk saya dan pasukan mencari saham akhirat. Alhamdulillah atas keprihatinan rakan-rakan ia membuka ruang untuk saya menyalurkan sumbangan dengan cara kami. "Projek infak ini hakikatnya adalah tanda terima kasih rakan-rakan dan saya sendiri. Saya yakin kita faham bahawa dalam setiap rezeki kita ada rezeki orang lain," katanya.
|
riyadhK replied at 7-6-2021 06:01 PM
Mesti letak gambar sendiri eh?
Skuau replied at 7-6-2021 05:02 PM
wei...frontliners...tu...nampak susah KERJA sb hadap covid ni...depa tetap dpt imbuhan tiap..bulan.. ...
Thunderclouds replied at 7-6-2021 05:32 PM
Yak. Rasanya dh penah kot ada frontliner up mintak jgn bg dh mknan kt depa sbb xberabih. Siap pesan ...
slyfynx replied at 7-6-2021 06:19 PM
Frontliners bukan x cukup makan, bukan x cukup duit.
Diorang x cukup tgn.
Ape yang ko boleh bantu ...
slyfynx replied at 7-6-2021 06:19 PM
Frontliners bukan x cukup makan, bukan x cukup duit.
Diorang x cukup tgn.
Ape yang ko boleh bantu ...
ADVERTISEMENT