Sudah agak lama tidak mendengar khabar berita bekas penyampai radio dan pengacara, Faizal Ismail atau sinonim dengan panggilan FBI. Terbaru, beliau mendedahkan pernah mengalami rasa resah gelisah serta masalah gangguan tidur dalam tempoh yang agak lama.
Faizal berkongsikan pengalamannya itu menerusi segmen Kisah Inspirasi oleh Zayan bersama penyampai radio Mawi dan Anas, baru-baru ini. Jelasnya, sebelum ini boleh dikatakan dirinya terlalu mengejar keduniaan dan kini beliau cuba untuk berubah menjadi hambaNya yang lebih baik. "Sebenarnya, kedudukan saya sebagai hambaNya, saya rasa macam sudah tertinggal jauh. Jauh sangat-sangat dan keduniaan saya, saya kejar terlampau sangat. "Dan saya telah tinggalkan apa yang sepatutnya saya buat sebagai hamba Allah SWT. Itu yang saya dapat jawapan. "Sekarang ni saya tebus masa saya untuk lebih dekatkan diri kepada Allah SWT, lebih kepada akhirat, insya-Allah," katanya memetik Media Hiburan. Versi penuh temubual FBI dalam segmen itu boleh ditonton di bawah. Alhamdulillah, terbaik FBI. Dalam bercerita, lawak selamba tu masih ada. Semoga istiqomah hingga ke akhir hayat, Insya Allah. Kita ini hanya menumpang. Hidup pun hanya sekali. Apa salahnya kita mencari jalan hidup yang paling baik tanpa membuang masa yang tinggal untuk hidup ini. - CARI
|
printercomel replied at 6-6-2021 04:41 PM
Dari dulu sampai sekarang tak pernah minat dia ni.
silampumeja replied at 6-6-2021 08:51 PM
Oh dia dah balik sini ye... Habis dh belajar kat UK?
Last tengok dia update wife n anak2 dh smpai ...
chula replied at 7-6-2021 02:11 AM
Eh dia ada bljr london ke..tak tahu pun..tup2 tgk join tabligh..moga baik2 aje lah ye..
ADVERTISEMENT