Menjadi igauan ngeri setiap anak apabila mendengar ibu atau bapa yang sudah tua terjatuh di bilik air. Perkara itu dialami sendiri penyanyi dan usahawan Nubhan Ahmad.
Berkongsi detik cemas itu di Instagramnya, Nubhan memaklumkan ibunya terjatuh di tandas sekitar jam 2.30 pagi. Kecewa dengan diri sendiri kerana gagal menjaga ibunya, Nubhan khuatir ibunya mengalami kecederaan serius hingga menyebabkannya tidak boleh berjalan.
"Hanya Allah yang tahu betapa risau dan takutnya saya kalau apa-apa terjadi kat mak dengan usianya yang dah 76 tahun. Risau terhentak di pinggang atau kaki yang boleh menyebabkan mak tidak boleh berjalan...syukur hanya tangan. "Tangan mak sedikit retak. Tapi Alhamdulillah tidak serius dan boleh sembuh dalam masa sebulan, InsyaAllah," tulisnya.
|
slyfynx replied at 6-6-2021 02:38 PM
Tiap kali tgk nubhan aku igt gmbr die edit sendiri kt IG konon2 ade muscle
Adui la
dreamcatcher replied at 6-6-2021 08:09 AM
Dia ni semua benda nak di videokan. Mcm la famous sgt. Ada satu video kat youtube tu , dia pegi umah ...
silampumeja replied at 6-6-2021 08:47 PM
Bini dah smpai berenti jd dktor kan ... Niaga apa selain niaga video entah apa2 je tu dia ni..
ADVERTISEMENT