Marah dan geram. Ya, demikian yang kebanyakan dalam kalangan kita rasakan setiap kali ada orang lain memotong barisan.
Hos dan pelakon, Azwan Ali menyatakan rasa berang apabila seorang wanita telah didakwa memotong barisan ketika dia sedang beratur untuk memasuki sebuah premis. Azwan berkongsi video berkaitan menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya. Pengacara berusia 55 tahun ini meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan individu berkenaan yang disifatkan sebagai tidak beretika.
Rata-rata pengguna Twitter lain turut bersetuju dengan pelakon yang menggelarkan dirinya Diva AA itu dan berharap agar dapat dijadikan pengajaran kepada orang ramai. Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton hampir 12,000 kali di platform berkenaan. Hati siapa yang tidak mendongkol geram apabila tiba-tiba sahaja ada orang bertindak sedemikian. Tambah menyakitkan hati, apabila kita sudah lama beratur menunggu giliran demi memenuhi urusan tertentu seperti membeli makanan dan seumpamanya. Ramai yang menganggap remeh perbuatan potong barisan itu. Perbuatan potong barisan adalah melampaui batas kerana telah mengambil hak orang lain. -CARI
|
sukacactus replied at 6-6-2021 11:18 AM
Dia sdr ckp td depan dia org lain, alih2 tukar org lain
Tu maknanya bkn ptg Q, tu berganti org jr m ...
Skuau replied at 6-6-2021 11:45 AM
tadi orng lain,alih2 tukar orng lain....tanya jer...pompuan tu ada pertalian kuarga tak ngn yg kua ...
ADVERTISEMENT