CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Nak tidur pun tak selesa sebab berpeluh dan menggigil” - Rody Kristal positif Covid-19

7-6-2021 02:50 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3806| Komen: 11



GITARIS kumpulan Kristal iaitu Rody disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat adik iparnya yang dijangkiti wabak tersebut terlebih dahulu.

Menurut Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin, adik iparnya mengalami demam selama tiga hari dan isteri serta anak mereka turut dijangkiti Covid.

Tambahnya lagi, jangkitan itu berlaku disebabkan mereka kini menetap di rumah ibu bapanya sejak dua bulan lalu.


Rody luah rasa rindu terhadap isteri dan anak-anaknya di Instagram.


“Saya disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian calitan pada semalam (Sabtu). Saya lakukan swab test selepas menjadi kontak rapat adik ipar yang juga disahkan positif.

“Dia sudah tiga hari alami demam dan bila buat swab test, keputusan positif. Adik saya dan anak mereka juga positif. Mereka sekeluarga memang duduk bersama ibu bapa saya.

“Kebetulan, kereta saya berada di bengkel selama hampir dua bulan sebab rosak. Jadi, saya tak ada kenderaan dan terpaksa menumpang rumah mak sebab nak pinjam kereta bapa bila ada kerja,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Rody berkongsi berita sedih mengenai dirinya dijangkiti Covid menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad dan rata-rata netizen mendoakan agar pemuzik itu dan adik serta keluarganya cepat sembuh.

Masa selepas tahu adik dan suaminya positif, keadaan saya ok lagi… tak ada rasa apa-apa.

Dalam pada itu, Rody meluahkan rasa syukur apabila ibu bapanya dan isteri, Niena Azman, serta dua orang anak mereka tidak dijangkiti.

Berkongsi mengenai simptom, Rody memberitahu dia ada mengalami sakit kepala dan badannya menggigil pada malam sebelum melakukan ujian calitan.

“Alhamdulillah, keputusan swab test isteri, anak dan ibu bapa saya negatif dan mereka kini tinggal di rumah saya. Manakala saya kuarantin di rumah ibu bapa bersama adik, suaminya dan anak mereka.


Isteri dan dua orang anak Rody tidak dijangkiti Covid-19.


“Masa selepas tahu adik dan suaminya positif, keadaan saya ok lagi… tak ada rasa apa-apa. Tapi bila dah malam, baru mula batuk, nak tidur pun tak selesa sebab berpeluh tapi badan menggigil.

“Bangun pagi tu memang rasa tak sedap badan… habis badan jadi sengal-sengal, sakit kepala dan sendi-sendi sakit. Sebab itu saya terus pergi klinik buat swab test dan keputusan tak baik… saya positif,” ujarnya.

Rody berkahwin dengan Niena yang juga penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan di Kulai Johor pada 27 April 2018 dan dikurniakan dua anak lelaki, Adithya Jabbar, 2 dan Barie Habibullah yang lahir pada 7 Julai tahun lalu.



Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 7-6-2021 06:42 AM
anak anak berkeluarga dh start menentap kat rumah mak ayah....moga semua sembuh...kawan sy kene post covid19 syndrome asthma dia makin acute....keluar masuk hospital je....
Quote Janjimanismu123 7-6-2021 06:51 AM
Moga cepat sembuh
Quote Carcosa 7-6-2021 07:21 AM
Sama simptom masa meols ambik AZ jab tu. Pagi masa tidor, menggigil gigil teruk, sejuk smp ke tulang. Mcm tak pakai baju / selimut. Pdhal pakai je duvet tebal tu. Dlm duvet pun masih gigil2 teruk.
Tu baru jab tu. Bkn full blown Covid.
Semoga cepat sembuh ye Roddy
Quote aechae 7-6-2021 08:11 AM
Carcosa replied at 7-6-2021 07:21 AM
Sama simptom masa meols ambik AZ jab tu. Pagi masa tidor, menggigil gigil teruk, sejuk smp ke tulang ...

Kann...iols pnya tahap gigil tu smpai cari blk heat tech ultra warm pakai buat tido, nasib x sarung winter jaket skali je...bgn subuh lencun
Quote najib888 7-6-2021 08:46 AM
[youtube]ZR08QOThStc[/youtube]
Quote Lengkong 7-6-2021 09:00 AM
Semoga semua yang positive cepat sembuh

Quote melinda_kerr 7-6-2021 09:23 AM
Entahlah bagi i mcm xpecaya je kalau 1st swab negative. Mcm kes puteri sarah sampai kali ke 3 baru tahu die positive.
Quote supernaturalee 7-6-2021 12:59 PM
Pnh nmpk kt kedai ayam hainan somewhere in kl
Putih lepak conel je org nya


Quote ImpianSeroja 7-6-2021 03:47 PM
Semoga cepat sembuh
Quote Carcosa 7-6-2021 09:12 PM
aechae replied at 7-6-2021 08:11 AM
Kann...iols pnya tahap gigil tu smpai cari blk heat tech ultra warm pakai buat tido, nasib x sarun ...

Oh ye ke chuolsssss?? Meols tak larat nak bangun yach. Dahla pukul 3pagi masa tu. Nak kejut laki suruh ambik stokin, dia dok berkeruh baikk punya tidur. Kesian plk nak kejut. Kesudahan nya me'ols redha berselubung mcm mayat
Quote Imkhai 8-6-2021 05:38 AM
moga cpt sembuh tgk bdk2 kecik kena covid ni kesian sedih sgt rs

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.084447 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top