CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kes Covid-19 Meningkat, Fasha Sandha Tak Keluar Rumah

7-6-2021 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3895| Komen: 17

Melihat keadaan kes Covid-19 yang semakin meningkat, pelakon Fasha Sandha memberitahu dia mengambil langkah lebih berjaga-jaga demi keselamatan keluarga dan orang sekelilingnya.


Seperti yang disarankan kerajaan, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 37, berkata, dia sentiasa memakai dua pelitup muka ketika berada di kawasan luar.


Foto: IG

"Bila kes semakin meningkat ini, memang saya ambil langkah lebih berjaga-jaga. Saya memang patuh SOP, tak pergi tempat yang ramai orang. Saya pun ikut langkah pakai double mask seperti yang disarankan kerajaan.

"Anak-anak pun sekarang hanya belajar secara online walaupun susah juga nak fokus kelas online sebab masih kecil kan tapi lama-kelamaan mereka dah boleh biasakan diri.


"Memandangkan kes pun tinggi, kita pun duduk saja rumah dan kalau nak keluar pun, jangan pergi tempat ramai orang. Lagipun, sekarang ada kemudahan beli barang secara online. Kalau boleh, keluar bila perlu saja," katanya kepada mStar.



Kini Malaysia masih dalam tempoh 'total lockdown' selama 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun depan berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat setiap hari.

Dalam pada itu, Fasha turut berkongsi mengenai drama siri terbaharu lakonannya berjudul Scammer yang ditayangkan di Astro Ria setiap pukul 11 malam, Isnin hingga Khamis.



Menurut isteri kepada aktor Aidil Aziz ini, dia banyak belajar mengenai isu pengubah wang haram melalui skrip dalam drama tersebut.

"Menerusi drama itu, saya banyak belajar isu pengubahan wang haram daripada skrip. Dari situ, baru saya tahu tentang perkara tersebut dengan mendalam.




"Sebagai pelakon, saya juga meletakkan diri selaku penonton dan mendapati cerita ini banyak pengajaran yang boleh diambil teladan. Paling penting, jangan mudah percaya kepada orang lain. Jangan mudah tertipu.

"Sebab dunia sekarang sukar diramal terutamanya menerusi panggilan telefon. Selidik dahulu dan jangan mudah menyerahkan segala-galanya kepada orang lain, terutama yang tidak dikenali," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EjenAlisya2 7-6-2021 12:08 PM
Elisha sandau dok umah tak? Dr masa puasa hari kes naik. Ke dia baru sedar kes meningkat tu just happened mggu lepas.
Quote imanjannah 7-6-2021 12:12 PM
klu tiada keperluan mendesak duduk je la rumah
Quote Fafaaisa 7-6-2021 12:14 PM
EjenAlisya2 replied at 7-6-2021 12:08 PM
Elisha sandau dok umah tak? Dr masa puasa hari kes naik. Ke dia baru sedar kes meningkat tu just hap ...

Dia kan menetap umah cyst..hahaha..
Quote bedahmenjuyah 7-6-2021 12:16 PM
EjenAlisya2 replied at 7-6-2021 12:08 PM
Elisha sandau dok umah tak? Dr masa puasa hari kes naik. Ke dia baru sedar kes meningkat tu just hap ...

Hahaha spot on
Quote slyfynx 7-6-2021 12:33 PM
Bosan la.
Pasni thread nasihat sape lak untuk PKP ni.
Quote virgo19 7-6-2021 01:03 PM
Eleh yela tu patuh sop.. bukan ke masa raya hari tu korang berkumpul satu keluarga besau, siap mak bapak, anak2 buah mesti la ada parents diorg sekali kan.. ke diorang ni semua duduk serumah?
Quote EjenAlisya2 7-6-2021 01:07 PM
Fafaaisa replied at 7-6-2021 12:14 PM
Dia kan menetap umah cyst..hahaha..

Dah jd pemastautin tetap kot. Retis2 ni klu bg nasihat atau acah2 suruh patuh sop nya kemain. Tp sendiri tak tunjuk cth baik. Tak phm. Konon2 plg patut ikut sop tapi bila amik gambar berlaga2 pipi. Mereka semua duduk rumah panjang la kot. Tu yg takde hal. Kena cobid pastu meroyan
Quote mrsbale 7-6-2021 02:03 PM
Comey amat baby depa ni
Btw, rasa cam nk ja p tolong tarik turun telekung kat dahi fasha.
Quote RumiMenari 7-6-2021 03:05 PM
Telekung purple yang fasha pakai tu brand apa? Free size ke atau fasha silap beli size.. nampak anak2 rambut.. sorry, iolss agak rengsa di situ walaupun cantik warna purple tu..
Quote naina 7-6-2021 03:08 PM
Comelnya.baby anak Aidil tuu
Gebu bambam..putih ikut bapaknya
Quote ImpianSeroja 7-6-2021 03:55 PM
Suka juga ngn family diorg nie.. sederhana ajer.
Quote Janjimanismu123 7-6-2021 03:58 PM
Keluar nak g mana{:teatime
Quote Sonneblume 7-6-2021 08:00 PM
Comel gila anak dia yg kecil tu.. si abang tu untung ada 2 ayah. Bila mak ayah bercerai dan berbaik, yg untung anak2 juga. Bukan org lain.
Quote kuchibambam 8-6-2021 09:48 AM
fasha tries to hard laa...just be yourself Fasha..tak yah senyum buka2 mulut..tak kiut,,kau muka elegan dah but jgn bawak perangai kampung tu sgt.
Quote aderaderker 8-6-2021 10:04 AM
Comel sangat Aisha.

And they all look genuinely happy...
Quote Orkidcina 8-6-2021 11:53 PM
Baguslahh tu bole jd contoh
Quote OsHiN_hOnEy 9-6-2021 12:07 AM
korg dok ckp
si juling dok dgn bakal mertua
tuuu dia tunjuk gmbr kat kono
dgn her parents

cyst pun agak2 lar nak tunjuk dia jer
terpaling pandai mengajar anak dara org
sampaikan jadi buah mulut netz
mcm yatim piatu sebab dok bertunggu tangga
rumah bkn muhrim

kan angah dah bebel at her sister
kohkohkoh

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.291023 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top