Makin panas nampaknya kemelut antara Zarina Anjoulie dan bekas suaminya, Eilyas Azhar. Zarina yang mesra disapa Anju mendedahkan bahawa Eilyas atau Yas meminta RM10,000 daripadanya sebelum diminta melafazkan cerai.
Anju juga menyertakan bukti bahawa Yas ada membuat permintaan berkenaan dengan memuat naik paparan skrin perbualan mereka di mesej peribadi Instagram (DM). Bukan berniat membuka aib bekas suami, namun kesabarannya juga ada had. Maruahnya perlu dipertahankan daripada terus dipijak-pijak. "Sekarang aku dah fed up, aku buka semua cerita," tulisnya. Bagaimanapun, dua posting berkenaan sudah dipadam Anju daripada IGnya. Anju kemudian memuat naik satu lagi hantaran yang menjelaskan bahawa tidak semua lelaki sama dan wanita di luar sana tidak perlu takut berdepan pengalaman sama dilaluinya. Dia sebaliknya berkongsi situasinya itu sebagai pengajaran. "Jangan jadi macam aku. Dah nampak tanda-tanda tapi buat bodoh sebab terlampau kemaruk nak disayangi," ujarnya. Sementara itu, ketika ditanya mStar, Anju juga mendedahkan menerima banyak ugutan daripada bekas suaminya itu. "Sejak akhir-akhirnya, banyak ugutan yang saya terima daripada dia. Pada mulanya, memang saya nak berdiam diri sahaja tapi kali ini sudah melampau. Bukan niat saya nak buka aib dia. "Tapi macam-macam ugutan yang saya terima. Bulan lalu, saya sudah membuat laporan polis terhadap dia yang menceroboh rumah saya dengan memanjat demi mengambil gambar aib saya. "Malam tadi pun saya ada buat laporan polis kali kedua selepas terima lagi ugutan. Sepanjang setahun kami berkahwin, dia suka ambil gambar aib saya dan jadikan bahan untuk ugut saya setiap hari," katanya pada Ahad. Selain membuat laporan polis, Anju berkongsi beberapa bukti untuk mempertahankan dirinya. "Selama ini dia rasa saya takut sebab dia boleh ugut dengan gambar-gambar aib saya. "Tapi dia silap, saya tak takut pun dengan dia! Kalau betul saya fitnah, kenapa dia tak buat laporan polis? Dan kenapa dia diam apabila saya keluarkan bukti?" ujarnya. Bertabahlah Anju. Semoga hidup Anju lebih tenang dan bertemu kebahagiaan lain selepas ini. - CARI
|
minahgempal replied at 6-6-2021 02:47 PM
Yas pnya ig deactive ke apa..aku bkk tk boleh pn..kluar gmbr profile jek..
HappyGumbira replied at 6-6-2021 02:45 PM
1st rules nak dpt pasangan baik, kita kena baik dulu.
dudaberhias: padan muka...memang sama2 hauk pun... sama2 padan gittew laki bini...kesian anjuling ni dari dulu terpaksa beli laki untuk hidup...
dua_chzy replied at 6-6-2021 02:53 PM
Apsal tak terus mengangkang untuk VIP ja kalau sendiri kata level dia main VIP? Apa keperluan me ...
HappyGumbira replied at 6-6-2021 02:58 PM
vip xpandang pun dia. kalu vip nak dh lama ambik dia masa muda bgetah dulu. ni dh loyot ada ke vip ...
ADVERTISEMENT